Pengepungan Damsyik (634 M)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengepungan Damsyik
Sebahagian daripada Penaklukan Levant oleh Muslim
Perang Arab-Byzantine
Pintu Kisan, satu daripada pintu purba kota Damsyik.
Pintu Kisan, satu daripada enam pintu purba Damsyik.
Tarikh21 Ogos–19 September, 634 Ma[›]
Lokasi
Keputusan Damsyik dikuasai oleh Khulafa al-Rasyidin
Pihak yang terlibat
Khulafa al-Rasyidin Empayar Byzantine
Komandan dan pemimpin
Khalid bin al-Walid Thomas
Kekuatan
20,000 15,000–16,000[1]
Kerugian dan korban
rendah berat

Pengepungan Damsyik (634 M) berlaku dari 21 Ogos hingga 19 September 634 Mb[›], sebelum kota itu jatuh ke tangan Khulafa al-Rasyidin. Damsyik merupakan bandar utama Empayar Byzantine yang pertama jatuh dalam kempen penaklukan Syria.

Perang Romawi-Parsi berakhir pada tahun 627 M, apabila Maharaja Heraclius menamatkan kempen yang berjaya terhadap orang Parsi di Mesopotamia. Pada waktu yang sama Nabi Muhammad SAW menyatukan orang Arab di bawah panji-panji Islam. Selepas kewafatan baginda Nabi pada tahun 632 M the same time, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq mengganti baginda sebagai khalifah pertama Khulafa al-Rasyidin. Khalifah Abu Bakar berjaya menamatkan beberapa pemberontakan dan mual mengembangkan Islam melewati Semenanjung Arab.[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 634, gabungan tentera Rom dan Parsi telah berjaya ditewaskan oleh jeneral Muslim, Khalid al-Walid dalam pertempuran Firaz. Pertempuran ini merupakan titik pertemuan pertama antara tentera Muslim dengan tentera Rom Timur serta kempen terakhir Khalid dalam ekspedisinya bertembung dengan tentera Parsi di Mesopotamia. Khalid merancang untuk melancarkan serangan ke dalam wilayah-wilayah Parsi tetapi beliau telah menerima utusan dari Khalifah Abu Bakar. Utusan tersebut memerintahkan Khalid untuk menamatkan serangannya ke atas Parsi sebaliknya pergi ke Syria untuk bertempur dengan tentera Rom. Jadi, Khalid bersama kontinjen kecilnya bersiap sedia untuk bergerak menuju ke barat.

Pada tahun 633, tentera Muslim telah menghantar empat pecahan pasukan untuk menyerang Palestin serta kawasan sekitar Laut Galilee, Sungai Jordan dan Laut Mati. Walaupun mereka beroleh kejayaan, serangan ke atas kawasan-kawasan tersebut tidak dapat dipertimbangkan. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq telah mengarahkan Khalid bersama tentera-tenteranya untuk bergerak ke barat. Untuk memendekkan tempoh masa dan memintas pertahanan Rom, jeneral Muslim itu telah memilih laluan yang lebih ekstrem dan mencabar iaitu laluan yang terpencil melalui gurun Syria. Untuk memastikan kelangsungan kemaraan pasukannya, dilaporkan bahawa Khalid dengan bijaknya telah mengarahkan 20 ekor unta telah dipaksa untuk meminum kuantiti air yang besar supaya mereka dapat menggunakannya sebagai tangki simpanan buat sementara waktu. Unta tersebut kemudian telah disembelih sepanjang perjalanan semasa pasukan Khalid memerlukan bekalan. Pada masa yang sama, mereka juga dapat bekalan air daripada unta tersebut.

Selepas lima hari perjalanan yang melelahkan, tentera Muslim bersama kekuatan 9,000 orang berkumpul di Suwa. Kemudian, mereka mengalahkan kumpulan kecil tentera klien Arab Rom, Ghasan di Marj al-Rahit semasa mereka menyambut Hari Easter. Khalid telah membuktikan bahawa strateginya yang mustahil iaitu melalui laluan padang pasir telah berjaya meneutralkan pertahanan Byzantine di sempadan Arab. Kini, Khalid mengalihkan tumpuan ke kota Syria, Bosra di selatan sebelum pasukannya berjaya menguasai kota itu pada pertengahan bulan Julai 634. Pada masa itu, Maharaja Rom iaitu Heraclius yang berada di Emesa telah menghantar abangnya, Theodore bersama seorang jeneral Armenia, Vardan menuju ke Ajnadain. Ajnadain terletak di 25 batu dari tenggara Baitulmaqdis. Mereka telah berjaya mengumpulkan satu angkatan tentera yang besar. Perisik Muslim telah melaporkan pergerakan tentera musuh dan tentera Muslim telah berarak untuk bertembung dengan tentera Rom sekali gus mencetuskan Pertempuran Ajnadain.

