Pengangkutan di Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pengangkutan tradisional[sunting | sunting sumber]

Sebelum wujudnya sistem perhubungan dan pengangkutan yang moden di Tanah Melayu, corak perhubungan rata-rata berdasarkan air. Di masa itu sungai dan laut memainkan peranan utama sebagai jalan penghubungan antara satu sama lain. Perhubungan melalui sungai ini juga mempunyai gejala-gejala keburukannya, terutama di musim tengkujuh. Untuk pengangkutan, terdapat perahu-perahu yang memudik dan hilir anak-anak sungai dan kapal-kapal besarnya pula melayari lautan sebuah pelabuhan ke sebuah pelabuhan lain.

Kini, perhubungan ini bertukar melalui jalan darat. Penggunaan water-routes dan footpaths ini berkekalan hingga ke akhir abad ke -19, apabila secara beransur-ansur jalan-jalan kereta api dan jalanraya moden dibina oleh Inggeris untuk mengambilalih fungsi perhubungan dan pengangkutan. Perkembangan ini berlaku peringkat demi peringkat. Dari lorong-lorong dan denai yang melalui hutan rimba, ia berubah menjadi jalan-jalan kereta yang berlubang-lubang dan bengkang-bengkok. Dengan campur tangan Inggeris dalam pentadbiran Tanah Melayu jalan-jalan kereta dimodenkan sehingga membentuk satu sistem perhubungan yang amat efisien. Fungsi sungai mulai tercabar dan secara beransur-ansur kepentingannya merosot. Pengangkutan yang popular pada zaman dahulu adalah seperti berikut:


Pengangkutan moden[sunting | sunting sumber]

Dengan jalan[sunting | sunting sumber]


Dengan kereta api[sunting | sunting sumber]

  • Bandaraya Melaka tiada jaringan jalan kereta api tetapi boleh dihubungi dengan stesen kereta api terdekat di Pulau Sebang (dahulu dikenali KTMB Tampin) daerah Alor Gajah.Jaraknya 30 kilometer dari Bandaraya Melaka.(kira-kira 30 minit melalui Lebuh AMJ) Satu lagi Stesen Kereta Api yang terdapat dalam Negeri Melaka ialah Tebong Alor Gajah .Tetapi stesen ini telah ditutup.Di Bandar Jasin stesen kereta api terdekat ialah di Stesen Batang Melaka yang bersempadan dengan Negeri Sembilan. Jaraknya 22 kilometer. Selandar 10 kilometer, Nyalas 15 kilometer ke Stesen Batang Melaka.
  • Aerorel Melaka
  • Melaka Monorail

Dengan udara[sunting | sunting sumber]

Dengan laut[sunting | sunting sumber]