Kepeminatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Peminat anime dan manga)
Peminat Harry Potter berpakaian seperti pelajar Hogwarts

Kepeminatan atau kepenggemaran (bahasa Inggeris: fandom) merupakan sejenis istilah yang digunakan untuk merujuk kepada sebahagian budaya yang terdiri daripada lingkungan para peminat atau penggemar yang dikategorikan oleh suatu perasaan simpati dan akrab dengan orang lain yang berkongsi minat yang sama. Lingkungan sebegini boleh mengembang dan bertumpu kepada mana-mana bidang dalam minat atau kegiatan kehidupan manusia. Subjek para peminat ini boleh dijelaskan secara kecil lagi, yang bertumpu kepada sesuatu seperti seorang selebriti; ataupun meliputi sebuah hobi, genre atau fesyen tertentu.

Kepeminatan boleh juga digunakan merujuk luas kepada sebuah rangkaian sosial yang berkait rapat dengan kepeminatan orang-orang persendirian yang mana kebanyakan daripada mereka bertindih antara satu sama lain. Meskipun istilah ini kini digunakan untuk merujuk kepada sekumpulan manusia yang dipersonakan oleh mana-mana subjek, istilah ini memiliki asal-usulnya daripada para individu yang mempunyai semangat menghargai sukan. Oxford English Dictionary mengenal pasti penggunaan istilah fandom digunakan sejak tahun 1903 lagi yang mana rujukan-rujukannya yang direkodkan merujuk kepada kepeminatan sukan.

Kelaziman mengikut subbudaya[sunting | sunting sumber]

Francais dan siri cereka[sunting | sunting sumber]

Media bercabang dari mekarnya genre cereka sains pada awal 1970-an seperti Star Trek dan The Man from U.N.C.L.E. di mana ia sering bertumpu kepada membincangkan hubungan antara watak-watak dalam media tersebut.[1] Para peminat ini akan terdorong menciptakan produk kreatif seperti karya seni dan cerita rekaan sambil juga menumpu kepada perbincangan kritis mengenai karya-karya ditonton atau dibaca.

Anime dan manga[sunting | sunting sumber]

Kepeminatan anime dan manga dimulai tahun 1970-an di Jepun. Lingkungan ini juga mulai muncul di Amerika Syarikat hasil percabangan daripada minat terhadap cereka sains di mana manga meliputi genre ini turut dibawa para peminat ke sidang berkenaan.[2] Dorongan sama turut dilakukan mendorong mempopularkan anime di negara Barat tersebut sebelum media sebegini mula diberikan pelesenan untuk disiarkan di TV sana di mana peminat yang ingin menonton anime lain akan mengedarkan salinan filem anime disarikatakan sendiri untuk dikongsi dengan sesama rakan seminat.

Subbudaya lain[sunting | sunting sumber]

Furry merujuk pada kepeminatan terhadap watak haiwan antropomorfik fiktif dengan keperibadian dan sifat manusia. Konsep ini mula digambarkan pada tahun 1980-an[3] ketika sebuah gambar karakter dari Albedo Anthropomorphics karya Steve Allaci menuai pembicaraan mengenai karakter antropomorfik dalam novel fiksi ilmiah, yang pada akhirnya menciptakan kelompok diskusi yang bertemu di konvensi cereka sains dan komik.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Coppa, Francesca (2006). "A Brief History of Media Fandom". Dalam Hellekson, Karen; Busse, Kristina (penyunting). Fan Fiction and Fan Communities in the Age of the Internet. Jefferson, North Carolina: McFarland & Company. m/s. 41–59. ISBN 978-0-7864-2640-9.CS1 maint: postscript (link)
  2. ^ Bennett, Jason H. "A Preliminary History of American Anime Fandom" (PDF). University of Texas at Arlington. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 Julai 2011. Dicapai pada 10 Mei 2009. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ Patten, Fred (2012-07-15). "Retrospective: An Illustrated Chronology of Furry Fandom, 1966–1996". Flayrah. Dicapai pada 2012-07-15.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]