Pemetaan Geologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pemetaan geologi merujuk kepada aktiviti memetakan jenis, komposisi, struktur dan taburan satu-satu batuan melalui cerapan lapangan oleh ahli kajibumi.

Tujuan[sunting | sunting sumber]

Tujuan pemetaan geologi dijalankan ialah untuk mendapatkan maklumat am geologi batuan, paleontologi, maklumat geologi struktur dan sumber mineral di satu-satu kawasan dan dipersembahkan dalam bentuk peta geologi.

Pemetaan geologi di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Aktiviti pemetaan geologi di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang terawal dilaksanakan oleh Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia bagi pihak kolonial Inggeris.

Tugas pemetaan geologi turut dilaksanakan oleh penyelidik dan pelajar dari universiti tempatan dan luar negara.

Peta[pautan mati kekal] indeks kawasan dan status pemetaan geologi rantau Semenanjung Malaysia sehingga tahun 2013 (JMG Malaysia).

Pemetaan geologi Semenanjung Malaysia[sunting | sunting sumber]

Aktiviti pemetaan geologi di Tanah Melayu (kini Semenanjung Malaysia) bermula apabila Pejabat Kajibumi mula ditubuhkan oleh pentadbiran British di Tanah Melayu.

Pada mulanya, pemetaan geologi Tanah Melayu difokuskan kepada kawasan-kawasan yang mempunyai sejarah perlombongan atau ciri-ciri pemineralan bijih atau mineral berharga.

Pemetaan geologi secara sistematik dimulakan pada tahun 1927 melalui pemecahan kawasan-kawasan kecil berskala 1:63,360 atau 1 inci : 1 batu bersiri lama. Hasil pemetaan geologi ini diterbitkan sebagai siri laporan memoir daerah.

Setiap lembar dinombor, dinamakan dan ditugaskan kepada sepasukan kakitangan jabatan yang diketuai oleh sekurang-kurangnya seorang ahli atau pegawai kajibumi untuk menjalankan aktiviti pemetaan geologi.

Bermula tahun 1963, hasil pemetaan geologi diterbitkan sebagai siri laporan peta di mana skala dan siri lama peta masih dijadikan rujukan.

Seterusnya pada tahun 1999, siri baru peta topografi berskala 1:63,360 mula digunapakai sebagai panduan baru kawasan pemetaan geologi.

Disebabkan penggunaan siri baru peta topografi dalam melaksanakan pemetaan geologi, wujud kawasan tertentu yang dipetakan yang bertindih atau tidak dipetakan langsung.

Aktiviti pemetaan geologi disambung oleh Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG) sama ada secara rantau atau secara terperinci.

Memoir Daerah (District Memoir) Ahli kajibumi yang menjalankan kajian
Jilid Kawasan
1 Sungai Siput, Perak H.E.F. Savage (1937)
2 Tapah dan Teluk Intan, Perak F.T. Ingham (1938)
3 Raub, Pahang J.A. Richardson (1939)
4 Chegar Perah dan Merapoh, Pahang J.A. Richardson (1950)
5 Bukit Fraser, Selangor / Perak / Pahang F.W. Roe (1951)
6 Kuantan, Pahang F.H. Fitch (1952)
7 Kuala Selangor dan Rasa, Selangor F.W. Roe (1953)
8 Bentong, Pahang / Selangor / Negeri Sembilan J.B. Alexander (1968)
9 Lembah Kinta, Perak F.T. Ingham dan Ernest Frederick Bradford (1960)
10 Kelantan Utara dan Terengganu Utara S. MacDonald (1967)
11 Grik, Perak C.R. Jones (1970)
12 Baling, Kedah dan Perak Utara Cedric Keith Burton (1970)
13 Gunung Jerai, Kedah Ernest Frederick Bradford (1972)
14 Pengerang, Johor Tenggara R.L.C. Grubb (1968)
15 Karak dan Temerloh, Pahang Jaafar Ahmad (1976)
16 Ulu Paka, Terengganu Fateh Chand (1978)
17 Perlis, Kedah Utara dan Kepulauan Langkawi C.R. Jones (1981)
18 Sungai Teris, Pahang Jaafar Ahmad (1980)
19 Gunung Belumut, Johor Senathi S. Rajah (1986)
20 Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan Shu Y.K (1989)
21 Sungai Aring, Kelantan Aw Peck Chin (1990)
22 Hulu Lepar, Pahang Lee Ah Kaw (1990)
Buletin Peta (Map Bulletin) Ahli kajibumi yang menjalankan kajian
Nombor Kawasan
1 Tasik Chini - Sungai Jeram, Selatan Tengah Pahang S. MacDonald (1972)
2 Johor Bahru dan Kulai, Johor Cedric Keith Burton (1973)
3 Kulim, Kedah dan Seberang Perai, Pulau Pinang D.B. Courtier (1974)
4 Benta, Pahang W.D. Procter (1980)
5 Pulau Tioman, Pahang J.B. Bean (1977)
6 Ulu Lebir, Terengganu, Kelantan dan Pahang Utara
7 Sungai Petani dan Bedong, Kedah C.K. Burton (1988)
Laporan Peta (Map Report) Ahli kajibumi yang menjalankan kajian
Nombor Kawasan
1 Taiping - Kuala Kangsar, Perak K.Y. Foo (1990)
2 Hulu Sedili, Johor T. Suntharalingam (1991)
5 Lumut - Teluk Intan, Perak Wong T.H (1991)
4 Tanjung Malim, Perak Gan A.S. (1992)
3 Sungai Tiang, Kedah Teoh Lay Hock (1992)
6 Durian Tipus, Negeri Sembilan P. Loganathan (1993)
7 Pulau Pinang Ong W.S. (1993)
11 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Khoo K.H (1998)
Pemetaan Geologi Kuaterner
Buletin Ahli kajibumi yang menjalankan pemetaan
Nombor Kawasan
1 Taiping T. Suntharalingam, Teoh Lay Hock (1985)
2 Beruas T. Suntharalingam (1987)
3 Teluk Intan C.H. Loh (1992)


