Pemikiran lateral

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Istilah pemikiran lateral telah dicipta oleh Edward de Bono pada tahun 1967.Secara umumnya,pemikiran lateral diguna untuk dimisahkan daripada idea yang sudah lama digunakan dan dipercayai baik serta betul.Pemikiran lateral seperti juga pemikiran kreatif yang diperlukan bagi mencari dan mencipta idea baru.Sesetengah pengkaji menganggap pemikiran lateral adalah sama dengan pemikiran kreatif.Secara khususnya ,pemikiran lateral mencakupi penggunaan teknik spesifik yang sengaja dipakai untuk menerbitkan idea baru.Kadangkala teknik tersebut menimbulkan provokasi minda yang dianggap kurang menyenangkan dan gila.

Edward de Bono(1967)menggambarkan intipati pemikiran lateral sebagai 'kita tidak dapat menggali lubang-lubang baru di tempat-tempat yang lain kalau kita asyik menggali lubang supaya lebih dalam lagi '.Ini bermaksud berfikir dan bekerja dengan lebih keras dengan menggunakan idea dan cara lama,belum tentu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi tetapi penyelesaian mungkin dijumpai dengan menggunakan idea dan cara baru.Fokus pemikiran lateral adalah untuk membolehkan otak maju ke depan daripada satu konsep kepada satu konsep yang lain dan daripada satu idea kepada idea lain.