Penerbangan Yeti Airlines 691
Kemalangan | |
---|---|
Tarikh | 16 de enero de 2023 |
Ringkasan | Se estrelló al aterrizar, bajo investigación. |
Tapak kejadian | Berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Pokhara, Pokhara, Nepal 28°11′51″N 83°59′06″E / 28.19750°N 83.98500°EKoordinat: 28°11′51″N 83°59′06″E / 28.19750°N 83.98500°E |
Pesawat | |
Jenis pesawat | ATR 72–500 |
Pengendali | Yeti Airlines |
No. penerbangan IATA | YT691 |
No. penerbangan ICAO | NYT691 |
Huruf pengenalan | YETI AIRLINES 691 |
Kod pendaftaran | 9N-ANC |
Asal penerbangan | Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu, Nepal |
Destinasi | Lapangan Terbang Antarabangsa Pokhara, Pokhara, Nepal |
Penghuni | 72 |
Penumpang | 68 |
Anak kapal | 4 |
Kematian | 68 |
Hilang | 4 |
El vuelo 691 de Yeti Airlines (YT691/NYT691) era un vuelo de pasajeros nacional nepalí programado operado por Yeti Airlines desde el aeropuerto Internacional de Katmandú, Katmandú, hasta el Aeropuerto de Pokhara. El 15 de enero de 2023, el ATR 72-500 que operaba este vuelo se estrelló en la orilla del río Seti mientras aterrizaba en Pokhara. Llevaba 72 personas, con 68 pasajeros, incluidos 15 extranjeros, y cuatro tripulantes. El accidente resultó en la muerte de todas las personas a bordo. Es el peor accidente aéreo de Nepal desde 1992 y el peor de un ATR-72.
Ia membawa 72 orang, dengan 68 penumpang termasuk 15 warga asing, dan empat anak kapal. Ia merupakan nahas udara paling maut di Nepal sejak 1992, dan paling maut melibatkan pesawat ATR 72.[1]
Kemalangan
[sunting | sunting sumber]Pokhara ialah bandar kedua terbesar di Nepal, dan sebuah destinasi pelancongan utama. Lapangan Terbang Antarabangsa Pokhara dibuka secara rasmi pada 1 Januari 2023, secara beransur-ansur mengambil alih operasi dari lapangan terbang lama bandar itu.[2][3]
Penerbangan itu berlepas dari Kathmandu pada jam 10:33 pagi waktu tempatan.[4] Ia terhempas di tebing Sungai Seti Gandaki di antara lapangan terbang lama dengan baharu, pada altitud rendah dengan final singkat sebelum mendarat. [5]Video yang diambil sejurus sebelum nahas menunjukkan pesawat itu membelok curam ke kiri selepas kelihatan memasuki fasa pegun berputar sebelum terhempas.[6][7]
Kemalangan itu mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 68 orang di dalam pesawat, dan merupakan nahas udara paling teruk di Nepal sejak nahas pesawat Pakistan International Airlines Penerbangan 268 pada 1992.[8] Ia merupakan nahas udara ketiga paling maut dalam sejarah negara.[9]
Menurut seorang pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Pokhara, kawalan trafik udara membersihkan penerbangan untuk mendarat di landasan 30, tetapi kapten meminta landasan 12. Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal berkata: "Cuaca cerah; menurut maklumat awal punca nahas adalah isu teknikal pesawat itu."[10]
Kapal terbang
[sunting | sunting sumber]Pesawat yang terlibat dalam nahas itu ialah turboprop enjin berkembar ATR 72–500 berusia 15 tahun, dengan nombor siri 754 dan pendaftaran 9N-ANC. [11] Ia pertama kali dihantar kepada Kingfisher Airlines sebagai VT-KAJ pada tahun 2007. Pada 2013, ia telah dipindahkan ke Nok Air sebagai HS-DRD sebelum dihantar kepada Yeti Airlines pada 2019. [12] [13]
Penumpang dan anak kapal
[sunting | sunting sumber]Terdapat enam 68 orang penumpang dan empat anak kapal warga Nepal di dalamnya. Penumpang terdiri daripada 53 orang warga Nepal, lima orang India, empat orang Rusia, dua orang Korea Selatan, seorang warga Argentina, Australia, Perancis dan Ireland setiap satu.[14][15] Sehingga kini, 68 mayat telah ditemui.[16]
Pesawat itu di bawah pimpinan kapten kanan Kamal KC dengan Anju Khatiwada sebagai juruterbang. Khatiwada ditetapkan untuk melayakkan diri sebagai kapten selepas penerbangan itu berjaya diselesaikan.[17]
Kewarganegaraan | Penumpang | Anak kapal | Jumlah |
---|---|---|---|
Nepal | 53 | 4 | 57 |
India | 5 | 0 | 5 |
Rusia | 4 | 0 | 4 |
Korea Selatan | 2 | 0 | 2 |
Argentina | 1 | 0 | 1 |
Australia | 1 | 0 | 1 |
Perancis | 1 | 0 | 1 |
Ireland | 1 | 0 | 1 |
Jumlah | 68 | 4 | 72 |
Siasatan
[sunting | sunting sumber]Lapangan terbang ditutup ketika pihak berkuasa melancarkan operasi menyelamat.[18] Kerajaan Nepal memanggil mesyuarat tergempar kabinet Dahal Ketiga berikutan nahas itu. Perdana Menteri Nepal, Pushpa Kamal Dahal, menyatakan bahawa beliau "sangat sedih dengan kemalangan yang menyedihkan dan tragis itu."[9] Kerajaan Nepal telah menugaskan pasukan lima anggota untuk menyiasat.[19] Menteri penerbangan India Jyotiraditya Scindia mengucapkan takziah. [20]
