Pergi ke kandungan

Penerbangan 691 Yeti Airlines

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penerbangan 691 Yeti Airlines
Bangkai pesawat
Kemalangan
Tarikh15 Januari 2023
RingkasanTerhempas semasa menghampiri landasan akibat pembendungan (*feathering*) kipas secara tidak sengaja dan kesilapan juruterbang
Tapak kejadianSungai Seti Gandaki, Pokhara, Nepal
Pesawat

9N-ANC, pesawat yang terlibat dalam kemalangan, dilihat pada tahun 2022
Jenis pesawatATR 72-500
PengendaliYeti Airlines
No. penerbangan IATAYT691
No. penerbangan ICAONYT691
Huruf pengenalanYETI AIRLINES 691
Kod pendaftaran9N-ANC
Asal penerbanganLapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu, Bagmati, Nepal
DestinasiLapangan Terbang Antarabangsa Pokhara, Pokhara, Wilayah Gandaki, Nepal
Penghuni72
Penumpang68
Anak kapal4
Kematian72
Terselamat0

Penerbangan 691 Yeti Airlines ialah satu penerbangan penumpang domestik terancang yang dikendalikan oleh Yeti Airlines dari Kathmandu ke Pokhara di Nepal. Pada 15 Januari 2023, pesawat ATR 72 yang dikendalikan di laluan tersebut mengalami pegun (*stall*) dan terhempas semasa mendarat di Pokhara, mengorbankan kesemua 68 penumpang dan 4 ahli anak kapal di dalamnya. Siasatan mendedahkan bahawa Kapten Kamal KC telah membendung (*feathered*) enjin secara tidak sengaja, menyebabkan kehilangan daya tujul.[1]

Kemalangan

[sunting | sunting sumber]
Video luar
Ikon video Detik-detik terakhir Penerbangan 691, dirakam dari darat.[2]
Ikon video Video siaran langsung terhempas dari dalam pesawat oleh Sonu Jaiswal[3]

Penerbangan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu pada jam 10:33 pagi NST.[4] Ia terhempas di tebing Sungai Seti Gandaki semasa berada dalam pendekatan akhir untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pokhara.[5] Sebuah video yang dirakam dari darat menunjukkan pesawat merengit tajam ke kiri sebelum terhempas sejauh 65 meter (213 ka).[6][2][7] Satu lagi video kemalangan telah disiarkan secara langsung di Facebook dari dalam pesawat oleh seorang penumpang, Sonu Jaiswal, yang menunjukkan bahawa para penumpang tidak menyedari keadaan tersebut sehinggalah beberapa saat sebelum rempuhan berlaku.[8][9]

Kemalangan itu berlaku di Wilayah Gandaki di antara Lapangan Terbang Pokhara lama dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pokhara yang baharu, yang telah dibuka dua minggu sebelumnya dan merupakan lokasi yang ingin didarati pesawat tersebut.[10][11] Kemalangan itu mengakibatkan kematian kesemua 72 orang di dalam pesawat,[12] dan merupakan kemalangan penerbangan terburuk di Nepal sejak terhempasnya Penerbangan 268 Pakistan International Airlines pada tahun 1992,[13] kemalangan paling meragut nyawa dalam penerbangan domestik Nepal,[14] serta kemalangan paling meragut nyawa yang melibatkan pesawat ATR 72.[15]

Menurut seorang pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Pokhara, kawalan trafik udara telah membenarkan penerbangan tersebut untuk mendarat di landasan 30 menuju dari timur ke barat, namun kapten memohon landasan bertentangan iaitu landasan 12 yang menuju dari barat ke timur beberapa minit sebelum terhempas. Perkhidmatan penjejak penerbangan Flightradar24 mengesan bahawa sepanjang penerbangan, pesawat tersebut telah memancarkan data kelajuan dan altitud yang tidak tepat.[16]

Pesawat yang terlibat, dihasilkan pada tahun 2007, merupakan sebuah pesawat turboprop dua enjin ATR 72-500 berumur 15 tahun yang didaftarkan sebagai 9N-ANC dengan nombor siri 754. Pesawat ini dikuasakan oleh dua enjin Pratt & Whitney Canada PW127M.[17][1]:21–22

