Pengebom torpedo
.
Pengebom torpedo ialah sebuah pesawat pengebom yang direka utamanya untuk menyerang kapal laut dengan menggunakan torpedo udara, akan tetapi juga mampu untuk memalkukan serangan biasa dengan menggunakan bom. Pengebom torpedo mula-mula dibuat sejurus sebelum Perang Dunia Pertama tercetus. Pesawat jenis ini dibina sebaik sahaja pesawat terbang mampu menangani berat torpedo dan kekal menjadi jenis peawat penting sehingga tahun 1950-an. Selepas itu peranannya diambil alih oleh pengebom konvensional dan kemudian oleh peluru berpandu anti kapal kerana pesawat mudah dimusnahkan semasa membuat serangan. Semasa Perang Dunia Kedua, pesawat jenis ini menjadi unsur penting dalam banyak pertempuran masyhur, khususnya serangan British ke atas Taranto, penenggelaman kapal tempur Jerman Bismarck, dan serangan Pearl Harbor Jepun.
Juruterbang pengebom torpedo yang terkenal
[sunting | sunting sumber]- Carlo Emanuele Buscaglia
- George H. W. Bush
- Kenneth Campbell
- Charles Edmonds
- Eugene Esmonde
- Mitsuo Fuchida
- George H. Gay, Jr.
- John Kelvin Koelsch
- John Moffat
- Ulvert M. Moore
- John C. Waldron
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Pengebom torpedo. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.