Mara ke Damsyik[sunting | sunting sumber]

Setelah kekalahan Rom dalam pertempuran tersebut, Heraclius menghantar abangnya pulang ke Constantinople dalam keadaan yang memalukan. Seminggu selepas kejayaan tentera Muslim di Ajnadain, tentera Arab memulakan kemaraan ke utara untuk ke arah kota Damsyik. Tentera Muslim tiba di Yaqusa yang terletak di selatan tebing Sungai Jordan. Tentera Muslim telah ditentang oleh tentera Byzantine di situ. Walaupun tentera Byzantine tidak memberikan tentangan yang hebat ke atas tentera Muslim, tetapi mereka berjaya melengahkan kemaraan tentera Muslim demi memastikan kota Damsyik membuat persiapan rapi bagi menghadapi pertempuran seterusnya. Selepas Khalid berjaya memimpin tenteranya menewaskan tentera Rom di Marj al-Saffar, laluan ke Damsyik kini semakin mudah.

Pengepungan[sunting | sunting sumber]

Tentera Muslim (merah) ketika mengepung kota Damsyik.

Ketika tentera Arab menghampiri kota Damsyik, Khalid sedar bahawa pasukannya tidak cukup untuk mengelingi kota itu sepenuhnya. Sebaliknya, pasukan Muslim telah diletakkan di setiap pintu kota bersama pemimpin masing-masing. Dengan pantasnya, kota Damsyik dilanda kebuluran kerana kekurangan bekalan makanan dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi serangan. Tentera Muslim pula telah membuat persiapan yang lengkap kerana mereka telah menguasai kawasan-kawasan yang subur dan kaya dengan bekalan makanan. Oleh kerana penunggang kuda ringan tidak sesuai digunakan dalam situasi pengepungan sesebuah kota, Khalid telah meletakkan sebahagian penunggang kuda tersebut ke Eagle's Pass untuk dijadikan sebagai pemantau. Dari sana, mereka menjaga sebarang gerakan Rom untuk melarikan diri melalui tempat yang sempit ini. Sebahagian penunggang kuda lagi kekal di kawasan luar kota untuk bersiap sedia menangkis serangan mendadak Rom.

Di Antokiah, Maharaja Rom telah sedia maklum akan pengepungan tersebut dan telah menghantar 12,000 tentera bantuan bersama dengan bekalan untuk membantu Damsyik pada 9 September. Semasa tentera bantuan Rom menghampiri kawasan pengawalan penunggang kuda Arab, pertempuran kecil telah berlaku. Penunggang kuda Arab terpaksa berundur. Salah satu daripadanya berjaya menghantar notis kepada Khalid untuk meminta bantuan. Khalid telah mengambil risiko bahawa bertempur menentang tentera bantuan Rom lebih penting berbanding meneruskan pengepungan kota Damsyik. Khalid menyusun kembali pasukan elitnya dan berjaya menghancurkan tentera Rom di Eagle's Pass. Semasa ketiadaan Khalid, pengepungan kota Damsyik oleh tentera Arab sedikit berjaya. Sejarawan percaya bahawa sekiranya penjaga garison di dalam kota, Thomas melancarkan serangan pada waktu itu, tentera Byzantine berjaya mematahkan pengepungan tentera Arab. Namun, mereka tidak berbuat demikian sekali gus melepaskan peluang tersebut. Khalid mula sedar bahawa risiko yang akan dihadapinya dan lantas beliau kembali ke Damsyik selepas mematahkan penghantaran bantuan Rom di Eagle's Pass.

