Pengakisan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengakisan pada logam yang terdedah termasuk juga nat dan bolt

Pengakisan (bahasa Inggeris: corrosion)[1] ialah proses semula jadi yang menukarkan logam yang lebih halus kepada bentuknya yang stabil kimia seperti dala bentuk oksida, hidroksida atau sulfida. Ia merupakan kemusnahan bahan (biasanya logam) secara beransur-ansur oleh bahan kimia dan/atau tindak balas elektrokimia dengan persekitaran. Kejuruteraan pengakisan (corrosion engineering) adalah satu bidang mengkhusus dalam pengawalan dan penghentian pengakisan.

Pengakisan paling biasanya merujuk kepada pengoksidaan elektrokimia logam dalam tindak balas dengan bahan pengoksida seperti oksigen atau sulfur. Pengaratan iaitu pembentukan besi oksida, adalah satu contoh pengakisan elektrokimia yang dikenali. Kerosakan jenis ini biasanya menghasilkan oksida atau garam daripada logam asal serta penampakan warna kejinggaan yang tersendiri pada permukaan bahan. Karat juga boleh berlaku dalam bahan-bahan lain selain daripada logam seperti seramik atau polimer, meskipun istilah "penguraian" lebih biasa digunakan dalam konteks ini. Pengakisan menjejaskan sifat bahan dan struktur yang berguna termasuk kekuatan, penampilan dan kemudahtelapan kepada cecair dan gas.

Banyak aloi binaan mengakis hanya disebabkan kelembapan udara semata-mata, namun proses ini boleh dipengaruhi oleh pendedahan kepada bahan-bahan tertentu. Pengakisan boleh tertumpu dalam kawasan tertentu membentuk lubang atau retak, atau ia boleh meliputi seluruh kawasan yang luas secara lebih kurang seragamnya mengakis permukaan. Proses pengakisan berlaku pada permukaan terdedah kerana sifatnya yang dikawal oleh resapan. Hasilnya, kaedah untuk mengurangkan aktiviti pengakisan pada permukaan terdedah seperti pempasifan dan penukaran kromat boleh meningkatkan rintangan kakisan sesuatu bahan itu. Bagaimanapun, ada daripada beberapa mekanisme pengakisan ini kurang dapat dilihat mahupun dijangka.

Langkah perlindungan[sunting | sunting sumber]

Pelbagai rawatan digunakan untuk mengurangkan kerosakan aikbat pengakisan kepada objek logam yang terdedah kepada cuaca, air garam, asid atau persekitaran yang mengancam. Beberapa aloi logam tertentu yang tidak dilindungi sangat terdedah kepada pengakisan, seperti logam yang digunakan dalam magnet neodimium yang boleh mengelupas atau hancur menjadi serbuk bahkan dalam persekitaran dalaman yang kering dan stabil suhunya melainkan jika dirawat dengan betul untuk mencegah pengakisan.

Penyaduran, pengecatan dan pelapisan enamel berkaca adalah rawatan mencegah pengakisan yang paling biasa digunakan; di mana kaedah-kaedah ini berkesan dengan menyediakan penghalang bahan tahan kakisan antara persekitaran yang merosak dengan dan bahan binaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'corrosion'— Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 14 Januari 2018.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Jones, Denny (1996). Principles and Prevention of Corrosion (ed. ke-2). Upper Saddle River, New Jersey: Prentice Hall. ISBN 0-13-359993-0.