Pengangkutan di Labuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pengangkutan di Labuan bergantung kepada pengangkutan laut , terutama pengangkutan ulang alik dari Wilayah Persekutuan Labuan ke tanah besar Sabah. Penduduk dan pelancong bergantung kepada feri, bot laju dan kapal terbang.

Feri[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan feri dari Pelabuhan Kenderaan Wilayah Persekutuan Labuan ke Menumbok Sabah cuma dua kali sehari.Ia dikendalikan oleh syarikat Double Power yang menggunakan tiga buah feri.

Beberapa feri baru akan ditambah . Feri baru akan dikendalikan oleh Isro Group melalui anak syarikatnya Isro Shipping yang memiliki empat buah feri, yang dua daripadanya digunakan bagi perkhidmatan Labuan-Brunei-Labuan. Feri baru itu bernama Duta Muhibbah 3 yang mampu membawa 110 penumpang dalam satu masa.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Labuan, Datuk Yussof Mohammad berharap feri baru akan merancakkan ekonomi Wilayah Persekutuan Labuan dan juga Sabah kerana kos lebih rendah. Ia juga menyediakan perkhidmatan kargo.

Rujukan[sunting | sunting sumber]