Pendudukan Jerman ke atas Belgium semasa Perang Dunia II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai pendudukan Jerman dalam Perang Dunia II. Untuk sejarah am Belgium didalam konflik ini, sila lihat Belgium dalam Perang Dunia II.
Perarakan pasukan berkuda Jerman melepasi Istana Raja di Brussels sejurus selepas pencerobohan, Mei 1940.

Pendudukan Jerman ke atas Belgium (Perancis: Occupation allemande, Bahasa Belanda: Duitse bezetting) semasa Perang Dunia II bermula pada 28 Mei 1940 apabila tentera Belgium menyerahkalah kepada tentera Jerman dan berterusan diperintah sehingga Belgium dibebaskan oleh Sekutu Barat antara September 1944 dan Februari 1945. Ia merupakan kali kedua Jerman menjajah Belgium dalam masa 30 tahun.

Selepas kejayaan pencerobohan itu, sebuah pentadbiran tentera telah ditubuhkan di Belgium, menjadikan wilayah itu dibawah pemerintahan terus [Wehrmacht] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan). Beribu-ribu askar Belgium telah dijadikan tawanan perang, dan ramai tidak dibebaskan sehingga tahun 1945. Pentadbiran Jerman bertungkus-lumus mengekalkan ketenteraman sambil membawa keluar material dari negara itu untuk gerakan perang mereka. Mereka dibantu oleh perkhidmatan awam Belgium, yang mempercayai bahawa kerjasama minimum dengan pihak penjajah akan mengurangkan kerosakan terhadap kepentingan Belgium. Parti Fasis Belgium di kedua-dua Flanders dan Wallonia, ditubuhkan sebelum perang, mereka bersubahat lebih aktif dengan penjajah; menolong merekrut rakyat Belgium untuk tentera Jerman dan diberi banyak kuasa hingga ke hujung pendudukan. Makanan dan bahan api telah dicatu, dan semua berita rasmi ditapis dengan teliti. Orang awam Belgium yang tinggal berhampiran kawasan sasaran seperti persimpangan keretapi adalah merbahaya dari serangan udara Bersekutu.

Dari tahun 1942, penjajahan ini menjadi lebih tertindas. Orang Yahudi mengalami penganiayaan sistematik dan pengusiran ke kem tahanan, begitu juga langkah-langkah diambil terhadap pembangkang politik yang berpotensi. Walaupun terdapat protes yang kuat, pihak Jerman menghantar orang awam Belgium bekerja di kilang-kilang di Jerman. Sementara itu, penentang Belgium, dibentuk pada hujung tahun 1940, berkembang dengan pesat. Dari tahun 1944, SS dan Parti Nazi mendapat lebih banyak kawalan di Belgium, terutamanya selepas kerajaan tentera digantikan pada Julai oleh sebuah pentadbiran awam Nazi, iaitu [Reichskommissariat Belgien-Nordfrankreich] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan). Pada September 1944, tentera Bersekutu tiba di Belgium dan bergerak dengan pantas ke seluruh negara. Pada Disember, wilayah itu telah digabungkan (de jure) kedalam Empayar Jerman Raya walaupun pemimpin subahatnya telah dibuang ke Jerman dan kawalan Jerman di wilayah itu hampir tidak wujud. Belgium telah diisytihar bebas sepenuhnya pada Februari 1945. Secara keseluruhannya, 40,690 rakyat Belgium, lebih separuh daripada mereka orang Yahudi, terbunuh semasa pendudukan dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pra-perang dikurangkan sebanyak lapan peratus.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Sumber utama
  • Jacquemyns, Guillaume; Struye, Paul (2002). La Belgique sous l'Occupation Allemande: 1940–1944 (dalam bahasa Perancis) (edisi Rev.). Brussels: Éd. Complexe. ISBN 2-87027-940-X. 
Sejarah am
  • Warmbrunn, Werner (1993). The German Occupation of Belgium, 1940–1944. New York: Peter Lang. ISBN 978-0-8204-1773-8. 
  • Van den Wijngaert, Mark; De Wever, Bruno; dll. (2004). België tijdens de Tweede Wereldoorlog. Antwerp: Standaard Uitgeverij. 
  • De Launay, Jacques; Offergeld, Jacques (1982). La Vie Quotidienne des Belges sous l'Occupation, 1940-1945. Brussels: Éd. Paul Legrain. OCLC 768247730. 
Kajian tematik
  • Conway, Martin (1993). Collaboration in Belgium: Léon Degrelle and the Rexist Movement, 1940–1944. New Haven: Yale University Press. ISBN 0-300-05500-5. 
  • Van Doorslaer, Rudi (dir.); dll. (2007). La Belgique Docile (dalam bahasa Perancis). Brussels: CEGES-SOMA. 
  • De Launay, Jacques; Offergeld, Jacques (1982). La Vie Quotidienne des Belges sous l'Occupation (1940–1945) (dalam bahasa Perancis). Brussels: Éd. Paul Legrain. 
  • Bernard, Henri (1968). La Résistance 1940–1945 (dalam bahasa Perancis). Brussels: Éd. Renaissance du livre. 
  • Wouters, Nico (2004). Oorlogsburgemeesters 40/44: Lokaal bestuur en collaboratie in België (dalam bahasa Belanda). Tielt: Lannoo. ISBN 9789020957587.