Pemburuan haram

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pemburuan haram ialah perbuatan pengambilan atau pemburuan sebarang haiwan liar, lazimnya haiwan liar yang melanggar undang-undang dan biasanya dikaitkan dengan hak penggunaan tanah.[1][2] Selain itu, istilah ini juga merangkumi pengambilan tumbuhan liar secara haram.[3] Pengambilan haiwan ternakan haram pula disifatkan sebagai pencurian dan bukannya pemburuan haram.[4]

Pemburuan haram disifatkan sebagai undang-undang alam sekitar. Dalam hal ini, pemburuan haram ditakrifkan sebagai perbuatan-perbuatan yang melanggar undang-undang perlindungan sumber semula jadi termasuk pengambilan hidupan liar secara haram dengan tujuan pemilikan, pengangkutan, pemakanan, penjualan atau penggunaan anggota-anggota badan. Jenayah ini disifatkan sebagai salah satu ancaman-ancaman ketara terhadap pemeliharaan haiwan dan tumbuhan.[5] Ahli-ahli pemuliharaan serta biologi alam sekitar berkeputusan bahawa pemburuan haram membawa kesan buruk kepada biokepelbagaian di dalam dan luar kawasan lindungan alam sekitar seperti pengurangan populasi hidupan liar serta gangguan fungsi ekosistem.[6]

Motif[sunting | sunting sumber]

Hasil-hasil pemburuan haram seperti kaki harimau yang dijual sebagai ramuan dalam perubatan tradisional Cina.

Kajian-kajian menunjukkan bahawa motif-motif utama pemburuan haram termasuk perolehan komersial seperti penggunaan domestik, kepuasan dalam pembunuhan hidupan liar dan bantahan terhadap perundangan berkaitan pemburuan.[7] Selain itu, faktor kemiskinan dan kebudayaan tradisional turut menjadi motif pemburuan haram.[8] Pemburuan haram juga didorong oleh kehendak perubatan tradisional serta upacara kebudayaan.[6] Pengiktirafan anggota haiwan sebagai status sosial juga membawa kepada pemburuan haram seperti pemburuan haram untuk memperoleh gading di China.[9]

Anggota-anggota badan sesetengah haiwan liar dikatakan memiliki keupayaan perubatan terhadap badan manusia lalu mendorong pemburuan haram di kawasan yang mempercayai dakwaan keupayaan-keupayaan ini untuk memperoleh anggota-anggota badan yang kemudiannya dijual dalam pasaran gelap.[10] Contoh masalah ini ialah perubatan tradisional Cina yang menerapkan anggota-anggota badan haiwan terancam seperti harimau dan badak sumbu yang membawa kepada perkembangan pemburuan haram,[11][12] walaupun beberapa dakwaan keupayaan perubatan adalah tidak berasas seperti dakwaan bahawa tanduk badak sumbu boleh merawat barah.[13]

Kesan[sunting | sunting sumber]