Setelah Thomas mengetahui bahawa tiada bantuan dapat disampaikan ke dalam kota, semangat para pejuang di dalam kota telah luntur dan lemah. Maka, tindakan seterusnya perlu dilakukan untuk mempertahankan kota. Thomas memutuskan untuk melakukan serangan dengan keupayaannya sendiri. Dalam serangan pertama, Thomas telah mengumpulkan seluruh tenteranya untuk menyerang Pintu Thomas yang dikawal oleh 5,000 tentera Muslim pimpinan Syurahbil. Selepas tentera Byzantine berkumpul, Thomas mula mengarahkan pemanah untuk menghujani tentera Muslim dengan ribuan anak panah bagi melihat respon tentera Muslim. Infantri Rom seterusnya menyerang angkatan tentera Muslim melalui Pintu Thomas serta Thomas sendiri mengemudi serangan tersebut. Ketika berlaku pertempuran sengit, Thomas dilaporkan berjaya memecahkan barisan tentera Muslim dan hampir membunuh Syurahbil. Tetapi, beliau kemudian ditembak yang mengenai matanya oleh seorang janda Arab yang telah kematian suaminya akibat pertempuran. Walaupun tentera Rom memperoleh beberapa kejayaan, tetapi mereka tetap tidak mampu mematahkan pengepungan tentera Muslim dan akhirnya mereka berundur kembali ke dalam kota. Kemudian, Thomas telah bersumpah bahawa beliau ingin mendapatkan kembali beribu-ribu mata sebagai pengganti kehilangan sebelah matanya akibat pertempuran.

Strategi lain telah direncanakan oleh tentera Rom bagi menewaskan tentera Muslim. Oleh kerana serangan melalui satu pintu kota telah gagal, Thomas ingin melancarkan satu serangan serentak dari empat pintu kota. Dua tentera besar telah berkumpul di Pintu Timur yang dikawal oleh tentera Muslim pimpinan Khalid dan Pintu Thomas. Sementara itu, tentera Rom juga berkumpul di Pintu Kecil dan Pintu Jabiyah. Setelah Thomas mengarahkan serangan, berlaku satu pertempuran di Pintu Jabiyah yang mana kedua-dua belah pihak menanggung banyak kehilangan nyawa. Setelah itu, Abu Ubaidah bersama tenteranya berjaya mematahkan serangan tentera Rom sekali gus memaksa tentera Rom berundur ke dalam kota.

Di Pintu Timur pula, situasi lebih getir antara kedua-dua belah pihak. Tentera Rom yang besar berjaya memecahkan barisan infantri Arab dan memaksa tentera Arab untuk berundur. Akan tetapi, Khalid bersama 400 tentera berkuda elitnya menangkis asakan tentera Rom. Serangan balas Khalid perlahan-lahan menyebabkan tentera Rom terpaksa berundur ke dalam kota semula. Di Pintu Thomas, Thomas menyertai pertempuran bersama dengan satu mata selepas kehilangan salah satu daripada matanya pada pertempuran sebelum ini. Selepas pertempuran sengit, tentera Muslim masih tidak menunjukkan sebarang kelemahan. Pada masa ini, jeneral Rom iaitu Thomas sedar bahawa tiada gunanya lagi untuk bertempur dengan tentera musuh lalu beliau mengarahkan pengunduran tentera-tenteranya. Sementara itu, pemanah Arab terus menghujani tentera Rom dengan ribuan anak panah. Ini merupakan usaha terakhir Thomas untuk mematahkan barisan tentera Muslim, namun ia gagal bersama dengan ribuan tenteranya terkorban. Setelah itu, beliau tidak lagi membuat sebarang percubaan untuk meloloskan diri.

Menurut sumber-sumber Arab, terdapat seorang penduduk kota berbangsa Yunani yang bernama Jonah telah memanjat kubu kota untuk memberitahu Khalid bahawa pada malam 18 September, terdapat upacara agama Kristian akan diadakan. Hal ini akan menjadikan kubu kota secara keseluruhannya tidak dikawal. Jonah telah mengkhianati keselamatan kotanya kerana perkahwinannya bersama tunangnya telah diganggu oleh pengepungan tentera Muslim. Beliau berasa kecewa dan meminta pertolongan tentera Muslim. Jonah akhirnya memeluk agama Islam tetapi perinciannya agak tidak jelas.

Eastern gate of damascus
Tinggalan Pintu Timur yang mana tentera-tentera Khalid memasuki kota Damsyik melalui pintu ini.

