Pendudukan Paksi ke atas Yunani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pendudukan Yunani oleh Jerman, Itali, dan Bulgaria
Tiga zon pendudukan.
Zon jingga-Itali Zon merah-Jerman Zon hijau diilhak oleh Bulgaria
Zon Itali telah diambil alih oleh Jerman pada September 1943.
1941. Askar Jerman menaikkan Bendera Perang Jerman diatas Akropolis. Ia akan diturunkan oleh Manolis Glezos dan Apostolos Santas dalam salah satu aksi penentangan pertama.
1944. Perdana Menteri Georgios Papandreou dan lain-lain di Akropolis selepas pembebasan dari rejim Nazi

Pendudukan Yunani oleh Kuasa Paksi (Yunani: Η Κατοχή, I Katochi, 'pendudukan') bermula pada April 1941 selepas Jerman Nazi menceroboh Yunani untuk membantu sekutunya, Fasis Itali, yang telah berperang dengan Pihak Bersekutu dipihakkan Yunani sejak Oktober 1940. Selepas penaklukan Crete, seluruh Greece telah diduduki menjelang Jun 1941. Pendudukan tanah besar berakhir setelah Jerman dan sekutunya Bulgaria terpaksa berundur dibawah tekanan pihak Bersekutu pada awal Oktober 1944. Namun, garison Jerman kekal menguasai Crete dan beberapa kepulauan Aegea lain sehingga berakhirnya Perang Dunia II di Eropah, menyerahkan pulau-pulau ini pada Mei dan Jun 1945.

Fasis Itali pada awalnya mengisytiharkan perang dan menceroboh Yunani pada Oktober 1940, tetapi Tentera Yunani berjaya menolak kembali tentera penceroboh ke negara jiran Albania, waktu itu adalah protektorat Itali. Jerman Nazi campur tangan bagi pihak sekutunya di selatan Eropah. Sementara kebanyakan Tentera Yunani telah dipindahkan ke barisan hadapan Albania untuk menangkis serangan balas tanpa henti Itali, satu kempen pantas Blitzkrieg Jerman bermula pada April 1941, dan pada Jun (dengan penaklukan Crete) Yunani telah dikalahkan dan dijajah. Kerajaan Greek dibuang negeri, dan sebuah kerajaan boneka pro Paksi telah ditubuhkan di negara itu. Wilayah Yunani yang ditakluk telah dibahagikan kepada zon-zon pendudukan dikendalikan oleh Kuasa Paksi, dengan pihak Jerman sendiri mentadbir wilayah terpenting negara itu, termasuk Athens, Thessaloniki dan Kepulauan Aegea yang strategik. Wilayah-wilayah lain negara itu diberikan kepada rakan Jerman, iaitu Itali dan Bulgaria.

Pendudukan ini menghancurkan ekonomi Yunani dan membawa penderitaan yang amat teruk kepada penduduk awamnya.[1] Sebahagian besar negara Yunani mengalami kehancuran industrinya (80% darinya musnah), infrastruktur (28% musnah), pelabuhan, jalan raya, jalan keretapi dan jambatan (90%), hutan dan sumber semula jadi lain (25%)[2][3][4] dan kehilangan nyawa orang awam (7.02–11.17% dari jumlah rakyatnya).[5][6] Lebih 40,000 orang awam terkorban di Athens sahaja akibat kebuluran, dan puluhan ribu lagi mati akibat pembalasan oleh pihak Nazi dan konco-konconya.[7]

Kependudukan Yahudi yang ada Yunani hampir dihapuskan: dari populasi sebelum perang yang berjumlah 75–77,000 orang, hanya sekitar 11–12,000 orang terselamat sama ada dari penyertaan dalam pasukan pemberontakan mahupun disembunyikan.[8] Kebanyakan mereka yang mati dihantar ke Auschwitz, manakala mereka yang di Thrace, dibawah pendudukan Bulgaria, telah dihantar ke Treblinka. Pihak Itali tidak mengusir orang Yahudi yang tinggal di wilayah kekuasaan mereka, tetapi apabila pihak Jerman mengambil alih, orang Yahudi yang tinggal disana juga diusir.

Pada masa yang sama Pemberontak Greece telah ditubuhkan. Kumpulan pemberontak ini melancarkan serangan gerila terhadap kuasa-kuasa penjajah, berjuang menentang kolaborator Batalion Sekuriti, dan menubuhkan rangkaian pengintip. Menjelang akhir tahun 1943 kumpulan penentang mula berperang sesama sendiri. Apabila tanah besar dibebaskan pada Oktober 1944, Greece berada dalam keadaan polarisasi politik, yang kelak menyebabkan tercetusnya Perang Saudara Yunani. Perang saudara selepasnya memberi peluang kepada ramai kolaborator penting Nazi yang bukan hanya untuk melepaskan diri dari hukuman (sebab antikomunisme), tetapi menjadi kelas pemerintah Yunani pasca-perang, selepas kekalahan komunis.[9][10]

Pemberontak Yunani membunuh 21,087 orang askar Paksi (17,536 Jerman, 2,739 Itali, 1,532 Bulgaria) dan menangkap 6,463 (2,102 Jerman, 2,109 Itali, 2,252 Bulgaria), manakala seramai 20,650 orang askar partisan Yunani terkorban dan sejumlah yang tidak diketahui telah ditangkap.[11]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Martin Seckendorf; Günter Keber; u.a.; Bundesarchiv (Hrsg.): Die Okkupationspolitik des deutschen Faschismus in Jugoslawien, Griechenland, Albanien, Italien und Ungarn (1941–1945) Hüthig, Berlin 1992; Decker/ Müller, Heidelberg 2000. Reihe: Europa unterm Hakenkreuz Band 6, ISBN 3-8226-1892-6
  2. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2015. Dicapai pada 21 October 2015.CS1 maint: archived copy as title (link)
  3. ^ "Τα ερείπια της γερμανικής κατοχής στην Ελλάδα (μέρος 2ο)". news247.gr.
  4. ^ "Οι μεγάλες καταστροφές και το γερμανικό χρέος στην Ελλάδα μέσα από ντοκουμέντα". Newsbeast.gr. 5 March 2015.
  5. ^ "Council for Reparations from Germany, Black Book of the Occupation(In Greek and German) Athens 2006 p. 1018–1019" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 21 July 2011. Dicapai pada 15 June 2011.
  6. ^ Gregory, Frumkin. Population Changes in Europe Since 1939, Geneva 1951. pp. 89-91
  7. ^ Mazower (2001), p. 155
  8. ^ Munoz, Antonio J. The German Secret Field Police in Greece, 1941–44, Jefferson: MacFarland & Company, Inc., 2018 pages 95.
  9. ^ Giannis Katris, The Birth of Neofascism in Greece, 1971
  10. ^ Andreas Papandreou, Democracy at Gunpoint (Η Δημοκρατία στο απόσπασμα)
  11. ^ "Council for Reparations from Germany, Black Book of the Occupation (in Greek and German), Athens 2006, p. 125-126" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 31 March 2014. Dicapai pada 4 March 2016.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]