Pembunuhan September

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ukiran kayu menggambarkan suatu insiden pembunuhan banduan di Châtelet.

Suatu pembunuhan beramai-ramai dilakukan terhadap para banduan serata Paris, Perancis dari 2 hingga 6 atau 7 September 1792 (Perancis: Massacres de Septembre); kejadian berdarah sebegini turut terjadi di kota-kota lain serata negara tersebut termasuk Orléans, Meaux, Reims dan Versailles.

Keadaan ini berlaku berikutan perasaan revolusioner yang terancam setelah merebaknya desas-desus bahawa suatu serangan besaran akan berlaku hasil gabungan kuasa-kuasa Austria dan Prusia serta pembunuhan beramai-ramai yang bakal dilakukan oleh tahanan royalis jika mereka dibebaskan. Atas rasa paranoia inilah ratusan pihak Sansculotte, Pengawal Negara, Gendarmerie Negara serta relawan tertentu (fédéré)[1][2][3] menyerbu penjara-penjara Paris lalu membunuh sejumlah besar banduan yang ditahan, baik yang berdarah raja atau pernah berkhidmat di bawah kerajaan mahupun daripada kaum kebanyakan sendiri.

Sebanyak 1300 orang yang terbunuh dalam peristiwa dahsyat ini;[4] 72% daripada mangsa terbunuh yang diperangkakan tiada kaitan dengan sebarang urusan politik termasuk pemalsu, pencuri dan penyamun serta dalam kalangan wanita dan kanak-kanak.[5][6]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Perancis mengisytiharkan perang ke atas Bohemia dan Hungary dengan sokongan Prusia (melalui dalam suatu perjanjian dimeterai) lalu pergelutan berlaku dari 7 Februari hingga 20 April 1792. Suatu gencatan senjata tiga bulan diputuskan pada 18 Mei[7], namun serangan kembali bersambung setelah 10 Ogos. Tentera pimpinan François Cerfayt (29,000 anggota tentera Austria) serta pihak Braunschweig (40,000 orang anggota askar Prusia) diikuti oleh 5 000 tentera relawan luar berjaya menembusi sempadan Perancis.

Suatu dokumen bersurat pada 25 Julai oleh Karl Wilhelm Ferdinand, Putera Braunschweig-Wolfenbüttel atas permintaan sekutunya Permaisuri Marie Antoinette berjudul Manifesto Braunschweig (manifeste de Brunswick) diterbitkan dalam akhbar Moniteur di Paris pada 1 Ogos;[8] penulisan tersebut bertujuan menakutkan rakyat jelata Marieyang berani menyanggah baginda.[9] Ia turut mengecam para revolusioner dengan menyatakan sekiranya mereka tidak menyerahkan diri serta mengembalikan kuasa pemerintahan kepada pihak kerajaan, maka Paris akan "berdepan serangan tentera dan ditundukkan sepenuhnya" (« une exécution militaire et une subversion totale »).

"Manifesto" ini merupakan pencetus utama kepada pergolakan pantas yang memuncak dengan penggulingan Raja Louis XVI di pekarangan semayaman Istana Tuileries serta berlakunya perisytiharan sebuah republik di sana pada tanggal 10 hari bulan sama.[10].

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Gambaran pembunuhan paderi-paderi dalam penjara Carmes.
Le massacre des Carmes (1820) oleh Marie-Marc-Antoine Bilcocq - dalam pameran Muzium Revolusi Perancis

2 September[sunting | sunting sumber]

Dalam masa 14 jam, seramai 24 orang wakil paderi (prêtres réfractaires) dibawa para Pengawal Nasional berkumpul dalam gedung penjara Abbaye.[11][12]. Para revolusioner yang membawa wakil paderi ini melayan mereka dengan kasar sampai mencemuh dan menyerang sebahagian paderi ini lalu mencederakan mereka. Para revolusioner tegar ini melakukan soal siasat yang segera terhadap para paderi ini sebelum paderi-paderi tersebut dibunuh. Hanya lima orang paderi sahaja yang dilepaskan,[13] termasuk Roch-Ambroise Cucurron Sicard, seorang guru sekolah pekak paling utama Paris, berikutan pengenalannya oleh seorang anggota penyoal siasat ini.[14][15]