Penumpang dan anak kapal

[sunting | sunting sumber]

Terdapat 72 orang di dalam pesawat, di mana 68 daripadanya ialah penumpang dan 4 orang anak kapal.[18][19] Antara penumpang termasuklah 37 lelaki, 25 wanita, dan enam kanak-kanak, tiga daripadanya ialah bayi.[20] 71 mayat telah ditemui.[21] Pada 17 Januari, pihak berkuasa mula menyerahkan mayat mangsa (yang sebahagian besarnya rentung sehingga sukar dicam) kepada keluarga masing-masing.[22][23] Jabatan Negara Amerika Syarikat mengumumkan bahawa dua warganegara A.S. terkorban dalam kemalangan tersebut,[24] walaupun pihak berkuasa Nepal tidak melaporkan sebarang kematian warganegara Amerika.[25]

Pesawat tersebut berada di bawah arahan kapten kanan Kamal KC dengan Kapten Anju Khatiwada sebagai juruterbang yang menerbangkan pesawat (*pilot flying*). Suami Khatiwada, Dipak Pokhrel, yang juga bekerja dengan Yeti Airlines, telah terkorban dalam kemalangan Twin Otter Yeti Airlines 2006. Apabila menghampiri landasan, Kapten Kamal KC memutuskan untuk melatih Kapten Khatiwada di landasan baharu yang pernah didaratinya sebanyak dua kali, maka penerbangan tersebut digunakan sebagai peluang latihan yang tidak dirancang.[26][1]:60

Penumpang dan anak kapal mengikut kewarganegaraan
Kewarganegaraan Penumpang Anak kapal Jumlah Rujukan
Nepal 53457 [27]
India 505 [28]
Rusia 404 [29]
Korea Selatan 202 [30]
Argentina 101 [31]
Australia 101 [32]
Perancis 101 [33]
United Kingdom 101 [34]
Jumlah 68 4 72

Kesan sampingan

[sunting | sunting sumber]
Sudut lain bangkai pesawat

Lapangan terbang telah ditutup semasa pihak berkuasa melancarkan operasi menyelamat.[35] Kerajaan Nepal telah memanggil mesyuarat kabinet tergempar berikutan kemalangan tersebut. Perdana Menteri Pushpa Kamal Dahal menyatakan bahawa beliau amat berduka cita atas kemalangan tragis itu.[20] Pejabat Perdana Menteri mengisytiharkan 16 Januari sebagai hari berkabung negara, dan Bendera Nepal dikibarkan separuh tiang.[36] Yeti Airlines telah membatalkan semua penerbangan berjadual biasa pada hari tersebut.[20]

Dari kiri ke kanan: Tuas brek letak kereta, kuasa, keadaan (*condition*), dan kepak (*flaps*) pada konsol tengah ATR 72

Pakar mendapati bahawa video dari darat yang dirakam sejurus sebelum terhempas menunjukkan hidung pesawat berada dalam keadaan dongak yang ketara sebelum sayap kiri tiba-tiba jatuh, yang berkemungkinan menandakan fenomena pegun (*stall*).[37] Beberapa jam selepas kemalangan itu, sebuah jawatankuasa lima ahli yang diketuai oleh Nagendra Ghimire telah ditubuhkan untuk menyiasat kemalangan berkenaan bersama-sama dengan Biro Siasatan dan Analisis Keselamatan Penerbangan Awam Perancis.[38]

Pada 16 Januari, perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit telah ditemui;[39] perakam-perakam tersebut telah diperiksa di Singapura dengan bantuan daripada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada, Bureau of Enquiry and Analysis for Civil Aviation Safety, dan Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan Singapura.[40][41]

Laporan awal

[sunting | sunting sumber]

Kira-kira sebulan kemudian, pada 13 Februari, laporan awal telah dikeluarkan, yang sebahagian besarnya merekodkan semula semua log yang berkaitan.

