Pengantin 100 Hari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengantin 100 Hari
Ditulis olehSharifah Abu Salem
PengarahAmor Rizan
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Sulit" oleh Aman Aziz
Lagu penutup"Sulit" oleh Aman Aziz
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
PenerbitDatuk Rosyam Nor Shamsuddin
Datin Runika Mohd Yusof
Penyunting
  • Shukery Khidir
  • Mohd Noorzaim
  • Isqandar Jebat
  • Nazrin Saad
  • Nurfarahin Shaharuddin
SinematografiRamli Long
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal25 Jun 2018 – 23 Julai 2018
Kronologi
MengikutiNur
Diikuti olehSemerah Cinta Humairah

Pengantin 100 Hari merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Amor Rizan, dibintang oleh Aiman Hakim Ridza, Aishah Azman dan Amelia Henderson. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 25 Jun 2018 hingga 23 Julai 2018 menggantikan Nur dan digantikan oleh Semerah Cinta Humairah.[1] Sulit Penyanyi Aman Aziz

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Puan Yasmin setuju anaknya, Amar berkahwin dengan Sofia dengan syarat selepas ini Amar mesti ikut apa sahaja kehendaknya. Selepas sebulan, Puan Yasmin memaksa Amar berkahwin dengan Erina. Sofia rasa dikhianati dan meninggalkan Amar. Amar melayan Erina dengan buruk dan mahu menceraikannya. Erina yang mahu merasai kehidupan sebagai isteri Amar meminta mereka bercerai hanya selepas 100 hari pernikahan. Amar ditimpa musibah ketika mencari Sofia dan dia mandul. Tidak mahu Sofia menderita, Amar menceraikan Sofia. Sofia pula merahsiakan kehamilannya. Sofia bangkit demi anaknya dengan membuka butik hadiah dari Puan Yasmin yang mengalami gangguan jiwa. Erina sudah tahu Amar ada anak dengan Sofia dan enggan berkahwin semula dengan Amar kerana dia hanya mahu menjadi isteri Amar selama 100 hari sahaja. Sofia pula enggan kembali kepada Amar kerana merasakan Erina lebih berhak

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Pengantin 100 Hari (TV3) My Infotaip (25 Jun 2018). Dicapai pada 6 Jun 2019.
  2. ^ Pengantin 100 Hari (2018): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 23 Ogos 2018.