Pemercik bomba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fire sprinkler mounted on the ceiling
Kepala pemercik bomba yang terpasang pada siling

Pemercik bomba adalah komponen utama sistem pemercik yang melepaskan air apabila kesan-kesan hasil suatu kebakaran itu dikesan, misalnya apabila suhu persekitaran melebihi takat yang telah ditetapkan. Pemercik sebegini banyak digunakan di seluruh dunia, dengan lebih dari 40 juta kepala pemercik dipasang dalam bangunan-bangunan setiap tahun. Sebanyak lebih daripada 99% kebakaran dalam bangunan yang dilindungi oleh sistem pemercik yang direka bentuk dan diselenggarakan dengan baik dapat dikawal dengan sendirinya melalui sistem ini.[1][2][3]

Pengendalian[sunting | sunting sumber]

Kepala pemercik sembur yang biasa dengan bebuli berwarna biru yang menunjukkan suhu pelepasan tinggi

Setiap kepala pemercik ditutup oleh sama ada sejenis bebuli kaca sensitif kaca (lihat di bawah) atau sambungan logam dwibahagian yang dihubungkan bersama dengan aloi boleh lakur seperti logam Wood (Wood's metal)[4] dan pancalogam lain dengan sama komposisi.[5] Bebuli kaca atau sambungan logam ini menekan kepada penutup paip topi yang bertindak menghalang air mengalir sehingga suhu ambien di sekitar pemercik mencapai takat suhu pengaktifan yang tertentu. Memandangkan setiap pemercik diaktifkan secara bebas apabila mencapai suhu yang telah ditetapkan, bilangan unit pemercik yang beroperasi adalah terhad kepada unit yang berdekatan dengan api, memaksimumkan tekanan air sedia ada pada seluruh titik asal api.

Cecair dalam bebuli kaca diwarnakan untuk menunjukkan suhu kedudukan.

Bebuli ini pecah berikutan pengembangan terma cecair di dalamnya,[6] di mana masa yang diperlukan untuk pemecahan tersebut berlaku bergantung kepada suhu yang ditentukan - bebuli ini hanya akan pecah jika suhu persekitaran melebihi takat tersebut. Masa tindak balas dinyatakan sebagai indeks masa tindak balas (response time index, RTI), yang biasanya bernilai antara 35 dan 250 m ½ s ½ , di mana nilai yang rendah menunjukkan tindak balas yang cepat.[7] Mengikut piawai prosedur pengujian (udara suhu 135 °C udara pada halaju 2.5 m/s), bebuli pemercik 68 °C akan pecah dalam masa 7 hingga 33 saat, bergantung kepada RTI.[8] RTI juga boleh dinyatakan dalam unit imperial , di mana 1 kaki ½ s ½  ialah bersamaan dengan 0.55 m ½ s ½ . Kepekaan pemercik boleh terjejas jika unsur habanya telah dicat.

Suhu siling

maksimum

Peringkat suhu
Pengelasan suhu
Kod warna (dengan sambungan boleh lakur) Warna cecair alkohol dalam bebuli kaca
100 °F / 38 °C. 135-170 °F / 57-77 °C. Biasa Tidak berwarna atau Hitam Jingga (135 °F / 57 °C) atau Merah (155 °F / 68 °C)
150 °F / 66 °C. 175-225 °F / 79-107 °C. Pertengahan Putih Kuning (175 °F / 79 °C) atau Hijau (200 °F / 93 °C)
225 °F / 107 °C. 250-300 °F / 121-149 °C. Tinggi Biru Biru
300 °F / 149 °C. 325-375 °F / 163-191 °C. Sangat Tinggi
Merah Ungu
375 °F / 191 °C. 400-475 °F / 204-246 °C. Teramat Tinggi
Hijau Hitam
475 °F / 246 °C. 500-575 °F / 260-302 °C. Ultra Tinggi Jingga Hitam
625 °F / 329 °C. 650 °F / 343 °C. Ultra Tinggi Jinggi
Hitam

Berdasarkan Jadual 6.2.5.1 Persatuan Perlindungan Kebakaran Kebangsaan Amerika Syarikat 13 Edisi tahun 2007 yang menunjukkan suhu siling maksimum, suhu pengendalian nominal pemercik, warna bebuli atau sambungan dan pengelasan suhu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Domestic and Residential Fire Sprinkler Information". Diarkibkan daripada asal pada 25 Mac 2014. Dicapai 25 Mac 2014. 
  2. ^ "Fire Sprinklers". Fire Sprinklers Scotland. Dicapai 6 February 2013. 
  3. ^ "Industrial Fire sprinklers". Fire Safety Advice Centre. Dicapai 6 Februari 2013. 
  4. ^ metal Wood's metal definition at Dictionary.com Unabridged (v 1.1). Dicapai 17 Mei 2008
  5. ^ Low Melting Point Bismuth Based Alloys Diarkibkan 12 October 2012[Tarikh tidak sama] di Wayback Machine.. Alchemy Castings product information.
  6. ^ Sprinkler bulb specifications Diarkibkan 28 August 2010[Tarikh tidak sama] di Wayback Machine., Day Impex Ltd.
  7. ^ SFPE (NZ) Technical Paper 95 – 3: Sprinkler response time indices Diarkibkan 29 September 2008 di Wayback Machine.. Society of Fire Protection Engineers, New Zealand Chapter.
  8. ^ "JOB Thermo Bulbs Product Range". job-bulbs.com. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]