Pencawang elektrik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pencawang 115 kV ke 41.6/12.47 kV 5000 kVA 60 Hz di Warren, Minnesota, A.S.

Pencawang elektrik ialah sejenis stesen dalam sistem penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik di mana voltan dinaik atau diturunkan menggunakan transformer.

Pencawang penghantaran[sunting | sunting sumber]

Pencawang utama atau pencawang penghantaran menyambungkan dua atau lebih talian penghantaran, biasanya diletakkan berhampiran dengan sumber tenaga. Mengikut piawaian, sebuah pencawang utama yang hendak dipasang hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai dua pengubah. 33/11kV, penyuap 33kV, penyuap 11kV dan peralatan-peralatan lain yang merupakan peralatan khas yang direka bentuk untuk berkendalian pada voltan tinggi. Peralatan lain yang terdapat dalam pencawang utama iaitu pengasing, pemutus litar, pengubah penurun, pengubah arus, palang bas dan sebagainya.