Pengembangan nuklear

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta dunia tentang status pembangunan senjata nuklear mengikut warna. ██ Lima "negara senjata nuklear" daripada NPT (Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear) ██ Kuasa nuklear lain yang diketahui ██ Negara yang disyaki dalam proses membangunkan program atau senjata nuklear ██ Negara yang pada satu ketika mempunyai program atau senjata nuklear ██ Negara yang mampu membangunkan senjata nuklear dalam masa beberapa tahun

Pengembangan nuklear (bahasa Inggeris: nuclear proliferation) ialah istilah yang digunakan untuk menerangkan pengembangan senjata nuklear, bahan dan aplikasi senjata berteknologi nuklear oleh negara yang tidak diiktiraf sebagai "Negara Senjata Nuklear" oleh Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT). Pengembangan ini ditentang oleh banyak negara yang mempunyai atau tidak mempunyai senjata nuklear. Kerajaan dunia takut dengan lebih banyak negara meningkatkan keupayaan senjata nuklear, akan meningkatkan kebarangkalian berlaku perang nuklear.

Empat negara yang tidak menandatangani NPT tetapi mempunyai atau disyaki mempunyai senjata nuklear adalah India, Pakistan, Korea Utara dan Israel.