Penculikan diplomat Iran 1982

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Tiga orang diplomat Iran serta wartawan Agensi Berita Republik Islam Iran telah diculik di Lubnan pada 4 Julai 1982. [1] Tiada seorang pun daripada mereka ditemui sehingga kini.[2] Mereka yang dilaporkan hilang adalah Ahmad Motevaselian, atasé tentera keduataan Iran di Beirut; Seyed Mohsen Mousavi, chargé d'affaires kedutaan; Taghi Rastegar Moghadam, pekerja kedutaan dan Kazem Akhavan, wartawan gambar IRNA.[3]

Mereka telah ditahan di pusat pemeriksaan di Lubnan utara oleh pasukan Phalange Lubnan yang diarahkan oleh Samir Geagea.[4] Sejak itu, pelbagai spekulasi telah tersebar. Pegawai-pegawai Iran percaya bahawa mereka telah diserahkan kepada Israel selepas diculik. Mereka juga dipercayai masih hidup dan ditahan di wilayah Israel.[5][3] Israel pula percaya bahawa diplomat-diplomat tersebut telah dibunuh oleh Phalange sejurus selepas diculik.[6]

Kerajaan Iran dan Lubnan telah cuba memperoleh maklumat mengenai kedudukan mereka. Menurut Nazih Mansour, bekas ahli Parlimen Lubnan, kes ini telah menjadi isu politik berbanding isu kehakiman.[6][7]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Semasa pencerobohan Israel ke atas Lubnan, Ahmad Motevaselian, atasé tentera untuk kedutaan Iran di Beirut; Seyed Mohsen Mousavi, chargé d'affaires kedutaan; dan Taghi Rastegar Moghadam, pekerja kedutaan, telah dihantar ke Lubnan untuk misi diplomatik[8] bersama-sama dengan seorang wartawan gambar IRNA, Kazem Akhavan untuk membuat liputan mengenainya. Mereka telah dihantar dari kedutaan Iran di Damascus.[9][10] Menurut sumber dari A.S. dan Israel, Motevaselian merupakan diperintahkan oleh pasukan ekspedisi IRGC untuk menyokong tentera Syiah seperti Hezbollah di Lubnan Selatan dan Lembah Bekaa untuk menentang pencerobohan Israel.[11][12][13][14]

Brigade Mohammad Rasul-Allah ke-27, dibawah pemerintah Motevaselian, telah memainkan peranan penting dalam Pembebasan Khorramshahr, yang merupakan "titik perubahan" dalam perang.[8] Malahan, Motevaselian telah dipilih untuk mengetuai pasukan ekspedisi di Lubnan kerana kejayaan beliau dalam mengalahkan pemberontakan Kurdish di Iran pada tahun 1979.[15]

Parti Phalanges Lubnan, merupakan "tentera Kristian yang bersekutu dengan Israel" yang beroperasi di Lubnan pada ketika itu.[12] Manakala, israel pula mengepung barat Beirut.[16]

Penculikan[sunting | sunting sumber]

Para diplomat tersebut telah hilang di Lubnan ketika pencerobohan Lubnan pada tahun 1982.[17] Setelag tiba di pusat pemeriksaan al-Barbareh di Lubnan utara, pasukan Phalange Lubnan [1] yang diketuai oleh Samir Geagea telah menahan kesemua mereka.[4] Mereka yang diculik dilaporkan telah dipenjarakan di bawah pengawasan Elie Hobeika, kemudiannya Phalangist, di Karantina selama 20 hari sebelum dipindahkan ke penjara Adonis.[18]

Spekulasi tahanan Israel[sunting | sunting sumber]

Sejurus selepas insiden penculikan itu, Iran menudih Israel menculik dan menahan diplomat mereka di dalam penjara, dan memanggil Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) untuk menjelaskan di mana mereka berada.[5] Pada November 1994, duta Iran di Lubnan, Homyaun alizadeh, mendakwan keempat-empat mereka yang diculin telah ditahan di penjara Israel.[16] Malahan, Ghazanfar Roknabadi, bekas duta Iran di Lubnan menyatakan terdapat bukti kukuh untuk membuktikan mereka masih hidup, dan dipenjarakan di Israel.[3][19] Beberapa tahun kemudian, dakwaan tersebut diulang oleh Sayyed Hassan Nasrallah, ketua Hezbollah Lubnan,[20] Mahmoud Ahmadinejad, bekas Presiden Iran, [21] dan Menteri Pertahanan Iran, Brig. Jen. Hossein Dehghan.[8]

Pada tahun 1997, Persatuan Sahabat Tahanan, menyatakan seorang tahanan yang telah dibebaskan pernah melihat keempat-empat mangsa culik tersebut di Penjara Atlit di Israel dua tahun sebelum ini, namun dakwaan ini dinafikan oleh jurucakap untuk Perdana Menteri Israel.[22] Israel menyatakan mereka tidak mengetahui apa yang berlaku terhadap diplomat tersebut dan percaya mereka telah diculik oleh kumpulan militan Lubanan dan dibunuh selepas penculikan itu. Malahan diyakini bahawa mereka telah ditanam tapak pembinaan.[6] Menurut Agensi Berita Fars, Israel telah membuat komen bercanggah mengenai isu ini dengan menolak tuduhan diplomat yang diserahkan kepadanya, dan mendakwa bahawa mereka sudah mati.[23]

