Pengantin Satu Malam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengantin Satu Malam
GenreMelodrama
Dendam
Cinta
Komedi
Berdasarkan daripada
Pengantin Satu Malam
karya Sophilea
PenciptaSophilea
Ditulis olehWan Mahani Wan Hassan
PengarahEoon Shuhaini
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Satu Malam" - Qody Rany
Lagu penutup"Satu Malam" - Qody Rany
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
A10 Alliance
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal18 Ogos 2020 – 24 September 2020
Kronologi
Mengikuti7 Hari Mencintaiku 2
Diikuti olehRyan Aralyn

Pengantin Satu Malam merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Eoon Shuhaini dibintangi oleh Nazim Othman, Amelia Henderson, dan Afifah Nasir.[1] Diadaptasi dari novel 2017, 1001 Malam karya Sophilea, drama ini memulakan tayangan perdana di slot Akasia TV3 bermula pada 18 Ogos 2020 menggantikan 7 Hari Mencintaiku 2.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisarkan mengenai kisah Zulaikha Nasrin (Amelia Henderson) yang tersepit antara menyelamatkan nyawa ibu atau maruah dirinya. Dugaan datang menimpa hidup Zulaikha apabila dia terpaksa berhenti kerja kerana perangai tidak senonoh majikannya. Adli teman lelakinya pula memilih untuk memutuskan hubungan dan ibunya sakit serta memerlukan kos rawatan yang tinggi. Sementara itu, Zahred Hadri (Nazim Othman) pula membenci wanita apabila cintanya dikhianati.

Zahred kecewa setelah mengetahui kekasihnya, Balqis (Sanjna Suri) curang ketika dia berada di Jepun dengan menjadi isteri kedua bapanya, menyebabkan Zahred membenci bapanya telah mengkhianati dirinya. Dato Haris (Edika Yusof), bapa Zahred sememangnya seorang playboy besar dan sentiasa mencari wanita jelita. Ibu kepada Zahred iaitu Datin Roziah (Norish Karman) lebih dikenali sebagai Frida berasa kecewa dan makan hati dengan sikap suaminya itu.

Empat tahun berlalu, Zulaikha kemudiannya memulakan pekerjaan baharunya di syarikat Mega Emas milik Zahred dan sahabatnya, Rasul Fadlan (Fizo Omar). Kehadiran Zulaikha telah mengingatkan Zahred kepada bekas kekasihnya, Balqis. Sejak dikecewakan oleh cinta lampau, Zahred yang amat membenci wanita, sering mencari kesalahan dan membuli Zulaikha di tempat kerja. Namun sebaliknya, Rasul sentiasa mengambil berat dan melayan Zulaikha dengan baik. Suatu hari, Zulaikha yang terdesak perlukan duit untuk menyelamatkan nyawa ibunya, cuba meraih pinjaman RM100 ribu daripada Zahred. Malah Zulaikha sanggup mencagarkan rumah demi mendapatkan pinjaman daripada syarikat.

Walaubagaimanapun, Zahred menolak cagaran itu, sebaliknya apa yang dimahukan adalah supaya Zulaikha menjadi isteri ‘satu malam’ kepadanya. Adakah Zulaikha setuju? Apakah yang bakal dipilih oleh Zulaikha antara nyawa ibu dan maruah diri?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon Tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Azuwan Zain sebagai Sunchrat
  • Shyrim Husni sebagai Pak Su Roslan
  • Aliff Zulkarnain sebagai Zain
  • Masitah Md Isa sebagai Nong
  • Habeeb Rasely sebagai Azam
  • Hashim Osman sebagai Dharma
  • Zumel Idris sebagai Ahlong 1
  • Zulkifli Jusoh sebagai Ahlong 2
  • Badrul Sham sebagai Ahlong 3
  • Mazli Razali sebagai Ahlong 4
  • Shamiella Shamsul sebagai Noni
  • Gusnimal Sofia sebagai Nadia
  • Noreen Anuar sebagai Staff Hotel Thai
  • Muhammad Salahuddin sebagai Staff Hotel Thai
  • Ahmad Nazri sebagai Businessman Thai
  • Sherwin Sim sebagai Saksi
  • Mahyuddin Mohamad sebagai Saksi
  • Ainur Athira sebagai Pelanggan Restoran Thai
  • Mohamad Alif Shahnum sebagai Pelanggan Restoran Thai
  • Mohd Nasir sebagai Pelanggan Restoran Thai
  • Fhairul Fizzi sebagai Pelanggan Restoran Thai
  • Ross Hassan sebagai Bos
  • Khairul Nizam sebagai Pemandu Pelancong Thai
  • Julia sebagai Peniaga Kedai Souvenir Thai
  • Lai Hayati sebagai Norizan
  • Taufik Hidayat Khan sebagai Jusoh

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Untuk menjayakan watak Zahred, Nazim Othman membelanjakan sebanyak RM15,000 untuk membeli pakaian untuk berlakon.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n "Drama Pengantin Satu Malam (TV3)". My Infotaip. 9 Julai 2020. Dicapai pada 1 Ogos 2020.
  2. ^ Arina Che Azlan (28 Ogos 2018). "Nazim belanja RM15,000 untuk baju drama". Kosmo!. Dicapai pada 6 September 2020.