Pendekatan Brief Counselling Untuk Kelompok Salah Penyesuaian Psikologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Buku / Novel
Pendekatan Brief Counselling Untuk Kelompok Salah Penyesuaian Psikologi
Siri Pertama
Pengarang Asal Noor Azniza Ishak
Penterjemah Tidak diketahui
ISBN ISBN 978-967-5311-09-3
Kod Buku
Saiz
Genre Tidak diketahui
Terbitan Percetakan Universiti Utara Malaysia
Negara Tidak diketahui
Bahasa Bahasa Melayu
Tahun Keluaran 2009
Bilangan Muka Surat 169
Harga 31 (2009 )

Buku Pendekatan Brief Counselling Untuk Kelompok Salah Penyesuaian Psikologi ditulis oleh Noor Azniza Ishak dan diterbitkan pada tahun 2010 pada harga RM31. Ia diterbitkan oleh Percetakan Universiti Utara Malaysia dengan nombor ISBN 978-967-5311-09-3, cetakan setebal 169 halaman. Buku ini dicetak dalam Bahasa Melayu.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Buku Pendekatan Brief Counselling Untuk Kelompok Salah Penyesuaian Psikologi ini merupakan buku kategori .

Buku berjudul Pendekatan Brief Counselling Untuk Kelompok Salah Penyesuaian Psikologi membincangkan mengenai penyesuaian boleh mencetuskan masalah kepada manusia kerana untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tertentu, manusia perlu berubah. Masalah yang biasa dialami oleh manusia terbahagi kepada dua kategori, iaitu masalah yang berkaitan dengan diri individu sendiri dan masalah yang berkaitan dengan orang lain.

Kategori masalah ini merupakan maksud kepada masalah penyesuaian dalam kehidupan manusia. Masalah individu yang dimaksudkan di sini termasuk masalah mengawal tabiat diri, menangani perasaan kesunyian, menangani kesalahan yang telah dibuat dan mempelajari menghormati diri sendiri. Masalah yang berkaitan dengan orang lain pula melibatkan berbuat baik kepada orang lain, mengikut arah kelompok tertentu yang berkaitan dengan individu, membina persahabatan yang intim dan menghadapi ketidakselesaan dalam kehidupan dengan orang lain.

Penyesuaian dianggap sebagai sumber penyelesaian masalah yang boleh melahirkan proses intelektual seperti persepsi, pembelajaran, memori dan penguasaan kemahiran. Ianya juga boleh melibatkan emosi seperti stres, marah, takut, bimbang, tertekan, bersalah, malu, kecewa, ugutan dan konfl ik. Keadaan ini dinamakan salah penyesuaian. Jika keadaan salah penyesuaian ini dibiarkan berlarutan, ianya boleh menjadi salah penyesuaian yang lebih serius hingga ke peringkat kecelaruan. Penyesuaian manusia boleh berlaku secara intelek dan emosi. Penyesuaian secara intelek melibatkan persefahaman dan kemampuan. Manakala penyesuaian emosi melibatkan perasaan, kebimbangan, kerisauan, tekanan, stres dan sebagainya. Kejayaan individu menguruskan kedua-dua penyesuaian ini akan membantu individu stabil dan well adjusted tetapi jika sebaliknya individu tersebut akan maladjusted.

Selaras dengan perkembangan dan kemajuan era globalisasi, pendekatan kaunseling turut berkembang dengan pesat, selari dengan perubahan zaman. Pendekatan kelompok singkat (brief counselling) boleh dijadikan alternatif kepada kaunseling kelompok biasa kerana dapatan menunjukkan pendekatan kelompok singkat mampu memberikan hasil yang sama dengan pengurangan jangka masa yang digunakan untuk menjalankan sesi kaunseling.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]