Lembar (Syit) Negeri Ahli / pegawai kajibumi yang menjalankan pemetaan
Nombor Nama
1 Kuala Nerang Kedah Zainol Husin, Mohamed Hatta Karim
2 Bukit Debu Kedah Mat Niza Abdul Rahman, Abdullah Sulaiman
3 Bukit Gajah Hutan Kedah Mat Niza Abdul Rahman, Abdullah Sulaiman
6 Rantau Panjang Kelantan
7 Tumpat Kelantan
8 Sungai Tiang Kedah (Telah dilaksanakan sebagai Laporan Peta)
9 Gubir Kedah Yunus Abdul Razak, Mat Niza Abdul Rahman, Abdullah Sulaiman
10 Bukit Mudin Besar Kedah Mat Niza Abdul Rahman, Abdullah Sulaiman
11 Gunung Ulu Merah Perak Mohamad Hussein Jamaluddin, Mohamad Sari Hasan, Mohd Badzran Mat Taib, M. Selvarajah, Askury Abd Kadir, Mohd Asbi Mohd Zin (1994)
12 Hulu Belum Perak Mohamad Hussein Jamaluddin, Mohd Badzran Mohd Taib, Mohamad Sari Hasan
13 Pasir Mas Kelantan
14 Kota Bharu Kelantan
15 Kuala Besut Kelantan
16 Sungai Petani Kedah
17 Kuala Ketil Kedah Mohd Zaidi Hassan
18 Baling Kedah (Telah dilaksanakan sebagai Memoir Daerah, dilengkapkan oleh Mat Niza Abdul Rahman dan Mohd Badzran Mat Taib)
19 Kerunai Perak Mohd Badzran Mat Taib, Mohd Asbi Mohd Zin, M. Selvarajah (1993)
20 Belum Perak Mohamad Hussein Jamaluddin, Mohamad Sari Hasan, Mohd Badzran Mat Taib, M. Selvarajah, Askury Abd Kadir, Mohd Asbi Mohd Zin (1994)
21 Batu Melintang Kelantan Mohamad Hussein Jamaluddin, Mohd Badzran Mohd Taib, Mohamad Sari Hasan
22 Tanah Merah Kelantan
23 Kuala Krai Kelantan
24 Kampung Raja Terengganu Mohamad Sidik, Ab. Rahman Yusoff, Ong Wee Seck
25 Kampung Buluh Terengganu Mohamad Sidik, Ab. Rahman Yusoff, Ong Wee Seck
26 Pulau Redang Terengganu
28 Pulau Pinang Pulau Pinang Ong Wee Seck (1993)
29 Kulim Kedah (Telah dilaksanakan sebagai Memoir Daerah)
30 Lenggong Perak (Telah dilaksanakan sebagai Memoir Daerah)
31 Gerik Perak Mohd Asbi Mohd Zin, Mohd Badzran Mohd Taib, Mohamad Hussein Jamaluddin, Askury Abd Kadir
32 Temengor Perak
33 Sungai Jenera Kelantan Aw Peck Chin
34 Kuala Gris Kelantan
35 Manek Urai Kelantan
36 Gunung Lawin Terengganu Yusoff Che Muda, Saffeen Baharuddin
37 Ulu Telemong Terengganu Mohamad Sidik, Ab. Rahman Yusoff, Ong Wee Seck
38 Kuala Terengganu Terengganu Mohamad Sidik, Ab. Rahman Yusoff, Ong Wee Seck
39 Kuala Kurau Perak
40 Taiping Perak
41 Kuala Kangsar Perak Foo (1990)
42 Sungai Siput Perak
43 Gunung Gerah Perak
44 Kuala Betis Kelantan Aw Peck Chin (1975)
45 Gua Musang Kelantan Yin E.H (1965)
46 Sungai Aring Kelantan
47 Ulu Lebir Kelantan Paton (1959), D.E.H. Rishworth (1974)
48 Gunung Gajah Terom Terengganu Chow Weng Sum, S.K. Chung (2001)
49 Bukit Besi Terengganu Mohd Anuar Mohd Yusof, Mohammad Sidek, Ong Yeoh Han, Wong Ting Woon, Abd. Latiff Ashaari
50 Kuala Dungun Terengganu Mohd Anuar Mohd Yusof, Mohammad Sidek, Ong Yeoh Han, Wong Ting Woon, Abd. Latiff Ashaari
51 Kuala Dungun Terengganu
52 Beruas Perak
53 Batu Gajah Perak
54 Ipoh Perak Ingham (1960), Bradford (1960), Suntharalingam (1968), Foo (1983)