(PF = Juruterbang Menerbang, PM = Juruterbang Memantau):[42]

Pada jam 10:56:27, PF mematikan Sistem Juruterbang Automatik (AP) pada altitud 721 kaki (220 m) Di Atas Aras Tanah (AGL). PF kemudian meminta "FLAPS 30" pada jam 10:56:32, dan PM menjawab, "Flaps 30 dan menurun". Data perakam data penerbangan (FDR) tidak merekodkan sebarang pergerakan permukaan kepak (*flap*) pada waktu tersebut. Sebaliknya, kelajuan putaran kipas (Np) kedua-dua enjin menurun secara serentak kepada kurang daripada 25% dan kilasan (*torque*, Tq) mula menurun ke 0%, yang konsisten dengan kedua-dua kipas memasuki keadaan pembendungan (*feathered*) [...]

Anak kapal kemudian melaksanakan "Senarai Semak Sebelum Mendarat" sebelum memulakan belokan ke kiri ke leg asas. Pada masa itu, sudut tuas kuasa meningkat daripada 41% kepada 44%. Pada ketika ini, Np kedua-dua kipas direkodkan sebagai Data Tidak Dikira (NCD) dalam FDR dan kilasan (Tq) kedua-dua enjin berada pada 0%. Apabila kipas berada dalam keadaan pembendungan, ia tidak menghasilkan daya tujul [...]

Pada jam 10:56:54, satu lagi bunyi klik kedengaran, diikuti oleh pergerakan permukaan kepak ke kedudukan 30 darjah [...]

Apabila ATC memberikan kebenaran untuk mendarat pada jam 10:57:07, PF menyebut sebanyak dua kali bahawa tiada kuasa yang datang daripada enjin. Pada jam 10:57:11, tuas kuasa ditolak dahulu ke kedudukan 62 darjah dan kemudian ke kedudukan kuasa maksimum. Pada jam 10:57:20, PM [...] mengulangi sekali lagi bahawa tiada kuasa daripada enjin [...]

Kipas pesawat telah dibendung (*feathered*) selama kira-kira seminit sebelum terhempas, menyebabkan enjin tidak menghasilkan sebarang daya tujul dan membawa pesawat ke keadaan pegun (*stall*); tuas keadaan (*condition levers*), yang mengawal kipas, ditemui pada bangkai pesawat berada dalam kedudukan dibendung (*feathered*).[43][a] Beberapa saat sebelum terhempas, para juruterbang berbincang mengenai kehilangan kuasa sepenuhnya dan malah menggerakkan tuas kuasa ke tahap maksimum tetapi gagal menyedari bahawa tuas keadaan telah ditetapkan secara tidak betul.[42] Spekulasi pada masa itu - yang akhirnya disahkan oleh penemuan punca kemungkinan dalam Laporan Akhir[1]:68 - ialah Juruterbang Memantau (Kamal KC) telah tergerak tuas keadaan secara tidak sengaja menggantikan tuas kepak (*flap*) apabila diminta oleh Juruterbang Menerbang. (Walaupun mempunyai bentuk dan cara kendalian yang berbeza,[1]:45-47 ketiga-tiga tuas tersebut terletak bersebelahan antara satu sama lain dalam pesawat ATR 72.) Apabila beliau menetapkan tuas kepak dengan betul kira-kira dua puluh saat kemudian atas inisiatif sendiri, beliau gagal menyedari kesilapan terdahulunya, sekali gus menunjukkan bahawa senarai semak pendaratan tidak diikuti dengan betul.[43][45]

Disebabkan leg pendekatan akhir yang dipendekkan bagi pendekatan visual untuk landasan 12, penerbangan ini - seperti penerbangan lain tiga hari sebelumnya - gagal mencapai kriteria pendaratan stabil yang penting untuk pendaratan selamat pada ketinggian pagar (*gate height*) 500 kaki (150 m) di atas aras tanah. Ini menyebabkan Suruhanjaya Siasatan Kemalangan Pesawat mengesyorkan agar Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal (CAAN) menjalankan kajian komprehensif bagi menentukan laluan penerbangan yang bersesuaian yang membolehkan pendaratan visual yang stabil.[42]

Pada 15 Mac, Kerajaan Nepal melanjutkan tempoh akhir bagi laporan akhir suruhanjaya siasatan mengenai kemalangan tersebut sebanyak 45 hari.[46]

