Pembunuhan Ravindra Mhatre

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ravindra Hareshwar Mhatre merupakan diplomat India di UK yang diculik dan kemudiannya di bunuh di Birmingham pada tahun 1984 oleh militan Kashmir British yang bekerjasama dengan Barisan Pembebasan Jammu Kashmir.

Tragedi penculikan dan pembunuhan[sunting | sunting sumber]

Ravindra Mhatre, pegawai peringkat kedua di pejabat konsul India di Birmingham, diculik di Birmingham ketika dia keluar dari bas, membawa kek hari jadi untuk anak perempuannya, Asha. Dia telah ditawan selama tiga hari di kejiranan Alum Rock di Birmingham, [1]sebuah kawasan yang didiami oleh komuniti Mirpuris British.[2] Menurut jurucakap polis, mayat Mhatre ditemui dua hari kemudian di sebuah ladang kira-kira 20 batu selatan Birmingham.[2] Tentera Barisan Pembebasan Jammu Kashmir (JKLF) mendakwa bertanggungjawab. Mereka menuntut tebusan sebanyak 1 juta pounds ($1.84 juta) dan membebaskan militan yang dipenjarakan di India.[3] Penculikan ini merupakan percubaan gagal untuk membebaskan Maqbool Bhat, pengasas Barisan Pembebasan Jammu Kashmir.

Mohammed Riaz dan Abdul Quayyam Raja, 27, telah disabitkan kesalahan membunuh Mhatre. Abdul Quayyam Raja telah ditahan di Birmingham pada Februari 1984. [4] Manakala, Mohammad Aslam Mirza, 48, berkerakyatan British dan militan Barisan Pembebasan Jammu Kashmir (JKLF) pula telah ditahan pada 2004 di Amerika Syarikat kerana tinggal melebihi tempoh visa. Pengesahan cap jari mendedahkan beliau sebagai ahli JKLF, dan cap jari beliau sama dengan cap jari yang ditemui pada senjata yang digunakan untuk membunuh Mhathe. Mirza berkata kepada mahkamah bahawa beliau tidak terlibat dalam pembunuh tersebut dan menyatakan bahawa beliau terkejut dengan tuduhan tersebut serta tidak mengingati peristiwa 1984 tersebut kerana mengalami masalah ingatan. Beliau turut memberitahu mahkamah bahawa beliau telah ke Kashmir selepas insiden tersebut atas tujuan perniagaan keluarga.[5]

Mirza telah meninggalkan isterinya, Saina Bini dan tujuh orang anak di Birmingham untuk menetap di Pakistan pada tahun 1984. [6] Beliau mengahwini Ann Aslam di Pottsville, Pennsylvania pada tahun 2001, dan menguruskan sebuah kompleks pangsapuri Pottsville.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-02-22. Dicapai pada 2005-02-22.
  2. ^ a b British Find The Body Of Indian Diplomat Who Was Abducted - Free Preview - The New York Times
  3. ^ http://timelines.ws/20thcent/1984.HTML
  4. ^ "Kashmiri Accused in England Of Indian's Fatal Kidnapping". New York Times. 26 February 1984. Dicapai pada 18 May 2017.
  5. ^ The Tribune, Chandigarh, India - World
  6. ^ icBirmingham - Mids man held over 1984 killing
  7. ^ Untitled Document