Penaga laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Penaga laut
Bintangur laut
Starr 010309-0546 Calophyllum inophyllum.jpg
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. inophyllum
Nama binomial
Calophyllum inophyllum

Penaga laut atau bintangur laut (juga bintangor laut, nama botani: Calophyllum inophyllum)[3][4] ialah spesies pokok bintangur yang malar hijau dan besar, ia terdapat di kawasan tropika Asia dan Wallacea. Pokok ini tumbuh di kawasan berpasir dan berbatu, dan hutan tepi paya bakau.[5]

Botani[sunting | sunting sumber]

Pokok[sunting | sunting sumber]

Pokok penaga laut berdahan rendah dan tumbuh perlahan dengan silara yang lebar dan tidak sekata. Pokok ini tumbuh mencapai ketinggian 8 hingga 30 meter, batangnya bengkang-bengkok atau mencondong ke laut. Kulit kayunya gelap dan merekah. Akarnya biasa dan tidak banir. Seluruh bahagian pokok yang dikerat mengeluarkan getah putih susu atau kekuningan yang legap.

Helai daunnya ringkas berbentuk bujur dengan ukuran 8 hingga 20 sm panjang, berwarna hijau gelap dan berkilau dengan urat halus selari. Daun-daunnya disusun bertentangan.[5][6]

Bunga[sunting | sunting sumber]

Pokok penaga laut mengambil masa banyak tahun sebelum mula berbunga. Ia boleh berbunga sepanjang tahun tetapi ada dua musim berbunga yang jelas pada April hingga Jun dan pada Oktober hingga Disember. Bunga-bunga ini kembang sebelum fajar dan terbuka sepenuhnya sehingga keesokan harinya.[6]

Kuntum-kuntum bunganya muncul dalam jambak tandan atau malai di ketiak daun 25 hingga 30 milimeter lebar; setiap jambak menghasilkan 5 hingga 30 kuntum bunga. Setiap kuntum bunga mempunyai 8 hingga 13 kelopak putih dan banyak sulur bunga kuning emas; Ia berbau wangi yang menarik banyak jenis serangga mendebungakannya.[5][6]

Buah[sunting | sunting sumber]

Buahnya jenis drup dan bulat dengan ukuran diameter 2 hingga 4 sm. Isinya mempunyai lapisan mampung sekeliling satu lapisan nipis dan keras, lapisan keras ini ada sebiji benih yang sedikit beracun. Lapisan luar buah berwarna hijau; ia berkedut apabila masak dan bertukar warna kuning atau perang kemerahan.

Buah ini disebarkan secara hanyut di laut dalam jangka masa yang panjang, tetapi buah ini juga dicatat boleh disebarkan kelawar yang memakan isi buahnya.[6]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Kayu[sunting | sunting sumber]

Kayu pokok ini dijadikan sumber balak orang Austronesia membina kapal-kapal mereka, orang Austronesia menyebarkan pokok ini ke pulau-pulau Oceania dan Madagaskar.[7]

Pokok ini juga ditanam sebagai tanaman hiasan.[2]

Ubatan[sunting | sunting sumber]

Air akarnya disapu pada mata bengkak. Biji buahnya ditumbuk sampai hancur dan disapu pada bisul. Bahagian jantan bunga dan kulit kayu pokoknya boleh merawat biu yang bersalin.[5]

Minyak boleh diambil daripada buah kekerasnya sebagai ubat merawat luka dan lecur.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Barstow, M. (2019). "Calophyllum inophyllum". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2019: e.T33196A67775081. doi:10.2305/IUCN.UK.2019-1.RLTS.T33196A67775081.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ a b  Calophyllum inophyllum was first described and published in Species Plantarum 1:513. 1753. "Calophyllum inophyllum", Germplasm Resources Information Network, Khidmat Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, dicapai pada 26 April 2012 Invalid |mode=CS1 (bantuan)
  3. ^ "Kepelbagaian Spesies Pokok Di Pesisiran Pantai". Program Penanaman Pokok dan Spesies-Spesies yang Sesuai di Pesisiran Pantai Negara. Jabatan Hutan Malaysia. 2014. Dicapai pada 16 September 2022.
  4. ^ "INDEX TO SCIENTIFIC NAMES of Tropical Tree Species along with their Vernacular Names" (PDF).
  5. ^ a b c d Hean Chooi Ong (2004). Tumbuhan liar: khasiat ubatan & kegunaan lain. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 19, 60–61. ISBN 9676116300.
  6. ^ a b c d Tan, Ria (Januari 2013). "Penaga laut". Wild Singapore. Dicapai pada 16 September 2022.
  7. ^ Damon, Frederick H. (2016). "A Story of Calophyllum: From Ecological to Social Facts". Trees, Knots, and Outriggers: Environmental Knowledge in the Northeast Kula Ring. Berghahn Books. m/s. 180–246. ISBN 9781785332333.
  8. ^ Dweck, A.C.; Meadows, T. (2002). "Tamanu (Calophyllum inophyllum) – the African, Asian, Polynesian and Pacific Panacea" (PDF). International Journal of Cosmetic Science. 24 (6): 341–348. doi:10.1046/j.1467-2494.2002.00160.x. PMID 18494888. S2CID 21847865. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Januari 2019. Dicapai pada 18 Januari 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]