Laporan akhir

[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Disember 2023, laporan akhir telah dikeluarkan. Ia mengulangi penemuan awal bahawa pergerakan kedudukan kedua-dua tuas keadaan secara tidak sengaja ke kedudukan dibendung (*feathered*) telah mengakibatkan kehilangan daya tujul, yang seterusnya membawa kepada pegun aerodinamik dan kemalangan. Ia mendapati bahawa kedua-dua syarikat penerbangan mahupun pihak pengawal selia tidak meluluskan carta litar pendekatan yang digunakan, menyebabkan syor daripada pasukan Pengurusan Risiko Keselamatan pihak pengawal selia tidak dilaksanakan.[1]:69 Beberapa faktor penyumbang lain turut ditemui, terutamanya kesilapan manusia disebabkan oleh beban kerja yang tinggi, kekurangan latihan teknikal dan kemahiran yang sesuai, pengurusan sumber anak kapal (CRM) yang tidak berkesan, disiplin kokpit steril yang kurang, serta ketidakpatuhan terhadap prosedur pengendalian piawai (SOP).[1][47]

[sunting | sunting sumber]

Kemalangan ini ditayangkan dalam musim 26, episod 8 bagi siri dokumentari Kanada Mayday, yang juga dikenali sebagai Air Crash Investigation, bertajuk "Moments from Touchdown".[48]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ Pembendungan (*feathering*) hanya perlu dilakukan dalam penerbangan *selepas* kegagalan enjin, untuk meminimumkan rintangan yang disebabkan oleh fenomena kincir angin;[44] bagaimanapun, FDR tidak mengenal pasti sebarang masalah pada enjin dan juruterbang juga tidak melaporkan apa-apa yang berkaitan kepada ATC.[43][27]
  1. 1 2 3 4 5 6 7 "Final Report on the accident of ATR72/212A version 500 (Registration:9N-ANC) that occurred on January 15, 2023 near Pokhara International Airport" (PDF). 28 December 2023. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2024-01-02. Dicapai pada 28 December 2023.
  2. 1 2 Bhandari, Shashwat (15 January 2023). "Nepal: Moment when Yeti Airlines plane tilted mid-air before it crashed near Pokhara Airport". India TV. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 January 2023. Dicapai pada 15 January 2023.
  3. ↑ Mateen, Zoya. "Nepal air crash: Indian passenger's video caught plane's last moments". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 January 2023. Dicapai pada 16 January 2023.
  4. ↑ Saha, Poulomi; Jha, Sujeet (2023-01-15). "Nepal plane with 72 onboard crashed seconds before landing at Pokhara airport, all dead". India Today (dalam bahasa Inggeris). New Delhi. ISSN 0254-8399. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-01-22. Dicapai pada 2023-01-24. A passenger plane carrying about 72 people from Nepal's capital Kathmandu crashed in Pokhara today.
  5. ↑ "Nepal Plane Crash Updates: At least 40 bodies recovered from Nepal crash". Hindustan Times. 15 January 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 January 2023. Dicapai pada 15 January 2023.
  6. ↑ Bohora, Diwas (Jan 14, 2023). I watched this terrible crash from my balcony. RIP #rip #planecrash Yeti airlines flight YT691. Channel D [@channeld4641] – melalui YouTube.
  7. ↑ Sud, Vedika (2023-01-15). "Video appears to show plane rolling on its side before crash in Nepal" (video). CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-01-18. Dicapai pada 2023-01-24. A video clip on social media appears to show the moments before an aircraft operated by Nepal's Yeti Airlines crashed in the Nepali city of Pokhara leaving dozens dead.
  8. ↑ Ellis-Petersen, Hannah; Hassan, Aakash (16 January 2023). "Nepal plane crash: last moments inside cabin caught on passenger's Facebook live video". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 January 2023. Dicapai pada 16 January 2023.
  9. ↑ "Long wait for family of Indian whose Nepal crash video went viral". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 March 2024. Dicapai pada 2024-03-30.
  10. ↑ "Pokhara takes off". Nepali Times. 6 January 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 January 2023. Dicapai pada 6 January 2023.
  11. ↑ Pokharel, Santosh (22 December 2022). "Pokhara's Old Airport to Remain Functional as CAAN Prepares to Launch Int'l Airport". República. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 January 2023. Dicapai pada 1 January 2023.
  12. ↑ Prasain, Sangam; Pietsch, Bryan; Kasulis Cho, Kelly (16 January 2023). "'No survivors' in Nepal plane crash, official says". The Washington Post. ISSN 0190-8286. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 January 2023. Dicapai pada 16 January 2023.
