Pendidikan di Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dari sudut pendidikan, kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat amat menitikberatkan pendidikan agama. Suatu ketika dahulu Kelantan pernah menjadi pusat tumpuan ulama dari serata tempat dan sehingga kini masih terkenal dengan nama jolokan sebagai Serambi Mekah. Banyak rakyat dari luar Kelantan datang ke sini semata-mata untuk mendalami ilmu agama. Oleh sebab itu tidak hairanlah jika sekolah-sekolah agama atau lebih dikenali sebagai sekolah pondok muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Sekolah Pondok Terusan yang terletak di Pasir Tumboh Kota Bharu, merupakan antara sekolah pondok yang terkenal di Kelantan dan Tok Kenali pula merupakan tokoh guru agama yang sudah tidak asing di Kelantan suatu ketika dulu.

Di samping pendidikan agama, kerajaan Kelantan juga menitikberatkan pendidikan akademik. Di samping sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan, sekolah swasta juga banyak didirikan di Kelantan untuk memberi peluang kepada pelajar yang tercicir menyambung pelajaran mereka. lnstitut Padang Merdeka [IPM], Sekolah Kadir Adabi, Institut Za'ba, dan Kolej Budaya merupakan antara sekolah swasta yang sudah terkenal di Kelantan. Sebagai sekolah yang mengutamakan kualiti sekolah-sekolah swasta ini juga mampu melahirkan pelajar yang cemerlang setanding dengan sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan.

Di peringkat pendidikan tinggi, Kelantan mempunyai kampus cawangan Universiti Tun Abdul Razak, kampus cawangan Universiti Malaya dan kampus cawangan Universiti Sains Malaysia. Di samping itu, Kelantan juga mempunyai Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Universiti Malaysia Kelantan