55 Cameron Highlands Pahang
56 Gunung Bedong Pahang
57 Merapoh Pahang
58 Gunung Tahan Pahang
59 Kuala Sat Pahang
60 Mandi Angin Pahang Ong Wee Seck, Rohimi Che Wan
61 Hulu Paka Terengganu Fateh Chand
62 Kuala Kerteh Terengganu Mohd Anuar Mohd Yusof, Mohammad Sidek, Ong Yeoh Han, Wong Ting Woon, Abd. Latiff Ashaari
63 Lumut Perak Wong T.S. (1991)
64 Teluk Intan Perak Wong T.S. (1991)
65 Tapah Perak
66 Gunung Batu Putih Perak
67 Kuala Medang Pahang
68 Kuala Lipis Pahang
69 Kuala Tembeling Pahang Jasmi Ab. Talib (1990)
70 Sungai Tekai Pahang Khoo Han Peng (1977)
71 Gunung Palas Pahang
72 Ayer Putih Terengganu Mohd Anuar Mohd Yusof, Mohammad Sidek, Ong Yeoh Han, Wong Ting Woon, Abd. Latiff Ashaari
73 Chukai Terengganu Tyebally Fazle Hussien, Yew Chee Cheong, Razaidi Shah A. Kadir
74 Bagan Datok Perak
75 Changkat Jong Perak
76 Tanjung Malim Perak Gan A.S. (1992)
77 Bukit Fraser Pahang
78 Gunung Benom Pahang
79 Jerantut Pahang
80 Sungai Tekam Pahang
81 Ulu Lepar Pahang
82 Sungai Lembing Pahang
83 Kuantan Pahang Tyebally Fazle Hussien, Yew Chee Cheong, Razaidi Shah A. Kadir
84 Kuala Selangor Selangor
85 Rawang Selangor
86 Kuala Kubu Baharu Selangor
87 Bentong Pahang
88 Temerloh Mentakab Pahang
89 Chenor Pahang
90 Maran Pahang
91 Pulau Manis Pahang
92 Pekan Pahang
93 Port Swettenham dan Klang Selangor
94 Kuala Lumpur Kuala Lumpur Yin E.H. (1976)
95 Kuala Klawang Negeri Sembilan Shu Y.K. (1969)
96 Durian Tipus Negeri Sembilan P. Loganathan (1993)
97 Tasik Bera Pahang
98 Sungai Jeram Pahang
99 Kampung Aur Pahang
100 Nenasi Pahang
101 Teluk Datuk Selangor Abdullah Sani Hashim (1986)
102 Sepang Selangor Abdullah Sani Hashim (1986)
103 Seremban Negeri Sembilan Khalid Ngah (1972)
104 Bahau Negeri Sembilan Khoo K.K. (1973)
105 Gemas Negeri Sembilan Lum H.K. (1977)
106 Batu Enam Negeri Sembilan
107 Kuala Sekin Pahang
108 Kuala Rompin Pahang
109 Padang Endau Pahang
110 Pulau Seri Buat Pahang
111 Pulau Tioman Pahang
112 Port Dickson Negeri Sembilan D.E.H. Rishworth (1963)
113 Melaka Melaka D.E.H. Rishworth (1963)
114 Gunung Ledang Melaka - Negeri Sembilan Ong Yeoh Han (2001)
115 Segamat Johor P. Loganathan (1977)
116 Labis Johor Zakaria Husain (1986)
117 Sungai Selai Johor
118 Kahang Johor
119 Mersing Johor F.S. Chong, R.H. Cook, G.M. Evans, T. Suntharalingam (1968)
120 Johor
121 Muar Johor
122 Batu Pahat Johor
123 Yong Peng Johor
124 Kluang Johor Loh C.H.
125 Gunung Belumut Johor Senathi Rajah (1968)
126 Ulu Sedili Johor T. Suntharalingam (1973)
127 Kampung Sedili Besar Johor
128 Senggarang Johor
129 Pontian Kecil Johor
130 Johor Bahru Johor
131 Kota Tinggi Johor Fauzey Mohd Zuhdi (1990)
132 Sungai Papan Johor
133 Kukup Johor
135 Pengerang Johor
145 Wang Kelian Perlis C.R. Jones (1981) (diterbitkan sebagai Memoir Daerah)
150 Langkawi Kedah
151 Kuala Perlis Perlis
152 Jitra Kedah
153 Alor Star Kedah

