Pengangkutan di Beijing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stesen Keretapi Beijing

Dengan pertumbuhan bandar raya menyusuli pembaharuan ekonomi, Beijing telah berkembang menjadi sebuah pusat pengangkutan yang terpenting di Republik Rakyat China, serta juga di kawasan Asia Timur yang lebih luas. Bandar raya ini memiliki:


Kereta api[sunting | sunting sumber]

Beijing telah lama merupakan pusat kereta api yang terbesar di China. Terdapat landasan kereta api dari Beijing ke Shanghai, Guangzhou, Kowloon, Harbin, Qinhuangdao, Baotou, Yuanping, Chengde, dan Tianjin. Sejak 1 Mei 2009, Stesen Keretapi Beijing mempunyai 177 buah kereta api yang singgah setiap hari, manakala Stesen Keretapi Barat Beijing mempunyai 220 buah kereta api. Kedua-dua stesen kereta api itu bertindak sebagai titik pertemuan pengangkutan utama di bandar raya.

Stesen Keretapi Selatan Beijing yang berteknologi paling moden dibuka semula pada Ogos 2008, dan bertindak sebagai stesen Beijing untuk kesemua kereta api laju tinggi China Railway High-speed (CRH), termasuk kereta api laju tinggi Beijing-Tianjin, perkhidmatan kereta api penumpung tetap yang paling laju di dunia. Kesemua kereta api antarabangsa ke bandar-bandar raya di Mongolia, Rusia, Vietnam, dan Korea Utara juga melalui Beijing.

Sebilangan stesen kereta api yang lain di kawasan bandar Beijing mengendalikan lalu lintas penumpang tetap, termasuk:

dan sebilangan stesen yang lebih kecil. Terdapat juga sebilangan stesen kereta api yang melayani kawasan subbandar. Kereta api penumpang di China dinomborkan mengikut haluannya berdasarkan Beijing.

Jalan raya dan lebuh raya[sunting | sunting sumber]

Lihat: Jalan pekeliling di Beijing, Lebuh raya di Beijing dan Lebuh Raya Negara China Beijing untuk maklumat lanjut.
Bas sambungan berhawa dingin yang beroperasi di Laluan 1 Alihan Laju Bas Beijing

Beijing dihubungkan dengan rangkaian jalan raya dari semua kawasan di China sebagai sebahagian daripada Rangkaian Jalan Raya Negara. Sembilan lebuh raya di China (dengan enam lebuh raya yang benar-benar baharu yang sedang dibina atau dirancang) dihubungkan dengan Beijing, bersama-sama dengan 11 Lebuh Raya Negara China yang lain. Di dalam Beijing pada dirinya, satu rangkaian yang rumit yang terdiri daripada lima jalan pekeliling dibangunkan, tetapi ia lebih berbentuk segi empat tepat daripada berbentuk cecincin. Disebabkan sebahagiannya oleh reka bentuk bandarnya sebagai sebuah ibu kota kuno, jalan raya di Beijing seringnya menuju ke salah satu daripada empat arah kompas. Chang'an Avenue yang merupakan jalan raya utama [1] terbentang pada arah timur-barat melalui pusat bandar raya Beijing melewati Tiananmen.

Pengangkutan di Beijing sangat bergantung kepada lima "jalan pekeliling" yang mengelilingi berturut-turut bandar raya itu, dengan kawasan Kota Larangan ditandakan sebagai pusat geografi jalan-jalan pekeliling tersebut. Jalan pekeling pertama tidak ditetapkan secara rasmi, manakala Jalan Pekeliling Ke-2 terletak sepenuhnya di dalam kawasan bandar raya Beijing. Jalan keliling cenderung semakin bersifat lebuh raya ketika ia terbentang ke luar pusat bandar, dengan Jalan Pekeliling Ke-5 dan Jalan Pekeliling Ke-6 merupakan lebuh raya negara taraf penuh — dihubungkan dengan jalan yang lain hanya menerusi persimpangan bertingkat. Lebuh raya ke wilayah China yang lain umumnya dapat didatangi mulai dari Jalan Pekeliling Ke-3 dan seterusnya.

Salah satu masalah lalu lintas yang terbesar di Beijing ialah kesesakan lalu lintas yang sentiasa ada, walaupun pada tahun-tahun kebelakangan ini, Sistem Pengangkutan Cerdas (ITS) telah dilaksanakan di banyak kawasan untuk mencuba mengurangkan masalah tersebut. Lalu lintas di pusat bandar seringnya digridlok, terutamanya pada waktu sibuk. Bagaimanapun, banyak jalan raya masih sesak, walau di luar waktu sibuk. Jalan pekeliling kawasan bandar dan lebuh raya utama, khususnya yang berhampiran Chang'an Avenue, biasanya disebut sebagai kawasan kesesakan tinggi.

Menerukkan lagi masalah lalu lintas Beijing ialah sistem alihan massanya yang kurang maju. Sering disebut ialah sistem laluan bawah tanah bandar raya yang memiliki 8 laluan untuk 17 juta penduduknya. Sebagai perbandingan, Bandaraya New York mempunyai 26 laluan untuk 8 juta penduduk. Selain daripada susun atur reka bentuk bandar raya Beijing yang merumitkan keadaan sistem pengangkutannya,[2] yang memburukkan keadaan lalu lintasnya lagi ialah penguatkuasaan peraturan lalu lintas yang tidak menyeluruh, serta juga keberangan jalan raya. Pihak berkuasa Beijing mendakwa bahawa kesesakan lalu lintas mungkin tidak akan wujud lagi selepas Sukan Olimpik 2008, selepas pengenalan sebilangan laluan yang hanya boleh digunakan oleh bas awam pada waktu sibuk.