  13. ↑ "What you need to know about Nepal's plane crash". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 January 2023. Dicapai pada 16 January 2023.
  14. ↑ "In a disastrous state". Nepali Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 January 2023. Dicapai pada 19 January 2023.
  15. ↑ "ATR 72". Aviation Safety Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 March 2023. Dicapai pada 2023-01-25.
  16. ↑ Petchenik, Ian (15 January 2023). "Yeti Airlines flight 691 crashes near Pokhara". Flightradar24 Blog. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 January 2023. Dicapai pada 19 January 2023.
  17. ↑ "Nepal: Passenger plane crashes on runway of Pokhara Airport, five Indians onboard". mint. 15 January 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 January 2023. Dicapai pada 15 January 2023.
  18. ↑ Sarkar, Alisha Rahaman (15 January 2023). "40 bodies recovered as plane with 72 people on board crashes in Nepal". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 January 2023. Dicapai pada 15 January 2023.
  19. ↑ Hradecky, Simon (15 January 2023). "Crash: Yeti AT72 at Pokhara on Jan 15th 2023, lost height on final approach". The Aviation Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 January 2023. Dicapai pada 15 January 2023.
  20. 1 2 3 Thapa, Asha; Magramo, Kathleen; Pokharel, Sugam (17 January 2023). "At least 68 killed in Nepal's worst airplane crash in 30 years". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 January 2023. Dicapai pada 18 January 2023.
  21. ↑ "Rescuers recover 71 bodies from Yeti Airlines plane crash site". The Kathmandu Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 February 2023. Dicapai pada 6 February 2023.
  22. ↑ Bhattarai, Anish; Pathi, Krutika (17 January 2023). "Families mourn Nepal plane victims, data box sent to France". AP News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 February 2023. Dicapai pada 27 January 2023.
  23. ↑ Bacon, John; Ortiz, Jorge L. (16 January 2023). "'We pray for a miracle': Black boxes, 69th body found after Nepal plane crash; what we know". USA Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 February 2023. Dicapai pada 5 February 2023.
  24. ↑ Seyler, Matt. "2 American citizens killed in Nepal plane crash". ABC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 January 2023. Dicapai pada 2023-01-21.
  25. ↑ Varley, Len (2023-01-16). "Nepal crash: Nepal authorities release passenger list, black box recovered". AviationSource News (dalam bahasa Inggeris AS). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 January 2023. Dicapai pada 2023-01-21.
  26. ↑ "Nepal Plane Crash: Co-Pilot Of Ill-Fated Flight Anju Khatiwada Was being instructed on the new runway". ABP Live. 15 January 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 January 2023. Dicapai pada 18 January 2023.
  27. 1 2 Vaidyanathan, Rajini (2023-01-16). "Nepal plane crash: Pilot didn't report anything untoward, official says". BBC News. Pokhara. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-01-16. Dicapai pada 2023-01-22. The pilot of the flight that crashed in Nepal did not report 'anything untoward' as the plane approached the airport, a spokesman said.
  28. ↑ "No Survivors Found After Nepal Plane Crashed With 72, 5 Of Them Indians". NDTV. Asian News International. 16 January 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 January 2023. Dicapai pada 16 January 2023.
  29. ↑ "Обнародованы имена погибших в Непале россиян" [Names of Russians killed in Nepal revealed]. Vesti.ru (dalam bahasa Rusia). 16 January 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 January 2023. Dicapai pada 16 January 2023.
  30. ↑ "네팔 여객기 추락 사망자 68명…한국인 2명 생존 확인 안 돼" [68 dead in Nepal airliner crash 2 Koreans not confirmed alive]. SBS News (dalam bahasa Korea). 16 January 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 January 2023. Dicapai pada 16 January 2023.
  31. ↑ "Era de Neuquén la argentina que murió en el accidente de avión en Nepal" [The Argentine who died in the plane crash in Nepal was from Neuquén]. Diario Rio Negro (dalam bahasa Sepanyol). 16 January 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 January 2023. Dicapai pada 16 January 2023.
