Penahanan ISA 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penahanan ISA 2010 dilakukan oleh Kementerin Dalam Negeri terhadap 12 rakyat asing dan tempatan di Sungai Cincin , Gombak,Selangor. Lokasi ini hanya 4 km dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mendapat maklumat bahawa mereka dikaitkan dengan gerakan Wahabi - agen keganasan antarabangsa Timur Tengah . Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh menyatakan kuliah agama di sebuah apartmen pada 21 Januari 2010, apabila Unit Tindakan Khas Polis menyerbu rumah itu.

Majoritinya pelajar Timur Tengah . Mereka dijadikan kambing hitam untuk menepis tekanan antarabangsa . Mereka dikaitkan dengan pengganas dan tersenarai sebagai orang paling dikehendaki oleh negara asal, agensi perisik dan badan anti pengganas antarabangsa.[1] Berilah mereka peluang membela diri di mahkamah dan menggunakan khidmat peguam.

Blog Hanifsalleh.blogspot.com menyatakan selepas pensyarah Aiman Yusof Al-Daqqaq dari Syria berada di UIAM, fahaman Wahabi semakin berkembang di kalangan penuntut-penuntut universiti tersebut.Sarang Wahabi di seperti I'ttiba Us-Sunnah Kuala Pilah patut diserbu kerana cenderung menentang kerajaan dan membelakangi jabatan-jabatan agama yang diiktiraf oleh Sultan. Dikatakan pengebom-pengebom tempat-tempat awam di Indonesia berfahaman Wahabi. Osama bin Laden juga berfahaman Wahabi. Umat Islam yang tidak mengikut acuan mereka akan dituduh sebagai pembuat bidaah, kafir dan syirik. [2]

Reaksi kerajaan[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Februari 2010, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menyatakan bahawa 9 tahanan ISA itu akan diektradisi ke negara asal. Tiga lagi masih misteri.

Pada hari Krismas 25 Disember 2009, Umar Farouk Abdulmutallab rakyat Nigeria telah ditangkap di Detroit kerana mambawa bom seluar dalam. Amerika Syarikat juga mengeluarkan amaran kepada rakyatnya tentang Keselamatan Timur Sabah pada 15 Januari 2010 . Kawasan tumpuan pelancong asing itu termasuklah Semporna, Pulau Mabul dan Pulau Sipadan.

Memorandum bantahan[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Februari 2010, GMI menghantar memorandum bantahan kepada Pesuruhjaya Suhakam Datuk Siva Subramaniam berhubung penahanan seorang rakyat Malaysia, rakyat Syria, Yaman, Nigeria dan Jordan. Kuliah dihadiri oleh 50 orang tetapi 38 orang dibebaskan. Mereka hendaklah dibebaskan atau segera dibicarakan agar pembelaan dapat dibuat. GMI akan mengadakan demonstrasi jika tiada susulan daripada Suhakam.

Kaedah pembelajaran Wahabi berbeza tetapi tidak sehingga menyalahi Islam . Mereka bukan ajaran sesat. Homam Abdulalim hairan kenapa mengaitkan Wahabi dan Salafi sebagai pengganas.Salafi adalah anti-pengganas, kami menggelar pengganas sebagai khawarij . Jangan gunakan ISA jika tidak dapat melawan hujah.

Maklumat tambahan dari kedutaan asing, keluaraga dan agensi keselamatan Malaysia diperlukan .Turut menyerahkan memorandum itu ialah dua anggota keluarga dan juga seorang rakan kepada individu yang ditahan.[3] Mereka tidak patut dihantar pulang ke negara asal kerana belum menamatkan pengajian di UIAM.

Pada 22 Februari 2010, GMI dan Suaram merayu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membenarkan tahanan ISA berjumpa dengan ahli keluarga dan peguam mereka.Ada di antara tahanan ISA termasuk warga asing tidak diberikan kebenaran untuk bertemu keluarga masing-masing atau diberikan hak untuk mendapatkan bantuan guaman walaupun sudah ditahan selama 31 hari.Peguam mereka, Syahredzan Johan menyatakan satu permohonan habeas corpus telah difailkan di Mahkamah Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan tahanan dan permohonan itu dijadualkan didengar pada 10 Mac 2010. Ada ura-ura kerajaan hendak menghantar mereka pulang sedangkan belum tahu nasib mereka apabila pulang. Keadaan kesihatan dan kebajikan (makan dan minum) tidak diketahui.[4]

Senarai tahanan[sunting | sunting sumber]

Harakahdaily.ney menyiarkan senarai tahanan itu :

  1. Azzahari Murad - Malaysia
  2. Aiman Al Dakkak (pelajar PhD USM dari Syria)
  3. Mohamed Hozifa (pelajar Syria)
  4. Kutiba Al-Issa (pelajar Syria)
  5. Hassan Barudi (pelajar Syria)
  6. Khalid Salem (pelajar dari Yaman)
  7. Luqman Abdul Salam (pelajar dari Negeria)
  8. Abdul Alhi Bolajoko Uthman (pelajar dari Negeria)
  9. Hussam Khalid (Jordan).[5]
  10. misteri
  11. misteri
  12. misteri

Tahanan lain[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "GMI: Warga Timur Tengah 'dikambing hitam' kerajaan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-20. Dicapai pada 2010-02-20.
  2. ^ "Wahabi Kena ISA". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-05. Dicapai pada 2010-02-20.
  3. ^ GMI: Tahanan ISA mungkin dikait dengan Wahabi
  4. ^ NGO Hantar Memorandum Minta Tahanan ISA Dibenar Jumpa Keluarga & Peguam
  5. ^ "GMI: Warga Timur Tengah 'dikambing hitam' kerajaan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-20. Dicapai pada 2010-02-20.
  6. ^ Seorang lagi ditahan ISA Diarkibkan 2010-07-21 di Wayback Machine HarakahDaily. 20 Julai