Pembunuhan beramai-ramai di Dujail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pembunuhan beramai-ramai di Dujail
Map
LokasiDujail, Iraq
Koordinat33°50′20″N 44°14′53″E / 33.8389°N 44.2481°E / 33.8389; 44.2481
Tarikh8 Julai 1982
Jenis serangan
Tindak balas kehakiman
Kematian142–148 orang puak Syiah
PelakuRejim Ba'athist
MotifPercubaan pembunuhan yang tidak berjaya terhadap Presiden Iraq, Saddam Hussein
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pembunuhan beramai-ramai di Dujail merujuk kepada peristiwa-peristiwa berikutan cubaan membunuh Presiden Iraq Saddam Hussein, pada 8 Julai 1982 di Dujail. Dujail, merupakan sebuah pekan dengan populasiSyiah terbesar dengan jumlah penduduk melebihi 75,000 pada masa itu dan terletak 53 km (33 bt) dari Baghdad di wilayah Sunni Pentadbiran Salah ad Din.

Beratus-ratus lelaki, wanita dan kanak-kanak ditahan selepas kegagalan percubaan membunuh Saddam. Lebih daripada 140 orang dijatuhkan penjarakan dan dibunuh[1] kerana didakwa terlibat dalam plot cubaan membunuh tersebut termasuk empat orang tidak bersalah yang dibunuh semasa hukuman mati. Beratus-ratus lagi diusir serta rumah, ladang dan harta mereka dimusnahkan. Saddam Hussein didapati bersalah dan telah dihukum gantung pada 30 Disember 2006 atas jenayah terhadap kemanusiaan yang melibatkan pembabitan beliau dalam pembunuhan di Dujail.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Saddam Hussein Fast Facts". CNN. Dicapai pada 1 November 2017.