Pada tahun 2016, menurut laporan Rai al-Youm yang berpangkalan di London,[24] yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Agensi Berita Fars, seorang tahanan penjara Greek yang dibebaskan dari penjara Israel memaklumkan kepada kedutaan Iran di Athens bahawa dia pernah melihat keempat-empat orang yang diculik itu di penjara Israel. Laporan tersebut turut menyatakan Ahmad Habibollah Abu Hesham, yang turut dikenali sebagai "bapa kerohanian" banduan penjara Israel, turut membuat komen serupa bahawa Motavesellian bersama tiga yang lain masih hidup di kem tahanan Atlit selepas melawat dan melakukan pemeriksaan di penjara-penjara Israel. Dia meninggal dunia dalam apa yang Rai al-Youm sebagai "kemalangan yang direka oleh Israel".[25]

Kemungkinan mati=[sunting | sunting sumber]

Dalam temubual bersama majalah Al-Wasat yang berpangkalan di London dan disiarkan pada 31 Ogos 1997, Elie Hobeika mengesahkan penculikan diplomat-diplomat tersebut dan diserahkan kepada Israel oleh kumpulan Geagea,[26] yang terkenal sebagai mempunyai hubungan rapat dengan Israel dan pernah menyerahkan ramai rakyat Lubnan dan asing kepada Israel ketika pencerobohan Israel ke atas Lubnan.[4] Kemudian, Geagea menyatakan bahawa rakyay-rakyat Iran tersebut telah mati selepas ditangkap.[27] Ali Qusair, wartawam Press TV dan Sayyed Raed Mousavi, anak kepada Sayyed Mohsen Mousavi, telah menemubual Karim Pakradouni, bekas ketua Phalange. Merujuk kepada perbualan bersama Assaad Chaftari, seorang pegawai risik kanan Pasukan Lubnan, Pakradouni percaya para diplomat tersebut telah dibunuh sebelum tiba di Karantina.[28] Ketua keselamatan Hobeika dalam awal 1980-an, Robert Hatem, dengan kod nama menuduh Hobeika sebagai menculik dan membunuh empat orang diplomat Iran pada tahun 1982 dalam biografi Hobeika yang diterbitkannya. [29]

Maklum balas politik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2016, Adnan Mansour, Menteri Luar dan Emigran Lubnan, dalam temubualnya bersama IRNA menyatakan bahwa Iran tidak berhenti menyiasat kehilangan diplomat mereka. Beliau menyatakan bahawa kerajaan Lubnan bertanggungjawab dalam langkah pertama, kerana penculikan itu telah terjadi di wilayah Lubnan. Nazih Mansour, bekas anggota parlimen Lubnan, telah menjadi peguam rasmi salah seorang keluarga. Bercakap kepada IRNA, beliau berkata kemajuan kes di mahkamah Lubnan sangat perlahan. Mansour juga berkata bahawa selepas bertahun-tahun, kes itu telah menjadi isu politik dan bukannya kehakiman. [7]

Dalam satu kenyataan, Iran menyatakan penghargaan atas usaha kerajaan Lubnan dan tokoh-tokoh antarabangsa, termasuk surat tahun 2008 dari Lubnan ke PBB yang mengesahkan penculikan tersebut, untuk membawa perhatian antarabangsa terhadap kes ini.[4] Mohammad Fathali, duta Iran di Beirut,[30] berkata bahawa Iran tidak melihat tindakan serius oleh "pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia dan masyarakat antarbangsa" berhubung penculikan dan nasib diplomat-diplomat ini.[23]

