Pengangkutan di Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Negeri Perak terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan mempunyai perhubungan serba baik.

Pengangkutan darat[sunting | sunting sumber]

Perak dihubungkan melalui Lebuhraya Utara-Selatan dari Tanjung Malim di selatan merentasi Ipoh sehingga ke Parit Buntar di utara. Selain itu, Lebuhraya Timur-Barat turut merentasi Grik. Terdapat juga Laluan Persekutuan yang selari dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Selain itu, Laluan Utara-Selatan KTM Antarabandar juga merentasi Perak. Stesen keretapi Ipoh dikatakan stesen kereta api tercantik di negara ini selepas Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Landasan Berkembar Ipoh-Rawang dan Ipoh-Padang Besar bakal merancakkan lagi sosioekonomi di Perak. Seperti di negeri-negeri lain, di Perak juga terdapat perkhidmatan bas dan teksi. Stesen bas utama berpusat di Medan Gopeng Ipoh yang telah ditukar dari Medan Kidd.

Pengangkutan udara[sunting | sunting sumber]

Lapangan terbang utama di Perak ialah Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah yang terletak di Ipoh. Selain itu, terdapat juga Lapangan Terbang Pangkor di Pulau Pangkor dan Lapangan Terbang Taiping di Taiping.

Pengangkutan laut[sunting | sunting sumber]

Perak mempunyai persisiran laut yang agak panjang berbanding negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia. Pelabuhan Lumut yang pesat berkembang dilihat dapat memacu ekonomi Perak khususnya koridor Lumut - Ipoh.