Pemindahan mangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Helikopter UH-1 Huey banyak melakukan misi CASEVAC semasa Perang Vietnam.
Unit pemindahan pesakit di dalam helikopter CH-53G bagi tugas MEDEVAC milik Kor Penerbangan Tentera Darat Jerman.
Ambulans HMMWV milik Kor Marin Amerika Syarikat dibina khas bagi melakukan operasi MEDEVAC.

Pemindahan mangsa (Bahasa Inggeris:Casualty Evacuation atau CASEVAC) merupakan terma yang digunakan apabila memindahkan askar atau orang awam yang cedera daripada zon pertempuran. Casevac boleh dilakukan melalui darat dan udara. Pada hari ini, Casevac melalui udara hampir keseluruhannya dilakukan dengan menggunakan helikopter, satu amalan yang bermula pada penghujung Perang Dunia II; sebelumnya ia dilakukan oleh pesawat STOL, seperti pesawat Fieseler Fi 156 atau Piper J-3. Pesawat Casevac tidak semestinya dilengkapkan dengan peralatan bantuan hayat atau anggota perubatan dilatih khas. Mereka hanya digunakan sebagai alat bagi memindahkan mangsa ke lokasi lain yang mana rawatan boleh dilakukan oleh staf perubatan profesional.

Perbezaan antara CASEVAC dan MEDEVAC[sunting | sunting sumber]

Perbezaan utama di antara CASEVAC dan MEDEVAC adalah, MEDEVAC menggunakan kenderaan dan peralatan tentera (contohnya Ambulans HMMWV atau helikopter perubatan) yang telah direka khusus bagi memberi rawatan dan memindahkan mangsa ke kemudahan perubatan yang sesuai. Berlainan dengan CASEVAC yang mana tidak menggunakan kenderaan perubatan bagi mengangkut mangsa yang berada dalam kecemasan dari medan pertempuran, dan tidak mempunyai masa bagi menunggu MEDEVAC atau MEDEVAC tidak dapat menghampiri mangsa.

Meskipun kekurangan peralatan bantuan hayat yang maju dan anggota perubatan tetap di dalam kenderaannya, anggota tentera kini akan memasuki zon pertempuran dengan dilengkapi dengan Alat Bantuan Kecemasan Individu (Individual First Aid Kit atau I.F.A.K) bersama peralatan mereka. IFAK mempunyai bekalan asas perubatan seperti kasa, kain pembalut, turnikuet dan QuikClot. Semua anggota tentera Amerika Syarikat dilatih dalam asas pertolongan cemas. Kebanyakkan unit-unit memiliki pengusung dan cadar bakar di dalam kenderaan mereka.

Dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat, peringkat tertinggi rawatan perubatan yang boleh didapati sebelum melakukan Casevac adalah daripada medik tempur. Kakitangan ini dilatih bagi menstabilkan pesakit sepanjang dalam situasi khusus yang mengancam nyawa, seperti ketegangan pneumotoraks atau pendarahan teruk, tetapi kekurangan peralatan dan latihan untuk keadaan kecemasan perubatan luar biasa atau sukar. Peratusan besar askar-askar Amerika Syarikat dilatih sebagai penyelamat nyama tempur.

Askar-askar sekarang boleh dipantau dari jauh dengan menggunakan penderia-penderia yang dibina di dalam pakaian mereka atau dengan memakai satu tali pinggang fabrik di dada mereka. Sistem ini boleh menghantar tanda-tanda amat penting dan status fizikal (berbaring, berjalan dan berlari) kepada ahli perubatan.

Dalam istilah tentera Australia, Casevac merujuk kepada pemindahan sebilangan kecil anggota tentera, biasanya hanya seorang.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]