Pengangkutan di Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Negeri Kedah mempunyai sistem pengangkutan yang baik. [1]


Pengangkutan Darat[sunting | sunting sumber]

Kedah dihubungkan melalui Lebuhraya Utara-Selatan dari Kulim di selatan merentasi Alor Setar sehingga ke Bukit Kayu Hitam di utara. Selain itu, terdapat juga Laluan Persekutuan yang selari dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Alor Star dihubungi melalui Laluan Felderal 1 dan Lebuh Raya Utara Selatan. Dari Kuala Lumpur, perjalanan menggunakan kereta memakan masa hanya lima jam. Perkhidmatan kereta api dari Kuala Lumpur melalui Ekspress Langkawi ke bandar Alor Setar memakan masa selama lapan jam.[2]

Selain itu, Laluan Utara-Selatan KTM Antarabandar juga merentasi Kedah. Landasan Keretapi Eletrik Berkembar Ipoh-Padang Besar bakal merancakkan lagi sosioekonomi di Kedah. Seperti di negeri-negeri lain, di Kedah juga terdapat perkhidmatan bas dan teksi. Stesen bas utama yang berpusat di Stesen Bas Lama di pusat bandar yang telah dipindah ke Lebuhraya Sultanah Bahiyah di Mergong bagi menanpung pertambahan penduduk.[3]

Pengangkutan Udara[sunting | sunting sumber]

Lapangan terbang utama di Kedah ialah Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang terletak di Alor Setar. Selain itu, terdapat juga Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Pulau Langkawi.[4]

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim terletak 13 km dari bandar, boleh menampung 800,000 penumpang. Terminal baru ini sedia beroperasi pada 5 Mei 2006. Terminal baru ini memiliki kapasiti untuk menerima operasi Airbus 330 dan landasannya pula dipanjangkan dari 1,963 meter panjang dan 45 meter lebar ke 2,745 meter panjang and 45 meter lebar. Pada 2005, lapangan terbang ini telah manghandal 323,669 penumpang bersama 3,267 pergerakan kapal terbang.

Pangkalan latihan Tentera Udara Diraja Malaysia juga terletak dan menggunakan landasan dan lapangan terbang yang sama.


Pelabuhan[sunting | sunting sumber]

Pelabuhan yang terdapat di Kedah :

  • Pelabuhan Kuala Kedah: terletak di Kuala Kedah.
  • Pelabuhan Kuah: terletak di Pekan Kuah, Pulau Langkawi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]