Penapaian (biokimia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Penapaian ialah proses mengekstrak tenaga daripada pengoksidaan sebatian organik, seperti karbohidrat, menggunakan penerima elektron endogenus, yang juga selalunya sebatian organik. Sebaliknya pula, respirasi pula berlalu dengan elektron didermakan kepada penerima elektron eksogenus, seperti oksigen, melalui pengangkutan elektron berantai. Penapaian amat penting dalam keadaan anaerobik apabila tiada pemfosforilan oksidatif untuk mengawal penghasilan ATP (adenosina trifosfat) oleh glikolisis. Semasa penapaian, piruvat bermetobilasi kepada beberapa sebatian. Penapaian homolaktik ialah penghasilan asid laktik daripada piruvat; penapaian alkohol ialah penukaran piruvat kepada etanol dan karbon dioksida; dan penapaian heterolaktik ialah penghasilan asid laktik dan juga asid lain serta alkohol.

Penapaian tidak semestinya perlu dijalankan dalam keadaan anaerobik. Contohnya, walaupun dalam kehadiran oksigen yang banyak, sel yis lebih menyukai penapaian berbanding pemfosforilan oksidatif, selagi adanya gula untuk kegunaan (satu fenomena yang dikenali sebagai kesan Crabtree). Aktiviti antibiotik daripada bunga Humulus lupulus juga merencat metabolisma aerobik dalam yis.

Gula menjadi substrat (biokimia) umum untuk proses penapaian, dan contoh tipikal hasil produk penapaian ialah seperti etanol, asid laktik, laktosa, dan hidrogen. Namun, sebatian eksotik juga boleh terhasil daripada proses penapaian seperti asid butirik dan aseton. Yis menjalanakan proses penapaian menghasilkan etanol dalam bir, wain, dan minuman keras yang lain, berserta dengan penghasilan kuantiti karbon dioksida yang banyak. Penapaian berlaku di dalam sel mamalia apabila berlakunya senaman intensif dengan bekalan oksigen terhad, mengakibatkan penghasilan asid laktik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]