Yeti Airlines membatalkan semua penerbangan biasa yang dijadualkan pada 16 Januari, untuk berkabung atas mangsa nahas itu.[21] Kemudian pada hari itu, perakam penerbangan pesawat telah ditemui.[22]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ranter, Harro. "ASN accident description". Aviation Safety Network. Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ "Pokhara takes off". Nepali Times (dalam bahasa Inggeris). 6 Januari 2023. Dicapai pada 6 Januari 2023.
- ^ Pokharel, Santosh (22 December 2022). "Pokhara's Old Airport to Remain Functional as CAAN Prepares to Launch Int'l Airport". República. Dicapai pada 1 Januari 2023.
- ^ "Plane with 72 people onboard crashes near Nepal's Pokhara airport, 36 bodies recovered so far". India Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Januari 2023. Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ "Nepal Plane Crash Updates: At least 40 bodies recovered from Nepal crash". Hindustan Times. 15 Januari 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Januari 2023. Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ Bhandari, Shashwat (15 Januari 2023). "Nepal: Moment when Yeti Airlines plane tilted mid-air before it crashed near Pokhara Airport". indiatvnews.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Januari 2023. Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ Sud, Vedika. "Video appears to show plane rolling on its side before crash in Nepal". CNN. CNN. Dicapai pada 16 Januari 2023.
- ^ Sharma, Gopal (15 Januari 2023). "At least 68 killed in Nepal's worst air crash in three decades". Reuters. Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ a b Thapa, Asha; Magramo, Kathleen; Pokharel, Sugam (15 Januari 2023). "At least 68 killed in Nepal's worst airplane crash in 30 years". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Januari 2023. Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ "'Pokhara ATC cleared runway 30 for landing, but Yeti flight crew asked for runway 12'". nepalminute.com. 15 Januari 2023. Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ Livemint (15 Januari 2023). "Nepal: Passenger plane crashes on runway of Pokhara Airport, five Indians onboard". mint. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Januari 2023. Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ "9N-ANC Yeti Airlines ATR 72". planespotters.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Januari 2023. Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ "Officials: At least 40 people killed in Nepal plane crash". EMEA Tribune. Associated Press. 15 Januari 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Januari 2023. Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ Sarkar, Alisha Rahaman (15 Januari 2023). "40 bodies recovered as plane with 72 people on board crashes in Nepal". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Januari 2023. Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ Hradecky, Simon (15 Januari 2023). "Crash: Yeti AT72 at Pokhara on Jan 15th 2023, lost height on final approach". avherald.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Januari 2023. Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ Sharma, Gopal (2023-01-16). "Search resumes for four people missing in Nepal after deadly air crash". The Sydney Morning Herald (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-01-16.
- ^ Singh, Mrityunjay (15 Januari 2023). "Nepal Plane Crash: Co-Pilot Of Ill-Fated Flight Anju Khatiwada Was To Get Pilot Licence After Landing". ABP News. Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ Bureau, ABP News (15 Januari 2023). "At Least '16 Dead' In Nepal As Passenger Plane With 72 Persons Onboard Crashes At Pokhara Airpo". news.abplive.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Januari 2023. Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ "Yeti aircraft crash update". mteveresttoday.com. 15 Januari 2023. Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ "Nepal tragedy: Embassy tweets about Indians aboard plane, helpline". Hindustan Times. 15 Januari 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Januari 2023. Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ Pokharel, Asha Thapa,Kathleen Magramo,Sugam (15 Januari 2023). "At least 68 killed in Nepal's worst airplane crash in 30 years". CNN. Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ agencies, Guardian staff and (2023-01-16). "Nepal plane crash: data recorders found as day of mourning begins". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-01-16.