Penghukuman beramai-ramai ini dilaksanakan atas inisiatif jawatankuasa pemerhatian[16][17] di mana para penyeksa ini menyoal siasat paderi-paderi ini dalam keadaan huru-hara; keadaan berlaku selama antara 30 hingga 60 minit.[15]

3-4 September[sunting | sunting sumber]

Malam hari sama atau keesokan harinya, para revolusioner mara ke penjara Abbaye[18] di mana suatu badan pengadilan asas ditubuhkan di sana atas pimpinan Jacques-René Hébert.[19][20]. Di sanalah pasukan pimpinan Hébért membunuh puteri Marie-Louise dari Savoie-Carignan dengan kejamnya setelah puteri tersebut enggan bersumpah menentang kuasa Raja dan Permaisuri saat disoal siasat. Sebanyak antara 139 hingga 179 orang daripada 238 orang tahanan yang disoal siasat menjadi mangsa pembunuhan ini,[21] malah banyak tahanan penjara terutamanya dalam kalangan wanita berjaya dilepaskan kakitangan penjara tersebut yang ada rasa belas kasihan terhadap mereka.

Pihak tribunal yang berpuas hati dengan pelaksanaan mereka lama-kelamaan menghentikan operasi penghukuman mereka sekitar jam 7 petang.[22]

Tempat lain serata Perancis[sunting | sunting sumber]

Pembunuhan sebegini turut berleluasa di beberapa tempat seluruh Perancis pada hari-hari berikutnya, terutamanya di bandar-bandar Meaux (14 orang), Lyon[23] (11 orang), Reims (9 orang), Caen dan Gisors. Kejadian yang paling mengesankan berlaku di Versailles pada 9 September, di mana sebanyak kira-kira 42[24] atau 44 orang daripada lima puluh orang tahanan yang dipindahkan dari Orléans dibunuh.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ P. Caron (1935), p. 107, 114
  2. ^ S. Schama, p. 611
  3. ^ Furet, F.; Ozouf, M. (1989). Critical Dictionary of the French Revolution (PDF). Warwick School. m/s. 139.[pautan mati kekal]
  4. ^ (Bluche 1986, p. 100, 102)
  5. ^ Gwynne Lewis (2002). The French Revolution: Rethinking the Debate. Routledge. m/s. 38.
  6. ^ Bluche, Frédéric (1986). Septembre 1792 : logiques d'un massacre (dalam bahasa Perancis). m/s. 235.
  7. ^ Bluche 1986, halaman 26.
  8. ^ Les historiens ne sont pas tous d’accord sur la date de parution du Manifeste à Paris : cela va du 27 juillet au 4 août, mais une majorité (tels Albert Soboul, F. Bluche ou Élisabeth et Robert Badinter, etc.) s’accordent pour donner plus précisément le Templat:1er août.
  9. ^ Michel Winock, L’Échec au roi, 1791-1792, Paris, Olivier Orban, 1991, ISBN 2-85565-552-8, Templat:P..
  10. ^ Jean et Nicole Dhombre, Lazare Carnot, Fayard, 1997.
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Melchior57 tidak disediakan
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Furet-Richet172 tidak disediakan
  13. ^ Michel Winock, Templat:Opcit, Templat:P.
  14. ^ Templat:Harvsp
  15. ^ a b Templat:Harvsp.
  16. ^ Templat:Harvsp
  17. ^ Templat:Harvsp
  18. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Bluche68 tidak disediakan
  19. ^ Templat:Harvsp.
  20. ^ Les Grandes Heures de la Révolution de G. Lenotre et André Castelot Templat:T., Templat:Chap., « Les Massacres », Perrin, 1962, Templat:P..
  21. ^ Templat:Harvsp
  22. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan F. Bluche72 tidak disediakan
  23. ^ Côme Simien, Les massacres de septembre 1792 à Lyon, Lyon, Ed. Aléas, 2011, 239p.
  24. ^ (Dupuy 2005, p. 25)
Bibliografi
  • Caro, Pierre (1935). Les Massacres de Septembre.
  • Schama, Simon (1992). Citizens: A Chronicle of the French Revolution. m/s. 629–639.
  • Dupuy, Roger (2005). "2 - La République jacobine : Terreur, guerre et gouvernement révolutionnaire, 1792-1794". Dalam Seuil (penyunting). Nouvelle Histoire de la France contemporaine. Paris. ISBN 2-02-039818-4..