Pendidikan swasta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pendidikan swasta atau sekolah swasta adalah pendidikan yang disediakan kepada pelajar oleh institusi pendidikan swasta. Institusi pendidikan swasta (IPS) adalah institusi bukan bantuan kerajaan dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta.

Pendidikan swasta di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, penubuhan, pengurusan dan pengoperasian institusi pendidikan swasta adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya.

Pendidikan swasta di Malaysia bermula sejak 1950-an, terutama sebagai laluan kepada pelajar yang tidak dapat meneruskan pengajian di sekolah-sekolah Kerajaan bagi memperolehi sijil-sijil asas mereka. Pada awal 1970-an terdapat anjakan terhadap peranan dan fungsi sistem pendidikan swasta di mana pengusaha pendidikan swasta mula mementingkan kursus-kursus prauniversiti.

Kategori IPS[sunting | sunting sumber]

Institusi pendidikan yang tergolong dalam kategori ini menawarkan pendidikan dari peringkat pra sekolah swasta, sekolah rendah swasta hinggalah ke peringkat sekolah menengah swasta. Jenis-jenis institusi pendidikan swasta dalam kategori yang perlu didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan termasuklah:

  • Tadika swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Sekolah rendah dan menengah swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan dan penilaian yang dicadangkan
  • Sekolah rendah dan menengah agama swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan
  • Sekolah persendirian Cina yang mengikuti garis panduan Kementerian Pelajaran
  • Sekolah Ekspatriat – sekolah yang ditubuhkan di bawah kelolaan pejabat kedutaan
  • Sekolah Antarabangsa
  • Pusat tuisyen yang menyediakan bantuan pelajaran kepada para pelajar mengikut Kurikulum Kebangsaan
  • Pusat bahasa, pusat latihan komputer, pusat kemahiran/perdagangan, sekolah gaya pos dan lain-lain

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]