Kesan pemburuan haram yang lazim ialah pengurangan populasi spesies haiwan yang boleh membawa kepada kepupusan spesies.[14] Selain itu, pemburuan haram boleh membawa kepada kemunculan penyakit zoonotik akibat kemunculan retrovirus hasil pemakanan dan pengendalian hasil pemburuan haram seperti wabak SARS.[15] Bagi tumbuhan, pemburuan haram membawa kepada penyahfaunaan dalam hutan yang membawa kepada kehilangan spesies-spesies secara tempatan dan gangguan ekosistem.[16] Kawasan berkesan bagi kawasan perlindungan hidupan liar akan berkurangan dan sektor pelancongan hidupan liar mengalami kesan negatif yang membawa kepada pengurangan peluang pekerjaan dalam sektor ini.[17][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Poaching". Random House Webster's Unabridged Dictionary (ed. 2nd). New York: Random House. 2002. ISBN 978-0-375-42599-8.
  2. ^ "Poaching". World book Encyclopedia. 15. Springfield: Merriam-Webster, Inc. 2005.
  3. ^ Power Bratton, S. (1985). "Effects of disturbance by visitors on two woodland orchid species in Great Smoky Mountains National Park, USA". Biological Conservation. 31 (3): 211–227. doi:10.1016/0006-3207(85)90068-0.
  4. ^ August, R. (1993). "Cowboys v. Rancheros: The Origins of Western American Livestock Law". Southwestern Historical Quarterly. 96 (4): 457–490.
  5. ^ Muth, R. M.; Bowe, Jr. (1998). "Illegal harvest of renewable natural resources in North America: Toward a typology of the motivations for poaching". Society & Natural Resources. 11 (1): 9–24. doi:10.1080/08941929809381058.
  6. ^ a b c Lindsey, P.; Balme, G.; Becker, M.; Begg, C.; Bento, C.; Bocchino, C.; Dickman, A.; Diggle, R.; Eves, H.; Henschel, P.; Lewis, D.; Marnewick, K.; Mattheus, J.; McNutt, J. W.; McRobb, R.; Midlane, N., Milanzi, J., Morley, R., Murphree, M., Nyoni, P., Opyene, V., Phadima, J., Purchase, N., Rentsch, D., Roche, C., Shaw, J., van der Westhuizen, H., Van Vliet, N., Zisadza, P. (2012). Illegal hunting and the bush-meat trade in savanna Africa: drivers, impacts and solutions to address the problem. New York: Panthera, Zoological Society of London, Wildlife Conservation Society. Cite has empty unknown parameter: |chapterurl= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  7. ^ Weisheit, R. A.; Falcone, D. N.; Wells, L. E. (1994). Rural Crime and Policing (PDF). U.S. Department of Justice: Office of Justice Programs:National Institute of Justice. Dicapai pada 9 August 2013.
  8. ^ Forsyth, C. J.; Gramling, R.; Wooddell, G. (1998). "The game of poaching: Folk crimes in southwest Louisiana". Society & Natural Resources. 11 (1): 25–38. doi:10.1080/08941929809381059.
  9. ^ "Elephant Poaching: CITES Failure to Combat the Growth in Chinese Demand for Ivory". Virginia Environmental Law Journal.
  10. ^ Pederson, Stephanie. "Continued Poaching Will Result in the Degradation of Fragile Ecosystems". The International. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-28. Dicapai pada 2013-01-31.
  11. ^ Weirum, B. K. (11 November 2007). "Will traditional Chinese medicine mean the end of the wild tiger?". San Francisco Chronicle.
  12. ^ "Rhino rescue plan decimates Asian antelopes". Newscientist.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-17. Dicapai pada 2010-03-18.
  13. ^ Jonathan Watts in Hong Kong (25 November 2011). "article, November 2011". Guardian. London. Dicapai pada 2014-08-08.
  14. ^ Harrison, R., Sreekar, R., Brodie, J. F., Brook, S. et al. "Impacts of hunting on tropical forests in Southeast Asia" Conservation Biology, Vol. 30. No. 5 (2016). pp. 972-981. [1]
  15. ^ Bell, D.; Roberton, S.; Hunter, P. R. (2004). "Animal origins of SARS coronavirus: possible links with the international trade in small carnivores". Philosophical Transactions of the Royal Society of London. Series B, Biological Sciences. 359 (1447): 1107–1114. doi:10.1098/rstb.2004.1492. PMC 1693393. PMID 15306396.
  16. ^ Redford, K. (1992). "The Empty Forest" (PDF). BioScience. 42 (6): 412–422. doi:10.2307/1311860. JSTOR 1311860.
  17. ^ Dobson, A.; Lynes, L. (2008). "How does poaching affect the size of national parks?". Trends in Ecology and Evolution. 23 (4): 177–180. doi:10.1016/j.tree.2007.08.019. PMID 18313793.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Pemburuan haram di Wikimedia Commons