Penerbangan 8303 Pakistan International Airlines

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penerbangan 8303 Pakistan International Airlines
Pesawat terlibat dalam nahas, 2016
Nahas
Tarikh22 Mei 2020
RingkasanTerhempas ketika menghampiri destinasi, penyiasatan masih dijalankan
Tapak kejadianBerdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi, Pakistan
24°54′42″N 67°11′16″E / 24.91167°N 67.18778°E / 24.91167; 67.18778Koordinat: 24°54′42″N 67°11′16″E / 24.91167°N 67.18778°E / 24.91167; 67.18778
Pesawat
Jenis pesawatAirbus A320-214
PengendaliPakistan International Airlines
No. penerbangan IATAPK8303
No. penerbangan ICAOPIA8303
Huruf pengenalanPakistan 8303
Kod pendaftaranAP-BLD
Asal penerbanganLapangan Terbang Antarabangsa Allama Iqbal, Lahore, Pakistan
DestinasiLapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi, Pakistan
Penumpang91[1]
Anak kapal8
Kematian97
Kecederaan2
Terselamat2

Penerbangan 8303 Pakistan International Airlines ialah sebuah laluan penerbangan domestik yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Allama Iqbal di Lahore, Pakistan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di bandar Karachi. Pada 22 Mei 2020, sebuah pesawat yang berkhidmat bagi laluan ini terhempas di kawasan perumahan di selatan Karachi berdekatan lapangan terbang destinasi, menyebabkan ramai dalam kalangan penumpang terkorban termasuk penduduk lokasi tempat perumahan nahas. Pesawat tersebut mempunyai 91 orang penumpang serta lapan orang anak kapal. Setakat 22 Mei, bilangan orang yang maut masih tidak dapat dipastikan, tetapi dua orang disahkan terselamat.[2]

Pesawat[sunting | sunting sumber]

Pesawat tersebut merupakan sebuah pesawat Airbus A320-214,[3] yang dibina pada tahun 2004 dan dikendalikan oleh China Eastern Airlines sebagai B-6017 antara tahun 2004 dan 2014. Pakistan International Airlines (PIA) kemudian memajakkan pesawat tersebut daripada Perkhidmatan Penerbangan GE Capital pada 31 Oktober 2014, dengan nombor pendaftaran "AP-BLD".[4][5][6]

Mangsa[sunting | sunting sumber]

Penumpang mengikut kewarganegaraan[7]
Kewarganegaraan Penumpang Anak kapal Jumlah
Pakistan 90 8 98
Amerika Syarikat 1 0 1
Jumlah 91 8 99

Pakistan International Airlines mengeluarkan perincian nyata penerbangan yang menunjukkan 91 penumpang (51 lelaki, 31 wanita, dan 9 kanak-kanak); terdapat juga 8 anak kapal.[8][9][10] Angka kematian disahkan sebanyak 97 orang, yang hanya terdiri dari mereka yang berada di dalam pesawat.[11] Salah seorang penumpang adalah warganegara Amerika Syarikat.[12] Model dan pelakon Pakistan Zara Abid juga adalah salah seorang dari penumpang penerbangan.[13][14] Lima pegawai dari Tentera Darat Pakistan dan seorang dari Tentera Udara Pakistan juga terdiri dari antara mangsa.[15][16]

Pesawat itu tidak dipenuhi karena kemampuan penjarakan sosial yang dikenakan oleh Lembaga Penerbangan Awam Pakistan ketika pandemik COVID-19, yang mewajibkan sekurang-kurangnya satu tempat kosong diantara penumpang.[17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "PK8303 Crisis Statement Page". Airbus.com (dalam bahasa Inggeris). Airbus. 22 Mei 2020. Dicapai pada 22 Mei 2020.
  2. ^ Sohini Sarkar, penyunting (22 Mei 2020). "In Pakistan plane crash with 99 on board, at least 2 miraculous survivors". Hindustan Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Mei 2020.
  3. ^ Zulfikar, Fahad (22 Mei 2020). "PIA plane carrying 99 on-board crashes in Karachi". Business Recorder (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Mei 2020.
  4. ^ "Pakistan plane crashes near Karachi, all 107 killed". Economic Times (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. 22 Mei 2020. Dicapai pada 22 Mei 2020.
  5. ^ "AP-BLD PIA Pakistan International Airlines Airbus A320-214". www.planespotters.net (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Mei 2020.
  6. ^ "Pakistan International Airlines AP-BLD (Airbus A320 - MSN 2274) (Ex B-6017)". www.airfleets.net (dalam bahasa Inggeris). Airfleets aviation. Dicapai pada 22 Mei 2020.
  7. ^ "'We have lost engines': Tragedy as PIA flight PK-8303 crashes in residential area near Karachi airport" (dalam bahasa Inggeris). Geo TV. Dicapai pada 22 Mei 2020.
  8. ^ Calder, Simon; Hamdani, Raza (22 Mei 2020). "Pakistan plane crash: Khan calls for an investigation after Airbus jet come down near Karachi, killing dozens". The Independent (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Mei 2020.
  9. ^ Kulkarni, Pranav (22 Mei 2020). "Pakistan International Airlines flight to over 100 people onboard crashes near Karachi Airport; several dead". Times Now. Dicapai pada 22 Mei 2020.
  10. ^ "Pakistan plane crash: Dozens die as jet hits homes in Karachi". BBC News. 22 Mei 2020. Dicapai pada 23 Mei 2020.
  11. ^ "Pakistan says 97 killed and two survived Karachi plane crash, after ending rescue operation". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). Agence France-Presse. 23 May 2020. Dicapai pada 25 Mei 2020.
  12. ^ Hansler, Jennifer. "One American was aboard the plane that crashed in Karachi, official says". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Mei 2020.
  13. ^ Pallavi, Krishna Priya (22 Mei 2020). "Pakistani model Zara Abid feared dead in PIA plane crash". India Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Mei 2020.
  14. ^ Mandhro, Sameer (23 Mei 2020). "Zara Abid not on the current list of crash survivors: Health Department". tribune.pk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Mei 2020.
  15. ^ "Five Pakistan Army officers martyred in PIA plane crash". Daily Pakistan (dalam bahasa Inggeris). 22 Mei 2020. Dicapai pada 23 Mei 2020.
  16. ^ Tunio, Hafeez (24 Mei 2020). "Plane tragedy: The Eid surprise that never was". The Express Tribune (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Mei 2020.
  17. ^ "Pakistan's domestic flights partially resume today". www.thenews.com.pk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Mei 2020.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.