Pengawal Pantai Georgia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengawal Pantai Georgia
Lambang kebesaran Pengawal Pantai Georgia[1]
Lambang kebesaran Pengawal Pantai Georgia[1]
Gambaran keseluruhan agensi
Ditubuhkan16 Julai 1998; 25 tahun yang lalu (1998-07-16)
Agensi terdahulu
  • Tentera Laut Georgia
Struktur bidang kuasa
Bidang kuasa operasiGeorgia (negara)
Bidang kuasa pakar
  • Rondaan pesisir pantai, perlindungan sempadan marin, mencari dan menyelamat marin.
Struktur operasi
Ibu pejabatPangkalan Tentera Laut Batumi
Eksekutif agensi
  • Captain Ramaz Papidze, Commander of Georgian Coast Guard
Kemudahan
Kapal44 buah kapal

Pengawal Pantai Georgia (Georgia: საქართველოს სანაპირო დაცვა) adalah cabang maritim dalam Polis Sempadan Georgia, yang terletak dalam Kementerian Dalam Negeri. Ia bertanggungjawab untuk melindungi seluruh sempadan maritim sepanjang 310 km (190 bt) garis pantai di Georgia, selain perairan wilayah Georgia. Misi-misi utamanya adalah pentadbiran perairan wilayah, melindungi pencemaran marin, menguatkuasa undang-undang maritim, mencari dan menyelamat, keselamatan pelabuhan dan pertahanan maritim. Bekas Tentera Laut Georgia diserap masuk ke dalam Pengawal Pantai pada tahun 2009.

Tentera Laut Georgia (Pasukan Laut Georgia; Georgian: საქართველოს სამხედრო საზღვაო ძალები, sak’art’velos samkhedro-sazghvao dzalebi) adalah cabang bersenjata di dalam Angkatan Tentera Georgia sehingga tahun 2009, apabila ia digabungkan dengan Pengawal Pantai dan dipindahkan ke dalam Kementerian Daalm Negeri. Sebelum Perang Ossetia Selatan 2008, Tentera Laut Georgia terdiri daripada 19 buah kapal dan 531 orang anggota di mana 181 adalah pegawai, 200 orang pegawai tak bertauliah, 114 orang kerahan dan 36 orang awam.[perlu rujukan]

Ibu pejabat dan pangkalan Pengawal Pantai utama terletak di pelabuhan Poti, di pantai Laut Hitam. Pangkalan kedua yang lebih kecil terletak di Batumi, Adjaria. Selain pasukan bersenjata yang berpangkalan di Poti, Pengawal Pantai juga terdiri daripada satu detasmen khas anti-pengganas. Stesen radar pengawasan maritim pula terletak di Anaklia, Poti, Supsa, Chakvi, dan Gonio, yang mengawasi keseluruhan perairan laut.

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sache, Ivan (March 11, 2016). "Georgia: Ministry of Internal Affairs". flagspot.net. Dicapai pada September 20, 2017.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Coast guards

Templat:Georgian security forces Templat:Georgia (country) topics