Pendidikan seks di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pendidikan seks di Malaysia masih belum dapat dilaksanakan secara formal di sekolahmalasia

.

Kebaikan[sunting | sunting sumber]

Ramai pakar pendidikan merasakan pendidikan seks penting kerana ilmu pengetahuan lebih penting dari segala-galanya. Lebih baik tahu dan diajar secara formal daripada mendapat ilmu itu secara sorok-sorok. Sukatan Pendidikan seks tentunya terkawal dan diharap menepati matlamat pendidikan di Malaysia.

Kononnya pendidikan seks dapat menyelesaikan masalah buang anak, berzina, kasih sayang, HIV , AIDS dan sebagainya.

Pelajar sekarang terdedah kepada video lucah dalam telefon bimbit dan dikongsi bersama pelajar-pelajar lain di dalam kelas. Naluri remaja sentiasa mencari bahan lucah dan ingin mengetahui dan mencubanya. Mereka merakam aksi lucah sesama sendiri di rumah kosong dan berkongsi pengalaman dengan rakan sebaya. Mereka berasa bangga kerana telah mencubanya dan dianggap telah dewasa.

Halangan[sunting | sunting sumber]

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng menyatakan guru-guru di Malaysia masih belum bersedia untuk mengendalikan pendidikan seks di sekolah kerana mereka kurang latihan profesional .

Malaysia adalah sebuah negara dengan pelbagai bangsa, agama dan budaya dengan setiap etnik mempunyai tanggapan berbeza tentang seks dan pendidikan seks. guru mungkin akan disaman oleh ibu bapa jika melakukan kesilapan dalam menyampaikan pengetahuan seks kepada murid-murid. Setakat ini, guru tidak mendapat latihan formal dari segi kerumitan dan sensitiviti subjek itu dan tidak yakin untuk mengajarnya.

Ibu bapa bimbang anak-anak mereka diajar tentang penggunaan kondom bagi mencegah kehamilan.Pil pencegah kehamilan mudah dibeli di farmasi dan pasar raya. Kegiatan pelacuran, seks bebas, GRO dan lain-lain akan membiak.

Gambar perlakuan seks mungkin ditayangkan sedangkan Malaysia masih mempunyai adap budaya Timur yang tidak mengizinkannya. Gambar lucah merupakan 'taboo' dalam masyarakat kampung .

Ibu bapa beranggapan selama ini mereka tahu sendiri tentang persetubuhan dan bagaimana melakukannya selepas kahwin, tanpa perlu diajar. Bagi mereka, pendedahan seks terlalu awal hanya akan menggalakkan hubungan luar nikah. Apa yang ibu bapa enggan akui ialah anak mereka telah melayari Internet di rumah. Internet, telefon bimbit dan CD video lucah yang berlambak di pasar malam telah mencemari gadis sunti dan anak teruna mereka.

Pendidikan seks di Barat masih gagal membendung perlakuan seks bebas. Kajian menunjukkan remaja di Barat semakin cepat melakukan persetubuhan .

Rujukan[sunting | sunting sumber]