Pemetaan geologi Sabah dan Sarawak[sunting | sunting sumber]

Kajian penjelajahan geologi khusus bagi mengenal pasti jenis tanah, potensi bijih dan mineral telah direkodkan berlaku seawal 1881 di Borneo Utara seperti Peltzer (1881), Witti (1881-1882) dan Hatton (1882) tetapi tiada rekod yang sempurna dihasilkan.

Contohnya catatan oleh Pletzer (1881) semasa mencari-cari kawasan yang sesuai bagi penanaman kopi yang berbunyi:

“Kawasan pergunungan berhampiran (sekitar Lampiauw) dibentuk oleh batu pasir, besi peroksida, sedikit basalt, kuarza dan batu kapur …”

Penghasilan peta lakaran geologi pertama seluruh Borneo dihasilkan oleh Theodor Posewitz pada tahun 1892. Posewitz asalnya ialah doktor perubatan tentera tetapi belajar geologi semasa ditugaskan di Borneo Selatan.

Sebenarnya, peta lakaran geologi yang dihasilkan hanyalah berdasarkan catatan oleh penjelajah-penjelajah terdahulu.

Antara tahun 1908 hingga 1915, SBBU, British Borneo Petroleum Sydicate Ltd dan Nederlandsche Petroleum Koloniale Maatschappij (NPKM) memulakan kajian penjelajahan geologi bagi menentukan potensi petroleum di timur laut.

Pada tahun 1909 hingga 1911, SBBU melantik Richard Pilz, seorang jurutera perlombongan berbangsa Jerman untuk melaksanakan kajian bersistematik berkaitan potensi mineral dan arang batu di kawasan Borneo Utara.

Pilz turut memperbetulkan lakaran oleh Posewitz dan menambah baik maklumat geologi Borneo Utara. Peta geologi oleh Pilz diterbitkan pada tahun 1913.

NPKM melantik Dr. Kurt Stamm untuk menjalankan kajian geologi di kawasan Darvel Bay – Sungai Segama bermula tahun 1913, namun kajiannya terhenti kerana terbunuh dalam Perang Dunia Pertama di tanah airnya. Kerja Stamm disambung oleh J. Wenner dan diterbitkan pada tahun 1921.

Pada tahun 1934 hingga 1938, syarikat Anglo-Saxon Petroleum Co. Ltd. mendapat pajakan daripada SBUB bagi menjalankan penjelajahan geologi, geofizik dan kajian foto udara bagi meninjau potensi petroleum.

Sepanjang kajian dilaksanakan, tiada petunjuk potensi petroleum ditemui. Namun, maklumat geologi am yang lain seperti igneus dan metamorfisme batuan direkod dan disampel dengan banyak.

Profesor Max Reinhard, Pengarah Institut Mineralogi dan Petrografi di Universiti Basel bersama-sama Dr Hotz dari NPKM dari dijemput bagi mengkaji sampel-sampel yang telah dikutip.

