Pengepungan Klis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pengepungan Klis
Pertempuran Klis
Sebahagian daripada Perang Croatia-Uthmaniyyah
dan Perang Habsburg-Uthmaniyyah
Rijeka014.jpg
Petar Kružić menentang Uthmaniyyah
Tarikh 31 Ogos 1536 – 12 Mac 1537
Lokasi 43°33′36″N 16°31′25″E / 43.56°N 16.5235°E / 43.56; 16.5235Koordinat: 43°33′36″N 16°31′25″E / 43.56°N 16.5235°E / 43.56; 16.5235, Kota kubu Klis, Kerajaan Beraja Croatia dalam Monarki Habsburg (kini Croatia)
Hasil Kemenangan Uthmaniyyah
Pihak yang terlibat
Garrison dikepung:
Kingdom of CroatiaKerajaan Beraja Croatia

Pasukan bantuan:
Kingdom of CroatiaKerajaan Beraja Croatia
 Empayar Suci Rom
 Negeri-negeri Paus
Tentera yang mengepung:
Osmanli-devleti-nisani-yeni.png Empayar Uthmaniyyah

Pasukan bantuan:
Osmanli-devleti-nisani-yeni.png Empayar Uthmaniyyah
Komandan
Petar Kružić 
Niccolo dalla Torre
Jacomo Dalmoro d'Arbe
Murat-beg Tardić
Malkoč-beg
Kekuatan
*+ 23,000 infantri dari pasukan bantuan [1] *+ 8,000 dari pasukan bantuan [2]
Korban
15,000 [3] 1,000 [4]

Pengepungan Klis atau Pertempuran Klis ([Opsada Klisa atau Bitka kod Klisa] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), Bahasa Turki: Klise Kuşatması) merujuk pada satu pengepungan ke atas Kota kubu Klis yang terletak dalam Kerajaan Beraja Croatia dalam Monarki Habsburg. Pengepungan kubu ini yang berlarutan lebih dua dekad, dan pertempuran terakhir yang terjadi berdekatan Klis pada tahun 1537, merupakan salah sebuah pertempuran dan Perang Habsburg-Uthmaniyyah iaitu antara pasukan Croatia-Habsburg yang diketuai oleh seorang lord feudal Croatia yang bernama Petar Kružić, dengan tentera Uthmaniyyah di bawah kepimpinan jeneral Uthmaniyyah, Murat-beg Tardić.

Selepas kemenangan muktamad Uthmaniyyah di Pertempuran Medan Krbava pada tahun 1493, dan terutamanya selepas Pertempuran Mohács pada tahun 1526, orang Croats terus mempertahankan diri diri dengan menentang serangan Uthmaniyyah. Penaklukan Uthmaniyyah pada tahun-tahun awal pada kurun ke-16 telah mencetuskan formasi Uskoks, yang mana diketuai oleh kapten Croatia, Petar Kružić. Beliau juga dikenali sebagai (Putera Klis). Sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan Habsburg, Uskoks menggunakan pangkalan di Klis sebagai sebuah kedudukan pertahanan yang penting. Mereka berjuang hampir bersendirian menentang Uthmaniyyah, dan selama lebuh dua dekad mempertahankan kubu ini dari serangan Uthmaniyyah.[5]

Selepas pertempuran terkahir yang mana membawa kemenangan kepada Uthmaniyyah dan kematian Petar Kružić, yang mana kekurangan bekalan air, akhirnya menyerah diri kepada Uthmaniyyah sebagai pertukaran dengan kebebasan mereka pada 12 Mac 1537. Para penduduk melarikan diri daripada kota, sementara Uskoci berunduru ke kota Senj, di mana mereka terus berjuang dalam menentang tentera Uthmaniyyah. Klis menjadi sebuah pusat pentadbiran atau sanjak (Kilis Sancağı) bagi Eyalet Bosnia, dan kekal sebegitu selama satu kurun.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Selepas kejatuhan Kerajaan Beraja Bosnia kepada tangan Uthmaniyyah pada tahun 1463, bahagian selatan dan tengah Kerajaan Beraja Croatia kekal tidak dilindungi, pertahanan ditugaskan kepada para bangsawan Croatia yang mengekalkan pasukan kecil di kawasan-kawasan sempadan yang diperkukuhkan dengan perbelanjaan mereka sendiri.[6] Kemenangan muktamad Uthmaniyyah dalam Pertempuran Medan Krbava pada tahun 1493, mengegarkan seluruh Croatia. Bagaimanapun, ia tidak menghalang pihak Croats daripada membuat lebih banyak percubaan untuk mempertahankan diri daripada serangan pasukan tentera yang lebih besar. Sebuah gelombang penaklukan baharu Uthmaniyyah bermula pada tahun 1521, selepas sebaahagian Croatia berjaya ditakluk atau dijarah.[6]

