Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Diraja Thai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Diraja Thai
Emblem of Thailand.svg
King Rama X official (crop).png
Penyandang
Maha Vajiralongkorn
sejak 29 November 2016
StatusRaja Thailand
KediamanGrand Palace
PusatBangkok
Surat cara pembentukanPerlembagaan Thailand
Pembentukan1932 (secara rasmi)

Ketua Utama Angkatan Tentera Thai (Bahasa Thai: จอมทัพไทย; RTGSChom Thap Thai) ialah gelaran rasmi bagi Raja Thai selaku ketua negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Diraja Thai.

Jawatan ini hanyalah nominal. Angkatan Tentera sebenarnya diuruskan oleh Kementerian Pertahanan, di ketuai oleh Menteri Pertahanan (ahli kabinet) dan diperintah oleh Markas Angkatan Tentera Diraja Thai, yang seterusnya di pimpin oleh Panglima Angkatan Tentera.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejak tertubuhnya negara Thai yang pertama, Raja selalu memimpin ketumbukannya pergi berperang. Peranan Raja sebagai ketua pahlawan berasal dari konsep Hindu kshatriya (kesatria), dan kemudian banyak dipengaruhi oleh cita-cita chakravartin sebagai pembela empayar. Sejak itu tanggungjawab tentera ini secara tradisinya dipikul oleh setiap raja Thai, tetapi tidak pernah dilaksanakan secara rasmi. Menjelang abad ke-19, dengan pengzahiran formal tentera darat dan tentera laut Thai yang moden pada tahun 1874 dan 1887, penubuhan rantaian pemerintahan yang rasmi adalah perlu. Gelaran Ketua Utama Tentera Darat (จอมทัพบก; Chom Thap Bok) dan Ketua Utama Tentera Laut (จอมทัพเรือ; Chom Thap Ruea) telah diwujudkan pada penghujung era pemerintahan Raja Chulalongkorn untuk dirinya sendiri. Selepas berakhirnya monarki mutlak pada tahun 1932, perlembagaan tetap pertama Siam menetapkan peranan istiadat Ketua Angkatan Tentera Siam (จอมทัพสยาม; Chom Thap Sayam) dalam Perkara 1, Bahagian 5. Semenjak itu Thailand telah memiliki 16 perlembagaan dan gelaran tersebut telah termaktub dalam setiap perlembagaan.

Di bawah sistem berperlembagaan, jawatan Raja selaku ketua angkatan tentera adalah cara bagi monarki untuk lebih rapat dengan angkatan tentera. Raja terlibat dalam aktiviti dan tugas-tugas ketenteraan, termasuk penyampaian panji-panji istiadat, berdasarkan bendera kebangsaan, kepada pelbagai unit angkatan tentera dan penyerahan pedang istiadat kepada semua pegawai graduan akademi tentera. Angkatan tentera meraikan Raja dengan perbarisan tahunan bersempena hari lahir baginda di Plaza Diraja di tengah Bangkok.[2]

Lambang kebesaran[sunting | sunting sumber]

Sejak tahun 1910, bermula dengan Raja Vajiravudh, adalah kebiasaan bagi wakil-wakil angkatan tentera untuk menghadiahkan raja yang baru menaiki takhta dengan lambang kebesarannya sebagai Kepala Angkatan Tentera, dalam upacara rasmi di Grand Palace (Istana Besar). Ia termasuklah baton marsyal emas (menampilkan lambang Garuda), papan bahu emas, sebilah pedang, dan aiguillette emas yang dipakai pada bahu kanan.[3][4]

Senarai[sunting | sunting sumber]

Potret Nama Memerintah dari Pengurniaan Insignia Memerintah hingga Mangkat
Ketua Utama Tentera Darat & Ketua Utama Tentera Laut
Chom Thap Bok & Chom Thap Ruea
King Chulalongkorn, Rama V.jpg
Raja Chulalongkorn
(Rama V)
1 Oktober 1868 16 November 1904[5] 23 Oktober 1910
King Vajiravudh portrait photograph.jpg
Raja Vajiravudh
(Rama VI)
23 Oktober 1910 2 November 1911[6][7][8][9] 25 November 1925
Ketua Angkatan Tentera Diraja Siam
Chom Thap Siam
Prajadhipok Sakdidej The Prince of Sukhothai.jpg
Raja Prajadhipok
(Rama VII)
25 November 1925 5 Disember 1925[10][11][12] 2 Mac 1935
(turun takhta)
30 Mei 1941
Ketua Angkatan Tentera Diraja Thai
Chom Thap Thai
King Ananda Mahidol portrait photograph.jpg
Raja Ananda Mahidol
(Rama VIII)
2 Mac 1935 5-7 Disember 1945[13] 9 Jun 1946
Anefo 911-6993 Aankomst Koning (cropped).jpg
Raja Bhumibol Adulyadej
(Rama IX)
9 Jun 1946 26 Mac 1950[14][15] 13 Oktober 2016
King Rama X official (crop).png
Raja Vajiralongkorn
(Rama X)
13 Oktober 2016 Penyandang terkini

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Royal Thai Armed Forces Headquarters English version". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-18. Dicapai pada 2014-05-11.
  2. ^ Suwannathat-Pian, Kobkua (2003). Kings, Country and Constitutions: Thailand's Political Development 1932-2000. RoutledgeCurzon. ISBN 0-7007-1473-1.
  3. ^ "Symbols of the Head of the Armed Forces". Royal Aide-de-camp Department. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-07. Dicapai pada 2016-07-28.
  4. ^ [1]
  5. ^ Royal Gazette, Army Department presents Field Marshal's Baton to His Majesty, Volume 20, Page 603, 29 November 122 Rattanakosin Era
  6. ^ Royal Gazette, General officers presenting the insignia of a Field Marshal to the King, Volume 27, Page 2945, 20 November 129 Rattanakosin Era
  7. ^ Royal Gazette, Speech of general officers presenting the insignia of a Field Marshal to the King, Volume 27, Page 2946, 20 November 129 Rattanakosin Era
  8. ^ http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2453/D/1951.PDF
  9. ^ http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2453/D/1953.PDF
  10. ^ Royal Gazette, Army and Naval officers presenting the insignia of a Field Marshal and Admiral of the Fleet to the King, Volume 42, Page 2746, 13 December 2468 B.E.
  11. ^ Royal Gazette, Speech of the Minister of Defence on the occasion of the presenting of the field marshal's insignia to the King, Volume 42, Page 2747, 13 December 2468 B.E.
  12. ^ Royal Gazette, Speech of the Minister of the Navy on the occasion of the presenting of the admiral of the fleet's insignia to the King, Volume 42, Page 2750, 13 December 2468 B.E.
  13. ^ "อัฐมราชานุสสรณ์ ประมวญพระบรมฉายาลักษณ์ พระบาทสมเด็จพระปรเมนทรมหาอานันทมหิดล สยามินทราธิราช". 2493. Check date values in: |year= (bantuan)
  14. ^ Royal Gazette, Army and Airforce presenting the insignia of Chom Phon to the King, Volume 67, Chapter 14 ง, Page 1001, 7 March 2493 B.E.
  15. ^ http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2493/D/014/994.PDF

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Templat:Military of Thailand