Terdahulu, Reinhard juga pernah menjalankan kajian lapangan geologi di timur Borneo Utara antara tahun 1913 hingga 1914 melalui kontrak dengan NPKM.

Jabatan Penyiasatan Kajibumi Jajahan British di Borneo ditubuhkan sekitar tahun 1951, seterusnya hasil kajian oleh Reinhard termasuk rekod-rekod kajian terdahulu diterbitkan pada tahun tersebut.

Buletin Terbitan Jabatan Penyiasatan Kajibumi British Borneo
Buletin? Ahli kajibumi yang menjalankan pemetaan
Nombor Kawasan
1 Koloni Borneo Utara M. Reinhard dan E. Wenk (1951)
2? Bahagian tengah dan timur Wilayah Barat Borneo C.P.A. Zeylmans van Emmichoven (1939)
3 Sarawak, Brunei dan bahagian barat Borneo Utara P. Liechti, F.W. Roe dan N.S. Haile (1960)
6 Gua-gua di Sabah dan Sarawak G.E. Wilford (1964)
Memoir Terbitan Jabatan Penyiasatan Kajibumi British Borneo
Memoir Ahli kajibumi yang menjalankan pemetaan
Nombor Kawasan
1 Lembah Strap dan Lembah Sadong, Sarawak Barat N.S. Haile (1954)
2
3 Kuching - Lundu, Sarawak Barat G.E. Wilford (1955)
4 Sebahagian Lembah Segama dan Teluk Darvel, Koloni Borneo Utara F.H. Fitch (1955)
5 Kudat dan Kota Belud, Borneo Utara E.A. Stephens (1956)
6 Jesselton - Kinabalu P. Collenette (1958)
7 Lembah Lupar dan Lembah Saribas, Sarawak Barat N.S. Haile (1957)
8 Hulu Rajang dan kawasan bersambugan H.J.C. Kirk (1957)
9 Sandakan dan sebahagian Lembah Kinabatangan dan Lembah Labuk, Borneo Utara F.H. Fitch (1958)
10
11 Lembah Rajang Bawah dan kawasan bersambungan, Sarawak E.B. Wolfenden (1960)
12 Pensiangan dan Hulu Kinabatangan, Sabah P. Collenette (1965)
13
14 Semenanjung Semporna, Borneo Utara H.J.C. Kirk (1962)
15 Pulau Banggi dan Sungai Sugut, Borneo Utara R.A.M. Wilson (1961)
Laporan Terbitan Jabatan Penyiasatan Kajibumi British Borneo
Laporan Ahli kajibumi yang menjalankan pemetaan
Nombor Kawasan
1 Semantan dan Lundu, Sarawak Barat E.B. Wolfenden dan N.S. Haile (1963)
Memoir Terbitan Jabatan Penyiasatan Kajibumi Wilayah Borneo
Memoir Ahli kajibumi yang menjalankan pemetaan
Nombor Kawasan
13 Suai-Baram, Sarawak Utara N.S. Haile (1962)
16 Semenanjung Dent, Sabah N.S. Haile dan Wong N.P.Y (1965)
17 Labuan dan Lembah Padas, Sabah R.A.M. Wilson dan Wong N.P.Y (1964)
Laporan Terbitan Jabatan Penyiasatan Kajibumi Wilayah Borneo
Laporan Ahli kajibumi yang menjalankan pemetaan
Nombor Kawasan
2 Penrissen, Sarawak Barat Kho C.H. dan G.E. Wilford (1965)
3 Serian, Sarawak Barat A.C. Pimm (1965)
4 Pergunungan Bidu-Bidu, Sabah J. Newton-Smith (1967)
5 Bintulu, Tengah Sarawak Kho C.H. (1968)
Memoir Terbitan Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia
Memoir Ahli kajibumi yang menjalankan pemetaan
Nombor Kawasan
4 Lembah Segama Atas dan Teluk Darvel, Sabah Leong K.M. (1974)
8 Gunung Kinabalu, Sabah G. Jacobson (1970)
Laporan Terbitan Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia
Laporan Ahli kajibumi yang menjalankan pemetaan
Nombor Kawasan
6 Semenanjung Sandakan, Barat Sabah David Lee T.C. (1970)
9 Gunung Pock, Semenanjung Semporna, Sabah David Lee T.C. (1988)
13 Lembah Lupar, Sarawak Barat Tan D.N.K. (1979)
15 Wullersdorf, Sabah Lim P.S. (1981)
16 Kuching, Sarawak Barat Tan D.N.K. (1993)