Udara[sunting | sunting sumber]

Terminal 3 yang baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Negara Beijing.

Lapangan terbang utama Beijing ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Negara Beijing (IATA: PEK) yang terletak berhampiran Shunyi, lebih kurang 20 kilometer di sebelah timur laut dari pusat bandar. Dengan pengubahelokan untuk Sukan Olimpik 2008, lapangan terbang ini kini mempunyai tiga terminal, dengan Terminal 3 merupakan salah satu terminal yang terbesar di dunia. Kebanyakan penerbangan dalam negeri dan hampir semua penerbangan antarabangsa tiba dan bertolak dari Lapangan Terbang Ibu Negara. Lapangan terbang ini ialah pusat utama kepada sistem penerbangan Air China yang menghubungkan Beijing dengan hampir setiap bandar raya di China melalui perkhidmatan penumpang udara yang tetap.

Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Negara Beijing dihubungkan ke kawasan tengah Beijing oleh Lebuhraya Lapangan Terbang. Ia terletak lebih kurang 40 minit perjalanan dengan kereta di luar waktu sibuk dari pusat bandar raya. Sebelum Sukan Olimpik 2008, Lebuhraya Lapangan Terbang Ke-2 serta juga sebuah sistem rel ringan yang kini dihubungkan dengan Laluan Bawah Tanah Beijing menuju ke lapangan terbang utama itu.

Lapangan terbang yang lain di bandar raya Beijing termasuk:

Lapangan Terbang Nanyuan bertindak sebagai pusat untuk sebuah sistem penerbangan penumpang yang tunggal, dengan lapangan-lapangan terbang tersebut yang lain digunakan terutamanya oleh tentera dan justera, tidak sangat dikenali oleh orang awam.

Pengangkutan awam[sunting | sunting sumber]

Platform laluan 5 di stesen Dongdan, dengan pintu tabir.

Sistem Laluan Bawah Tanah Beijing dibuka pada tahun 1971 dan hanya mempunyai dua laluan sehingga pembukaan lengkok utara Laluan 13 pada tahun 2002. Disebabkan oleh peluasan baru-baru ini, sistem ini kini mempunyai 9 laluan, iaitu 4 laluan di bawah tanah dan 5 laluan di atas. Laluan 1, bersama-sama dengan Laluan Batong, peluasan timur yang baharu, merentasi hampir semua kawasan bandar Beijing dari timur ke barat. Laluan 4 dan Laluan 5 bertindak sebagai dua laluan paksi utara-selatan. Sistem pengangkutan yang amat besar ini terdiri daripada hampir 700 laluan bas dan bas troli (bas elektrik) di kawasan Beijing pada tahun 2008, termasuk tiga laluan alihan laju bas.[3] Semua pengangkutan awam boleh dibayar dengan menggunakan kad Yikatong. Kad itu diimbas dengan menggunakan frekuensi radio di stesen laluan bawah tanah dan di dalam bas alihan awam. Tambang bas ditetapkan pada kadar sama rata sebanyak 2 yuan untuk kesemua laluan, kecuali Lebuhraya Lapangan Terbang.

Teksi berdaftar disediakan di seluruh Beijing, walaupun sejumlah besar teksi tak berdaftar juga boleh didapati. Kebanyakan teksi menggunakan kereta Hyundai Elantra, Hyundai Sonata, Peugeot, Citroën, dan Volkswagen Jetta. Pada 30 Mei 2008, semua tambang teksi berdaftar bermula daripada 10 Renminbi bagi 3 kilometer yang pertama, dengan kenaikan 2.00 Renminbi bagi setiap kilometer tambahan sebelum memasukkan kos pemelahuan (iaitu kos menunggu, misalnya sewaktu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas). Selepas 15 kilometer, kadar asas meningkat sebanyak 50% bagi setiap kilometer tambahan. Antara pukul 11 malam hingga pukul 5 pagi (dianggap sebagai caj tengah malam), tambang teksi meningkat sebanyak 20% dan bermula daripada 11 RMB, dengan kenaikan tambang pada kadar 2.4 RMB bagi setiap kilometer. Perjalanan melebihi 15 kilometer antara pukul 11 malam hingga pukul 5 pagi dikenakan kedua-dua kenaikan dan justera itu, kenaikan yurannya ialah sebanyak 80% (120% * 150% = 180%).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Minzu Hotel Beijing". Sino Hotel Guide. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-03. Dicapai pada 2008-02-06.
  2. ^ "Beijingers spend lives on road as traffic congestion worsens". China Daily. Xinhua News Agency. 2003-10-06. Dicapai pada 2009-07-22.
  3. ^ "Beijing Bus Rapid Transit". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-28. Dicapai pada 2009-01-09.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]



Koordinat: 39°54′N 116°24′E / 39.9°N 116.4°E / 39.9; 116.4