Pada 29 Ogos 1526, semasa Pertempuran Mohács, pasukan tentera Kristian yang diketuai oleh Raja Louis II telah dikalahkan oleh tentera Uthmaniyyah yang diketuai oleh Sultan Suleiman al-Qanuni.[7] Louis telah terbunuh dalam pertempuran ini yang mana mengakibatkan berakhirnya Kerajaan Beraja Hungary yang merdeka kerana beliau tidak meninggalkan waris. Kedua-dua Kerajaan Beraja Hungary dan Croatia menjadi wilayah pertikaian dengan tuntutan dibuat oleh kedua-dua empayar Habsburg dan Uthmaniyyah. Ferdinand I, Archduke Austria, seorang anggota keluarga Kerabat Habsburg, adik kepada Charles V, Maharaja Suci Rom dan Maharaja Suci Rom yang seterusnya mengahwini kakak kepada Louis II[8] dan dipilih sebagai Raja oleh para bangsawan di kedua-dua Hungary dan Croatia.[9][Note 1]

Oleh kerana kedudukannya, kota kubu Klis menjadi sebuah posisi pertahanan penting semasa penaklukan Uthmaniyyah di Balkan.[11] Kota kubu ini terletak di jalan di mana pihak Uthmaniyyah boleh menyusup masuk kawasan pergunungan yang memisahkan kawasan tanah rendah berpantai di kawasan sekitar Split, daripada kawasan yang diduduki Uthmaniyyah di Bosnia.[11] Lord feudal Croats, Petar Kružić membina sebuah garisson yang terdiri daripada para pelarian Croat, yang mana menggunakan pangkalan di Klis untuk memastikan pihak Uthmaniyyah kekal berada di teluk, serta menghapuskan kegiatan perompakan dan pelanunan di sepanjang laluan perkapalan pantai.[11] Meskipun menerima sedikit kedaulatan daripada Maharaja Habsburg, Ferdinand yang mana berjaya mendapat takhta Croatia pada tahun 1527, Kružić dan kumpulan Uskoks beliau menguatkuasakan sendiri undang-undang mereka.[11]

Pengepungan[sunting | sunting sumber]

Cubaan-cubaan yang gagal[sunting | sunting sumber]

Bermula pada tahun 1513, Petar Kružić meruapakan salah seorang daripada para pegawai memerintah di kota kubu Klis.[12] Pihak Uthmaniyyah cuba untuk menawan kubu Klis beberapa kali.[5] Percubaan utama pertama dibuat oleh Skender-beg Ornosović pada tahun 1515.[5] Pihak Uthmaniyyah berjaya menawan Klis, sebuah kampung yang terletak di bawah kubu ini yang mempunyai nama yang sama.[13] Kružić kemudian dinaikan pangkat kepada kapten di kota kubu Klis oleh ban Petar Berislavić pada tahun 1520.[12] Percubaan kali kedua dibuat pada tahun 1520,[5] dan setahun kemudian satu lagi percubaan dilakukan oleh Makut-paša, dengan tambahan 2,000 askar infantri, 50 tentera berkuda dan peralatan pengepungan.[14] Satu lagi percubaan yang tidak berjaya dilakukan pada tahun 1522, oleh Hasan-paša daripada Mostar dan Mehmed-beg Mihalbegović.[5][15] Kemudian pada tahun tersebut, Mihalbegović membuat satu lagi percubaan pengepungan dengan 3,000 askar, tetapi menemui kegagalan sekali lagi.[5] Pada tahun 1523, kota kubu Klis sekali lagi diserang oleh tentera Sultan.[16] Percubaan juga dibuat oleh Gazi Husrev-beg pada tahun 1526 dan 1528, dan kemudian pada tahun 1531 dan 1532.[5]

Pada tahun 1534, Uthmaniyyah di bawah Mihalbegović membuat pengepungan selama sebulan dengan penembakan meriam secara konstant yang ditumpukan ke arah kota kubu ini.[5] Ferdinand mendesak Paus untuk menghantar kapal-kapal bagi membebaskan daripada kepungan Uthmaniyyah.[17] Meskipun akhirnya Uthmaniyyah membatalkan kepungan ini, Ferdinand tidak puas hati akan tindakan Paus yang tidak memberi bantuan dalam mempertahankan kota kubu ini.[18] Pada tahun 1535, Uthmaniyyah cuba untuk merampas kota kubu ini melalui pengkhianatan, dan sekali lagi pada tahun 1536 akan tetapi kedua-duanya menemui kegagalan.[5] Pada tahun itu, Uthmaniyyah memulakan pengepungan baru yang mana berlangsung sehingga kota kubu ini akhirnya berjaya ditawan.[5]

Apabila satu pasukan besar tentera Uthmaniyyah mengancam kota kubu ini, Kružić merayu pertolongan daripada Ferdinand, akan tetapi perhatian Maharaja beralih kepada serangan Uthmaniyyah di Slavonia.[11] