Pengawal pantai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bot pengawasan Unit Kawalan Pantai Pengawal Republik Kebangsaan Portugis

Pengawal pantai (Jawi: ڤڠاول ڤنتاي) merupakan satu badan atau pertubuhan keselamatan kelautan bagi sesebuah negara. Istilah ini menandakan pelbagai tanggungjawab berbeza di setiap negara, daripada angkatan bersenjata dengan tugas-tugas kastam dan keselamatan sehingga ke organisasi sukarelawan yang ditugaskan fungsi cari dan menyelamat dan kekurangan kuasa dalam pelaksanaan undang-undang. Walau bagaimanapun, fungsi biasa pengawal pantai adalah berbeza dengan fungsi biasa tentera laut (kuasa tentera sebenar) dan polis pengangkutan (satu agensi penguatkuasaan undang-undang).