Hizbullah telah memasukkan nasib para diplomat ini dalam rundingan tidak langsung untuk pertukaran tahanan dengan Israel selepas perang 2006[31] dan sebagai istilah perjanjian, Israel bersetuju untuk memberikan laporan mengenai nasib empat orang Iran yang diculik dan didakwa dibunuh.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Staff writers. "Islamic Revolution Document Center – Iranian Diplomats kidnapping by Israeli agents in Lebanon". www.irdc.ir. Dicapai 18 May 2016. 
  2. ^ Staff. "Berri meets families of kidnapped Iranian diplomats". The Daily Star. Dicapai 18 May 2016. 
  3. ^ a b c "Envoy: Iranian abducted diplomats alive in Israel". Al-Alam. 5 July 2013. Dicapai 18 May 2016. 
  4. ^ a b c d "Tehran Urges UN to Pursue Fate of Iranian Diplomats Abducted by Israel". Tasnim News Agency. Dicapai 18 May 2016. 
  5. ^ a b "Iran urges UN to pursue issue of diplomats abducted in Lebanon". www.irdiplomacy.ir (Iran Diplomacy). 4 July 2015. Dicapai 18 May 2016. 
  6. ^ a b c d Stern, Yoav (1 July 2008). "Lebanon: Hezbollah Prisoner Swap Marks 'Failure' for Israel". Haaretz (dalam bahasa Inggeris). Reuters. Dicapai 18 May 2016. 
  7. ^ a b "Release the four Iranian kidnapped diplomats, an endless hope". IRNA (dalam bahasa Parsi). Dicapai 19 May 2016. 
  8. ^ a b c Karami, Arash (25 May 2016). "Tehran accuses Israel of holding four Iranians who disappeared 34 years ago". Al-Monitor (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 21 June 2016. 
  9. ^ "The Islamic Republic News Agency Saturday called on international..." UPI. Dicapai 16 January 2017. 
  10. ^ Fathi, Hasan ali. "Akhavan, us and others". Islamic Republic News Agency. Dicapai 16 January 2017. 
  11. ^ Crenshaw, Martha (2010). Terrorism in Context. Penn State Press. m/s. 586. ISBN 9780271044422. 
  12. ^ a b Boustany, Nora (May 4, 1990). "U.S. a 'stubborn' child, Iranian President says". Washington Post. 
  13. ^ Shapira, Shimon (November 18, 2013). "Iran's New Defense Minister: Behind the 1983 Attack on the U.S. Marine Corps Barracks in Beirut". Jerusalem Center for Public Affairs. 
  14. ^ Qureshi, Muhammad A (December 4, 2014). "Understanding the Iran-Hezbollah Nexus from the Perspective of Operational Art". School of Advanced Military Studies: 1–2. 
  15. ^ Alfoneh, Ali (January 24, 2011). "Brigadier General Qassem Suleimani: A Biography". American Enterprise Institute. 
  16. ^ a b Bergman, Ronen (2008). The Secret War with Iran: The 30-Year Clandestine Struggle Against the World's Most Dangerous Terrorist Power (dalam bahasa Inggeris). Simon and Schuster. ISBN 9781416564904. Dicapai 3 July 2017. 
  17. ^ "Iranians kidnapped in Lebanon in 1982 in Israel: Ahmadinejad". The Daily Star Newspaper. 26 September 2011. (subscription required)
  18. ^ "Thirty years with hands closed; A narration from the life of the four diplomats" (dalam bahasa Parsi). Fars News Agency. 2013. Dicapai 3 February 2017. 
  19. ^ "Abadi: Four kidnapped Iranian diplomats are still alive in Israel". MTV Lebanon. 4 July 2013. Dicapai 18 May 2016. 
  20. ^ "Nasrallah: Israel has Iranian diplomats". PressTV. 29 January 2009. Dicapai 22 June 2016. 
  21. ^ Kahn, Gabe. "A-Jad: Israel Holding Iranian Diplomats Since 1982". Arutz Sheva. Dicapai 23 June 2016. 
  22. ^ "ISRAEL/SOUTH LEBANON; Israel's Forgotten Hostages: Lebanese Detainees in Israel and Khiam Detention Centre". Amnesty International. 
  23. ^ a b "Envoy: Iran Not to Give Up Pursuit into Fate of 4 Abducted Diplomats". FARS News Agency. 12 July 2014.  – via General OneFile (subscription required)
  24. ^ Jamil, Yasin. "Iranian officer, who announced he was kidnapped in Israel and one of the four diplomats were abducted in 1982 from Lebanon .. and Israel assassinated the Palestinian leader tried to reveal the details of their abduction". Ray al-Youm (dalam bahasa arabic). Dicapai 22 June 2016. 
  25. ^ "Recently Freed Greek Prisoner: 4 Iranian Diplomats Alive in Israel's Jail". Fars News Agency. 31 May 2016. 
  26. ^ Aminzadeh, Jamshid. "4 July 1982, the anniversary of Iranian diplomats abduction in Lebanon". IRIB World Service (dalam bahasa Parsi). Dicapai 22 June 2016. 
  27. ^ Sahimi, Mohammad (24 October 2009). "The Fog over the 1983 Beirut Attacks". FRONTLINE – Tehran Bureau. Dicapai 19 May 2016. 
  28. ^ "Iranian hostages were killed in Barbarah-Karantina way". Mashregh News (dalam bahasa Parsi). 2010. Dicapai 22 June 2016. 
  29. ^ "Elie Hobeika's Assassination: Covering Up the Secrets of Sabra and Shatilla". Jerusalem Center for Public Affairs. 30 January 2002. Dicapai 23 June 2016. 
  30. ^ "Iranians kidnapped in 1982 believed to be alive in Israel". The Daily Star. 24 June 2011. Dicapai 19 May 2016.  – via General OneFile (subscription required)
  31. ^ Staff writers. "Kidnapped Iranian diplomats remembered in Lebanon". Press TV. Dicapai 18 May 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]