Pengangkutan rel di Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengangkutan rel di Singapura adalah satu daripada aspek pengangkutan di Singapura.

Pengangkutan rel ini wujud dalam tiga bentuk utama, sambungan rel antarabangsa dikendalikan oleh syarikat Malaysia Keretapi Tanah Melayu, sistem alihan laju yang dikenali sebagai sistem Mass Rapid Transit (MRT) dioperasi oleh dua syarikat pengangkutan awam besar SMRT Corporation dan SBS Transit, dan aliran-aliran Light Rail Transit yang juga dikendalikan oleh kedua-dua syarikat ini. Tambahan pula, terdapat laluan rel tempatan beroperasi di tempat-tempat seperti Lapangan Terbang Changi Singapura, Pulau Sentosa, dan Jurong BirdPark.

Rangkaian rel antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Landasan kereta api di Buona Vista, dijalankan oleh Keretapi Tanah Melayu.
Jambatan landasan kereta api KTM di bahagian Bukit Timah-Jurong. 01°19′22″N 103°46′2″E / 1.32278°N 103.76722°E / 1.32278; 103.76722

Satu-satunya laluan landasan kereta api dengan sambungan antarabangsa dijalankan oleh Keretapi Tanah Melayu, dengan perkhidmatan bermula dari stesen keretapi Tanjong Pagar di Singapura Selatan. Laluan landasan tunggal ini sepanjang 38.6 km, dengan tolok 1 (tolok meter), menuju ke utara melalui Bukit Timah, sebelum melintasi tambak 1.2 km ke Johor Bahru di Semenanjung Malaysia, dan terus ke pantai barat semenanjung itu melalui Kuala Lumpur dan seterusnya ke Thailand dan tempat lain.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • How the Railroad is Modernising Asia, The Advertiser, Adelaide, S. Australia, 22 March 1913. N.B.: A historical article is of approx. 1,500 words, covering approx. a dozen Asian countries.