Penerbangan 4203 Atlasjet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Atlasjet Flight 4203
Ringkasan occurrence
Tarikh 30 November, 2007
Ringkasan Tidak diketahui
Tempat Keçiborlu, Turki
Penumpang 49
Anak kapal 7
Kecederaan 0
Kematian 56
Terselamat 0
Jenis pesawat McDonnell Douglas MD-83
Pengendali Atlasjet
Pendaftaran TC-AKM [1]
Asal penerbangan Istanbul, Turki
Destinasi Isparta, Turki

Kapal Terbang Atlasjet Flight 4203 terhempas berhampiran bandar Keciborlu, Isparta, Turki pada hari Jumaat, 30 November 2007 jam 01.36 GMT. Kapal terbang ini dijadualkan terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk ke Lapangan Terbang Isparta, Turki. Sejumlah 57 penumpang berada di dalamnya. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan swasta ini, Tuncay Doganer mengenalpasti tidak ada yang selamat setakat ini.

Kapal terbang ini jenis McDonnell Douglas MD-83 dan dibeli dari World Focus.

Pesawat itu ditemui terhempas pada ketinggian 1,500 meter (5,000 kaki), 200 meter (650 kaki) dari puncak gunung Turbe Tepe dan cuma 11 kilometer dari Lapangan terbang Suleyman Demirel di wilayah Isparta. Badan kapal terbang terputus dua. Beberapa kepingan badan berselerak di tepi guning. Barang-barang milik penumpang turut bertabur dan dikutip oleh pasukan keselamatan dan kecemasan. Mayat tidak dapat dikenalpasti.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]