Pengawalan Bibliografik Nasional

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengawalan Bibliografik Nasional atau National Bibliographic Control (NBC) merupakan proses yang merangkumi pengumpulan dan pengkatalogan bahan yang mempunyai unsur nasional. Proses ini telah dijalankan ke atas seluruh negara di dunia ini.

Matlamat[sunting | sunting sumber]

Matlamat pertama NBC ialah meningkatkan & memperkasakan NBC iaitu menekankan ke atas perancangan perpustakaan negara, dokumentasi dan kemudahan arkib. Untuk melaksanakan matlamat pertama ini, kerjasamaan dengan kerajaan dari negara masing-masing diperlukan terutama untuk membantu dari segi kewangan. Namun, ia bukanlah sesuatu yang menyukarkan kerana secara teori perbelanjaan untuk perpustakaan negara kebiasaannya sudah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk memasukkannya dalam belanjawan tahunan negara masing-masing. Matlamat kedua ialah memberi sumbangan ke atas perpustakaan negara masing-masing dan jaringan pengetahuan. Sumbangan ke atas perpustakaan negara yang lebih berkesan oleh NBC diharapkan dapat memudahkan hubungan antara perpustakaan samaada dalam negara mahupun luar. Ia digelar Pinjaman Antara Perpustakaan atau Inter-Library Loan (ILL) Matlamat ketiga ialah membangunkan perpustakaan negara dan koleksi arkib. NBC membantu segala bantuan yang membabitkan pembangunan perpustakaan negara di seluruh dunia yang mana ia membabitkan pembangunan secara fizikal, koleksi, jaringan pengetahuan dan sebagainya. Matlamat keempat dan juga terakhir ialah untuk bertanggungjawab dalam pencarian dan penyimpanan rekod bahan untuk kemudahan perpustakaan negara, pusat maklumat dan arkib.

Agensi Bibliografik Nasional[sunting | sunting sumber]

Agensi Bibliografik Nasional atau National Bibliographic Agency (NBA) merupakan pertubuhan yang bertanggungjawab dalam meningkatkan NBC pada peringkat nasional. NBA akan bertanggungjawab dalam menyediakan rekod bibliografi untuk setiap penebitan baru dalam negara berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan oleh bibliografi antarabangsa dan ia perlu diterbitkan secepat mungkin untuk menghalang limpahan maklumat (information overload) dan penyalinan tanpa hak kepada umum.

Peranan[sunting | sunting sumber]

  • Bertindak sebagai pusat untuk Akta Pusat Pengumpulan Nasional atau pusat untuk penerbitan nasional
  • Menguruskan fail-fail autoriti untuk nama pengarang dan badan korporat
  • Menyediakan syarat-syarat dan peraturan untuk pengkatalogan dan penyediaan bibliografi nasional
  • Bertindak sebagai sebuah agensi untuk Pusat Pengkatalogan Nasional dengan menyediakan dan menyebarkan rekod bibliografik.
  • Bertindak sebagai Pusat Berkala Negara di mana pendaftaran untuk bahan berkala dalam International Serials Data Systems (ISDS)
  • Menguruskan pemberian International Standard Book Number (ISBD) kepada buku-buku yang dipasarkan dalam negara.
  • Menguruskan Katalog Bersepadu Nasional
  • Menganalisis dan mengindeks kandungan buku, monograf dan bahan berkala berdasarkan subjek tertentu
  • Melaksanakan Catalogue-In-Publication (CIP)
  • Bertindak sebagai pusat pertukaran untuk menghantaran dan penerimaan rekod bibliografik

NBC di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bertindak sebagai Agensi Bibliografik Nasional di Malaysia. PNM akan bertanggungjawab dalam menyediakan rekod bibliografik untuk semua bahan yang diterbitkan dalam Malaysia berdasarkan Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987.

Aktiviti Pengawalan Rekod di Malaysia[sunting | sunting sumber]

  • Pusat Pengumpulan Bahan Nasional
  • Melaksanakan Akta Deposit Bahan Perpustakaan 1986
  • Pusat Bibliografi Nasional
    • International Standard Book Number (ISBN)
    • International Standard Serial Number (ISSN)
    • Cataloging-In-Publication (CIP)
  • Penerbitan dan Pengkalan Data
    • Binar (mengandungi rekod bibliografi koleksi PNM
    • Pancaran Mentari (mengandungi rekod indeks artikel dari majalah terbitan negara sejak 1997, kertas kerja persidangan dan seminar yang diadakan di Malaysia sejak 1997 dan artikel mengenai Malaysia yang diterbitkan dalam majalah dan suratkhabar luar negara mulai 1997.
    • Bibliografi Negara Malaysia (mengandungi rekod bibliografi bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia dan diserahkan kepada PNM di bawah Akta Pemeliharaan Buku-buku 1966 dan Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331).
    • Jaringan Ilmu

Lihat[sunting | sunting sumber]