Pengeboman Volgograd Disember 2013

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengeboman Volgograd Disember 2013
Sebahagian daripada Pemberontakan di Kaukasus Utara
Tempat kejadian pengeboman landasan kereta api 29 Disember
Kedudukan Wilayah Volgograd di Rusia
Map
LokasiVolgograd, Wilayah Volgograd, Daerah Persekutuan Selatan, Rusia
Koordinat48°42′45″N 44°30′49″E / 48.712498°N 44.513486°E / 48.712498; 44.513486Koordinat: 48°42′45″N 44°30′49″E / 48.712498°N 44.513486°E / 48.712498; 44.513486 (railway station)
48°44′10″N 44°29′53″E / 48.736090°N 44.498013°E / 48.736090; 44.498013 (trolleybus)
Tarikh29 and 30 December 2013
SasaranOrang awam dalam pengangkutan awam
Jenis serangan
Pengeboman berani mati
Kematian32 (+2 pesalah):
Stesen Volgograd-1: 18[1]
Trolleybus: 16[1]
Tercedera85:
Stesen Volgograd-1: 44[2]
Trolleybus: 41[1]
Pelaku Emiriah Kaukasus
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada Disember 2013 berlakunya dua kejadian pengeboman berani mati berselang sehari yang menyasarkan pengangkutan awam di bandaraya Volgograd, di Wilayah Volgograd, Rusia Selatan, yang meragut 34 nyawa keseluruhannya,[1] termasuk kedua-dua pelakunya. Serangan ini menyusuli sebuah kejadian pengeboman bas yang berlaku di bandaraya yang sama dua bulan sebelumnya.

Pengeboman stesen keretapi 29 Disember[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Disember 2013, pengeboman berani mati berlaku di Stesen Volgograd-1 di bandaraya Volgograd, menyebabakan 18 orang terkorban dan sekurang-kurangnya 44 orang cedera, 38 daripadanya dikejarkan ke hospital.[1][2] Serangan itu berlaku sekitar 12:45 Waktu Moscow,[3] berdekatan dengan pengesan logam di pintu masuk stesen.[4] Bom berkenaan mengandungi sebanyak 10 kilogram (22 lb) TNT. Rakaman letupan itu dirakam oleh sebuah kamera CCTV di dalam stesen dan sebuah lagi di luar.[2]

Pengeboman bas troli pada 30 Disember[sunting | sunting sumber]

Satu lagi serangan berani mati terjadi pada waktu pagi 30 Disember pada sektiar jam 8:30 Waktu Moscow di daerah Dzerzhinsky, Volgograd. Pengeboman itu menyasar sebuah bas troli yang sedang melalui sebuah pasar.[1] Menurut gambar foto saksi, nampaknya letupan itu berlaku di belakang bas berkenaan.[5] Akibatnya, 16 orang terkorban dan 41 lagi cedera, 27 daripadanya dirawat di hospital.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g Consecutive Volgograd suicide bombing kills at least 15 (photos, graphic video). RT. 30 December 2013.
  2. ^ a b c "CCTV footage of Volgograd train station suicide explosion". Euronews. 30 December 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 31 December 2013.
  3. ^ "Названа мощность взрыва на волгоградском вокзале". Lenta (dalam bahasa Rusia). 29 December 2013. Dicapai pada 29 December 2013.
  4. ^ "Female suicide bomber attack in Volgograd, Russia, as Sochi Winter Olympics approach". The Sydney Morning Herald. 29 December 2013. Dicapai pada 29 December 2013.
  5. ^ "Volgograd blasts: New deadly explosion hits Russian city". BBC News. 30 December 2013. Dicapai pada 30 December 2013.