Penerbangan 90 Air Florida
Bahagian ekor pesawat yang sedang dinaikkan dari Sungai Potomac | |
| Kemalangan | |
|---|---|
| Tarikh | 13 Januari 1982 |
| Ringkasan | Pegun (stall) dan terhempas sejurus selepas berlepas kerana kekurangan penyah-ais dan ralat juruterbang |
| Tapak kejadian | Sungai Potomac, Washington, D.C. 38°52′34″U 77°02′29″B / 38.87611°U 77.04139°B |
| Jumlah kematian | 78 |
| Jumlah kecederaan | 9 |
| Pesawat | |
N62AF, pesawat yang terlibat dalam kemalangan itu | |
| Jenis pesawat | Boeing 737-222[a] |
| Pengendali | Air Florida |
| No. penerbangan IATA | QH90 |
| No. penerbangan ICAO | FLA90 |
| Huruf pengenalan | PALM 90 |
| Kod pendaftaran | N62AF |
| Asal penerbangan | Lapangan Terbang Kebangsaan Washington |
| Perhentian | Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa[1] |
| Destinasi | Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale–Hollywood[2] |
| Penghuni | 79 |
| Penumpang | 74 |
| Anak kapal | 5 |
| Kematian | 74 |
| Kecederaan | 5 |
| Terselamat | 5 |
| Di darat | |
| Kematian di darat | 4 |
| Kecederaan di darat | 4 |

Penerbangan 90 Air Florida adalah pesawat penumpang domestik yang dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Washington di Washington, D.C. ke Lapangan Terbang Fort Lauderdale – Hollywood di Fort Lauderdale, Florida, selepas singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa di Tampa, Florida. Pada 13 Januari 1982, pesawat Boeing 737 Penerbangan 90 terhempas ke Jambatan 14th Street di Sungai Potomac, membunuh kesemuanya kecuali empat penumpang dan seorang pembantu penerbangan.
Pesawat ini membawa 74 penumpang dan lima krew apabila ia terhempas semasa cuba berlepas. Kesemuanya kecuali lima orang terkorban. Pesawat ini melanggar Jambatan 14th Street yang menghubungkan Lebuhraya Interstate 395 (Daerah Columbia-Virginia) di antara Washington, D.C., dan Arlington County, Virginia. Ia juga merenyukkan tujuh kenderaan di atas jambatan dan musnah sebelum memasuki kawasan ais di Sungai Potomac. Nahas itu berlaku kurang dari dua kilometer dari Rumah Putih dan dari pandangan Memorial Jefferson dan bangunan Pentagon.
Kemalangan ini membunuh 78 orang termasuk empat penunggang motosikal di atas Jambatan 14th Street. Beberapa orang telah diselamatkan dari sungai yang berais oleh orang ramai dan profesional. Presiden Ronald Reagan mengumumkan semua tindakan semasa ucapannya di Uucpan Kesatuan Negeri-Negeri beberapa hari kemudian.. Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan mendapati punca kemalangan itu adalah kesilapan juruterbang. Juruterbang itu gagal membuka suis sistem perlindungan ais dalaman enjin, menggunakan tujahan terbalik di dalam ribut salji semasa berlepas dan gagal untuk membatalkan perlepasan selepas mengesan masalah kuasa apabila beratur dan melihat adanya ais dan salji di atas sayap pesawat.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Afterward". The New York Times Magazine. [pautan mati]
- ↑ "January 13 This Day in History". History Channel. Diarkibkan daripada yang asal pada March 6, 2009.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Trivers, R. L. & Newton, H. P. The crash of flight 90: doomed by self-deception? Science Digest (November 1982): pp 66,67,111.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Executive Summary - NTSB Report AAR-82/08 Air Florida, Inc., Boeing 737-222, N62AF, Collision with 14th Street Bridge near Washington National Airport Washington, D.C. January 13, 1982
- Aircraft Accident Report: Air Florida, Inc., Boeing 737-222, N62AF, Collision with 14th Street Bridge, Near Washington National Airport, Washington, D.C., January 13, 1982 National Transportation Safety Board report (PDF, 140 pages)
- AirDisaster.Com Special Report: Air Florida Flight 90 Diarkibkan 2015-06-12 di Wayback Machine
- Pre-crash photos of Air Florida Flight 90
- Air Florida Flight 90: Reservists remember
- Roads to the Future website - 14th Street Bridge, the Air Florida Crash, and Subway Disaster
- Cockpit voice recording transcript for the crash of Air Florida Flight 90
- Penerangan Kemalangan di Rangkaian Keselamatan Penerbangan
- title di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Bridge of Sighs (2003 report on the survivors 21 years later)
- Arlington Fire Journal (Detailed account of Arlington County Fire Dept. operations at crash site)
- We're Not Going To Make It Diarkibkan 2012-12-29 di Wayback Machine, Time
Templat:Aviation accidents and incidents in 1982 38°52′26″U 77°02′34″B / 38.87389°U 77.04278°B
- ↑ Pesawat itu merupakan model Boeing 737-200; Boeing memberikan kod unik untuk setiap syarikat yang membeli salah satu pesawatnya, yang digunakan sebagai infiks pada nombor model pada masa pesawat itu dibina, maka "737-222" menandakan 737-200 yang dibina untuk United Airlines (kod pelanggan 22).
<ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan- Rencana dengan pautan luar mati dari January 2020
- 1982 di Amerika Syarikat
- Meteorologi 1982
- Kemalangan dan insiden penerbangan pada tahun 1982
- Kemalangan dan insiden penerbangan disebabkan kesilapan juruterbang
- Kemalangan dan insiden melibatkan pesawat komersil yang disebabkan cuaca buruk
- Kemalangan dan insiden melibatkan pesawat komersil di Amerika Syarikat
- Kemalangan dan insiden melibatkan Boeing 737
- Bencana di Washington, D.C.
- Pesawat penumpang terhempas disebabkan ais