Peluang ini telah digunakan oleh Khalid untuk meminjam tangga daripada biara kota dan mendapatkan tali untuk membentuk satu serangan. Pada malam itu, 100 orang tentera yang dipimpin oleh Khalid sendiri telah memanjat kubu kota dan membunuh pengawal Pintu Timur. Seterusnya, tentera Muslim membuka Pintu Timur untuk membenarkan baki tentera Muslim di luar kota untuk memasuki kota Damsyik. Tentera Rom yang lain tidak menyedari akan serangan mengejut ini dan hanya berjaga di posisi mereka masing-masing kerana tidak sempat melakukan persediaan. Khalid bersama tenteranya mara ke pusat kota Damsyik. Sementara itu, Thomas telah menghantar utusan kepada Abu Ubaidah di Pintu Jabiyah untuk menawarkan penyerahan kalah dan bayaran cukai jizyah sebagai pertukaran kepada rundingan kedua-dua pihak. Rundingan ini telah dipersetujui oleh Abu Ubaidah yang sememangnya mencintakan keamanan.

Tempat pengepungan[sunting | sunting sumber]

Damsyik menarik perhatain para pedagang dari seluruh pelusuk dunia kerana kedudukan strategiknya. Kota ini dikenali sebagai syurga Syria.[3]

Kerja-kerja pengukuhan kota ini membayangkan kepentingannya. Bahagian utama kota dikelilingi sebuah tembok tinggi sepanjang 11 m (36 ka).c[›] Kota yang diperkukuhkan ini lebih kurang 1,500 m (4,900 ka) panjang dan 800 m (2,600 ka) lebar.[3]

Tembok kota mempunyai lapan pintu:

Mahupun Sungai Barada mengalir pada tembok utara Damsyik, sungai itu terlalu cetek untuk digunakan sebagai sebahagian binaan pertahanan yang penting.[4]

Pada waktu berlakunya kempen Syria, Pemerintah Tentera Byzantine bernama Thomas, iaitu menantu Maharaj Heraclius. Seorang penganut Kristian yang warak, Thomas juga terkenal bagi keberanian dan keterampilannya dalam peperangan, dan juga sebagai seorang yang bijak dan berpendidikan.[3]

Kesan[sunting | sunting sumber]

Penguasaan kota Damsyik oleh tentera Muslim telah memperlihatkan tiada penduduk Damsyik telah diperhambakan. Tempat-tempat suci bagi penganut bukan agama Islam tidak dirosakkan. Thomas bersama penduduk lain yang tidak mahu bernaung di bawah pemerintahan Islam telah diberikan tempoh tiga hari untuk berpindah melalui jalan yang selamat. Jonah yang telah membantu tentera Muslim menguasai kota Damsyik memberitahu Khalid bahawa Thomas bersama pelarian yang lain mengikut jalan pintas ke Antokiah. Selepas tiga hari gencatan senjata, Khalid bertembung dengan pelarian dari Damsyik bersama Thomas dan berjaya membunuhnya. Oleh kerana sumbangannya, Jonah akhirnya mendapatkan tunangnya semula. Namun, tunangnya telah bertindak untuk membunuh diri. Jonah meninggal dunia dua tahun kemudian ketika tentera Muslim meraih kemenangan muktamad ke atas tentera Rom dalam Perang Yarmuk pada Ogos 636.

Nota[sunting | sunting sumber]

^ a: According to some sources the city was captured in 635 (See Burns (2007), Damascus a history, page:99)
^ b: According to some sources the siege lasted for 6 months (See Burns (2007), Damascus a history, page:99)
^ c: Damascus City has risen 4 metres since then, so that the wall is now only 7 metres above ground level (See Akram (2004), pg.294.)
^ d: See The walls and gates of Damascus.
^ e: It is not clear which festival it was, some early Muslim sources says it was a celebration of the birth of son to the high priest of Damascus (Al-Waqidi, p.46)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Akram 2004, halaman 290
  2. ^ Akram 2004, halaman 188
  3. ^ a b c Akram 2004, halaman 294
  4. ^ Akram 2004, halaman 291

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Sumber-sumber purba[sunting | sunting sumber]

  • Al-Waqidi, Abu Abdullah Muhammad Ibn Umar (8th century), Fatuh al Sham (Conquest of Syria) Check date values in: |year= (bantuan)
  • Ibn Ishaq, Sirah Rasul Allah, 750.
  • Theophanes the Confessor, Chronographia, 810–815.
  • Muhammad ibn Jarir al-Tabari, History of the Prophets and Kings, 915.

Sumber-sumber moden[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]