Pengalihan (perisian)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam sains komputer, pengalihan (bahasa Inggeris: porting) merupakan proses penyesuaian perisian supaya sebuah aturcara yang boleh dijalankan mampu dicipta untuk sebuah persekitaran pengiraan yang berbeza daripada yang asalnya dicipta khas buatnya (cth. CPU, sistem pengendalian, atau perpustakaan parti ketiga). Istilah ini juga digunakan dalam suatu cara generik untuk merujuk kepada perubahan sebuah perisian/perkakasan supaya mereka boleh digunakan dalam persekitaran yang berbeza.

Sesebuah perisian boleh dialihkan sekiranya kos pengalihan tersebut kepada sebuah platfom baru adalah kurang daripada kos menciptanya daripada mula. Lebih rendah kos mengalihkan perisian, relatif kepada kos penciptaannya, ia dikatakan "lebih mudah dialihkan".

Pengalihan dalam permainan video[sunting | sunting sumber]

Pengalihan juga merupakan sebuah istilah yang digunakan apabila sesebuah judul permainan video komputer yang direka khas untuk digunakan untuk sebuah platfom, misalnya komputer peribadi atau sesebuah konsol permainan video, diubah untuk dibaca dalam sebuah platfom yang berbeza. "Pengalihan" judul-judul permainan video terawal seringkalinya bukan pengalihan sebenar, tetapi sekadar versi yang dicipta semula sahaja. Akan tetapi, kini terdapat lebih banyak permainan video yang direka menggunakan perisian yang boleh mengeluarkan kod output untuk komputer dan pada waktu yang sama, untuk satu atau lebih konsol. Kebanyakan pengalihan permainan video pada era-era permulaan mengalami kekurangan kualiti permainan secara mendadak kerana perkakasan PC serta konsol-konsol permainan video adalah jauh berbeza.