Pemerintahan Jepun di Korea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pemerintahan Jepun di Korea
조선 (朝鮮)
大日本帝国朝鮮 (だいにっぽんていこくちょうせん)
Wilayah yang diilhak Empayar Jepun

1910–1945
 


Bendera

Lagu kebangsaan
Kimi ga Yoa
Peta Korea
Ibu negara Seoul
Bahasa Bahasa Korea, Jepun
Agama Shintōa
Kerajaan Raja berperlembagaana
Maharaja Jepun
 •  1910–1912 Maharaja Meiji
 •  1912–1925 Maharaja Taisho
 •  1925–1945 Maharaja Showa
Gabenor-Jeneral Korea
 •  1910–1916 Masatake Terauchi
 •  1916–1919 Yoshimichi Hasegawa
 •  1919–1927 Makoto Saito
 •  1927 Kazushige Ugaki
 •  1927–1929 Hanzo Yamanashi
Perundangan Advisory Assembly
 •  Perhimpunan Anggota-anggota Majlis Chūsūin
(Jungchuwon)
Era sejarah Pemerintahan Jepun di Korea
 •  Perjanjian Eulsa 18 November 1905
 •  Pengilhakan Jepun-Korea 22 Ogos 1910 1910
 •  Gerakan 1 Mac 1 Mac 1919
 •  Battle of Chingshanli 11 September 1920
 •  Shanghai bombing attack 29 April 1932
 •  Sōshi-kaimei 1940–1945
 •  Tamatnya Perang Dunia II 15 Ogos 1945 1945
 •  Pembahagian Korea 1945
Mata wang Yen Korea
amerujuk kepada Empayar Jepun

Korea pernah menjadi sebahagian wilayah Empayar Jepun mulai tahun 1910 hingga tahun 1945. Penglibatan Jepun bermula dengan Perjanjian Ganghwa tahun 1876 ketika Dinasti Joseon Korea dan meningkat berikutan pembunuhan Maharani Myeongseong di tangan ejen-ejen Jepun pada tahun 1895, lalu memuncak dengan Perjanjian Eulsa tahun 1905 dan Perjanjian Pengilhakan tahun 1910, yang kedua-duanya akhirnya diisytiharkan "batal dan tidak sah" oleh kedua-dua pihak Jepun dan Korea Selatan pada tahun 1965. Sepanjang tempoh ini, meskipun Jepun membina rangkaian jalan raya dan komunikasi moden, kehidupan penduduk Korea biasa amat perit.[1]

Penguasaan Jepun terhadap Korea berakhir dengan penyerahan kalah Jepun kepada Kuasa Berikat pada tahun 1945 pada penghujung Perang Dunia II. Semenanjung Korea kemudiannya dibahagi kepada Korea Utara dan Selatan. Zaman pendudukan ini meninggalkan pertikaian yang berterusan antara Jepun dan kedua-dua Korea.

Di Korea, zaman ini digelar Zaman Pendudukan Jepun (일제 강점기; Ilje gangjeomgi) atau Zaman Empayar Jepun (일제시대, Ilje sidae), kadang-kadang juga Wae jeong (Hangul: 왜정, Hanja: 倭政), atau "pentadbiran Jepun". Di Jepun, zaman ini dipanggil Korea di bawah pemerintahan Jepun (日本統治時代の朝鮮).

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]