Pencetakan 3D

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sebuah pencetak 3D keluaran syarikat Airwolf, selatan California, A.S.

Pencetakan 3D atau additive manufacturing (AM) merupakan proses mencipta objek tiga dimensi di mana bahan diacu berlapis-lapis di bawah kawalan komputer untuk membentuk objek. Objeknya boleh datang dalam pelbagai jenis rupa bentuk dan selalunya dihasilkan dengan menggunakan data model digital daripada model 3D ataupun sumber data elektronik yang lain seperti Fail Pembuatan Tambahan (Additive Manufacturing File, AMF).

Antara jenis-jenis pencetakan seumpamanya yang wujud ialah stereolitografi dan pemodelan deposit bercantum.

Prinsip[sunting | sunting sumber]

Pemodelan[sunting | sunting sumber]

Model yang mudah dicetak dihasilkan dengan bantuan pakej reka bentuk berbantu komputer melalui sama ada pengimbas 3D ataupun kamera digital biasa serta perisian fotogrametri. Model yang dihasilkan dengan bantuan CAD dapat dikurangkan ralat dalam penghasilannya serta boleh diperbetulkan sebagai suatu pengesahan pada saat akhir sebelum pencetakan dilakukan.[1] Penyediaan data geometrik grafik komputer secara manual pula dibuat sepertimana seni pembentukan dan pengolahan fizikal seperti seni ukir. Proses pengimbasan 3D terdiri daripada pengumpulan data digital bentuk dan rupa objek nyata yang kemudiannya dipergunakan untuk mencipta model digital saduran objek tersebut.

Pencetakan[sunting | sunting sumber]

Pembinaan model dengan kaedah pencetakan yang sedia ada boleh mengambil masa daripada beberapa jam sehinggalah ke beberapa hari bergantung kepada jenis pencetakan serta saiz dan reka bentuk model. Additive systems boleh mengurangkan masa penghasilan kepada sekurang-kurangnya beberapa jam namun kecekapan pengurangan ini berkait rapat dengan jenis mesin yang digunakan serta bilangan dan saiz model yang dihasilkan secara serentak.[2]

Pengemasan (finishing)[sunting | sunting sumber]

Sesetengah polimer mentah seperti ABS membolehkan kemasan luaran produk akhir dirapikan atau dipertingkatkan menggunakan kaedah wasap kimia tertentu[3] berasaskan aseton atau larutan yang berkaitan. Terdapat juga kaedah pencetakan yang berkebolehan menggunakan pelbagai bahan mentah secara serentak ketika proses pembuatan, termasuk pencetakan dalam pelbagai warna atau corak tanpa memerlukan sebarang kereta mengecat.

Aplikasi[sunting | sunting sumber]

Pencetakan ini telah banyak dipakai dalam pelbagai bidang untuk tujuan komersial yang begitu menguntungkan, seperti perindustrian, perubatan dan pembuatan barang.[4] Pembuatan penambahan makanan dipakai melalui kaedah ini untuk mengembangkan jenis makanan yang sesuai seperti coklat atau gula-gula, mahupun makanan jenis leper seperti biskut, pasta[5] atau piza[6][7] menjadi objek tiga dimensi secara lapisan demi lapisan.

Kaedah ini turut dieksperimenkan pereka fesyen untuk membuat pakaian seperti gaun, kasut dan bikini.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jacobs, Paul Francis (1 Januari 1992). Rapid Prototyping & Manufacturing: Fundamentals of Stereolithography. Society of Manufacturing Engineers. ISBN 978-0-87263-425-1. 
  2. ^ "Advantages of 3D printing over traditional manufacturing". 3DPrinterPrices.net (dalam bahasa Inggeris). 10 Julai 2013. Dicapai 2017-02-16. 
  3. ^ Kraft, Caleb (24 September 2014). "Smoothing Out Your 3D Prints With Acetone Vapor". Make. Make. Dicapai 5 Januari 2016. 
  4. ^ Taufik, Mohammad; Jain, Prashant K. (10 Disember 2016). "Additive Manufacturing: Current Scenario". Proceedings of International Conference on: Advanced Production and Industrial Engineering -ICAPIE 2016: 380–386. 
  5. ^ Wong, Venessa. "A Guide to All the Food That's Fit to 3D Print (So Far)". Bloomberg.com. 
  6. ^ "Did BeeHex Just Hit 'Print' to Make Pizza at Home?". Dicapai 28 Mei 2016. 
  7. ^ "Foodini 3D Printer Cooks Up Meals Like the Star Trek Food Replicator". Dicapai 27 Januari 2015. 
  8. ^ "3D Printed Clothing Becoming a Reality". Resins Online. 17 Jun 2013. Dicapai 3 Oktober 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]