  32. ↑ Meacham, Savannah (16 January 2023). "Sydney teacher believed to be victim in horror Nepal plane crash". 9NEWS. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 January 2023. Dicapai pada 16 January 2023.
  33. ↑ Allemand, Damien (16 January 2023). "Un Français parmi les victimes du crash d'un avion au Népal, au moins 67 morts" [A Frenchman among the victims of the plane crash in Nepal, at least 67 dead]. nice matin (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 January 2023. Dicapai pada 16 January 2023.
  34. ↑ "Nepal plane crash: Briton among dozens who died". BBC News. 16 January 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 January 2023. Dicapai pada 16 January 2023. A British man is among the passengers who died in a plane crash in Nepal on Sunday. The person was previously described as Irish by Nepal authorities, but was understood to be traveling on a UK passport. He has not yet been formally named by authorities.
  35. ↑ "At Least 29 Dead In Nepal As Passenger Plane With 72 Persons Onboard Crashes At Pokhara Airport". ABP Live. 15 January 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 January 2023. Dicapai pada 18 January 2023.
  36. ↑ "Nepal plane crash: Rescuers resume search as day of mourning observed". Sky News. 2023-01-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-01-19. Dicapai pada 2023-01-19. Nepal has declared Monday a day of mourning after its deadliest plane crash since 1992. Meanwhile, it has emerged the model of plane has been involved in several fatal accidents over the years.
  37. ↑ Rising, David (2023-01-16). "Explainer: Why did Nepal plane crash in fair weather?". AP News (dalam bahasa Inggeris). Bangkok. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-01-16. Dicapai pada 2023-01-22.
  38. ↑ "French expert team begins probe into Yeti Airlines plane crash in Pokhara". The Indian Express. Kathmandu. Press Trust of India. 2023-01-18. OCLC 70274541. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-01-19. Dicapai pada 2023-01-22.
  39. ↑ "Black box and cockpit voice recorder from plane that crashed in Nepal found". Sky News. 2023-01-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-01-19. Dicapai pada 2023-01-24. The devices are believed to be in good condition and it is hoped they will be able to help investigators determine why the plane came down.
  40. ↑ "Nepal plane crash: Flight recorders to be examined in Singapore". CNA. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2023. Dicapai pada 2023-01-27.
  41. ↑ "Black boxes from Nepal plane crash to be sent to Singapore". apnews.com (dalam bahasa English). Associated Press. 26 January 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 May 2024. Dicapai pada 16 May 2024.{{cite web}}: CS1 maint: unrecognized language (link)
  42. 1 2 3 "PRELIMINARY ACCIDENT INVESTIGATION REPORT OF 9N-ANC (ATR 72-212A, MSN: 754) Aircraft OPERATED BY YETI AIRLINES PVT LTD OCCURRED AT POKHARA (at the bank of Seti River - Gharipatan), KASKI DISTRICT, NEPAL ON 15 JANUARY 2023" (PDF). Aircraft Accident Investigation Commission. 2023-02-13. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 15 February 2023. Dicapai pada 2023-02-15.
  43. 1 2 3 "Nepal plane crash preliminary report: Investigators suspect human error". The Hindu (dalam bahasa Indian English). 2023-02-17. ISSN 0971-751X. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 July 2023. Dicapai pada 2023-07-16.
  44. ↑ "Airplane Flying Handbook (FAA-H-8083-3C) | Chapter 13: Transition to Multiengine Airplanes" (PDF). faa.gov (dalam bahasa English). Federal Aviation Administration. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 April 2022. Dicapai pada 16 May 2024.{{cite web}}: CS1 maint: unrecognized language (link)
  45. ↑ Nordal, Magnar. An unbelievable mistake | Yeti Airlines flight 691. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 March 2023. Dicapai pada 2023-07-17.
  46. ↑ Pahari, Sara (2023-03-15). "Govt extends Yeti Air crash probe deadline by 45 days". myRepublica. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 August 2023.
  47. ↑ "Crash: Yeti AT72 at Pokhara on Jan 15th 2023, lost height on final approach, both propellers went into feather". The Aviation Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 January 2023. Dicapai pada 2023-12-28.
  48. ↑ "Τραγωδία στον Αέρα" [Tragedy in the Air] (dalam bahasa Greek). National Geographic TV. Dicapai pada 9 December 2025.