Pengelasan Perpuluhan Dewey

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pengelasan Perpuluhan Dewey atau Dewey Decimal Classification (juga dikenali sebagai “DDC”) merupaka pengelasan bahan perpustakaan yang dibina oleh Melvil Dewey pada 1878. DDC merupakan sistem pengelasan buku dan lain-lain bahan perpustakaan yang menggunakan sepuluh kelas pengetahuan utama dan ia merupakan sistem pengelasan terawal di dunia dan paling banyak digunakan di dunia. Lebih 135 negara yang menggunakan DDC ke atas sistem pengelasan bahan perpustakaan di negara masing-masing. DDC digunakan untuk mengurus dan menyediakan akses kepada koleksi perpustakaan masing-masing. DDC juga telah diterjemahkan kepada lebih 30 bahasa di dunia seperti Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, Bahasa Perancis, Bahasa Yunani, Bahasa Hebrew, Bahasa Iceland, Bahasa Itali, Bahasa Korea, Bahasa Norway, Bahasa Rusia dan Bahasa Sepanyol. Disebabkan perkembangan sistem pengelasan dan pengkatalogan, DDC pada hari ini dilihat kurang diaplikasikan melainkan di perpustakaan-perpustakaan kecil seperti Pusat Sumber Sekolah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Melvil Dewey pengasas DDC

Melvil Dewey (1851-1931) merupakan pelopor atau individu yang bertanggungjawab mencipta DDC untuk buku pada 1876. Melvil Dewey atau nama sebenarnya Melville Louis Kossuth Dewey dilahirkan pada 10 Disember 1851 di sebuah bandar kecil di utara New York. Beliau merupakan anak bongsu daripada lima orang adik-beradik. Sewaktu kecil, beliau gemar menyusun barang-barangnya dan seorang yang bijak dalam matematik. Beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Amherst dan mengambil upah dengan bekerja sambilan di perpustakaan kolej terbabit untuk membayar yuran pelajarannya. Dengan bakat matematiknya dan sifatnya yang gemar meihat barang-barang tersusun, beliau mencipta sistem pengelasan yang diberi nama bersemperna namanya “Pengelasan Perpuluhan Dewey” yang mana buku-buku di perpustakaan tempatnya bekerja disusun mengikut subjek utama dan digunakan pada 1873. Tiga tahun kemudian (1876), DCC mula diperkenalkan ke luar Perpustakaan Kolej Amherst.


Sistem Pengelasan DDC[sunting | sunting sumber]

 000-099 Karya am

 100-199 Falsafah & psikologi

 200-299 Agama

 300-399 Sains kemasyarakatan

 400-499 Bahasa

 500-599 Sains tulen & matamatik

 600-699 Teknologi

 700-799 Kesenian

 800-899 Kesusasteraan

 900-999 Geografi & sejarah

Laman Web[sunting | sunting sumber]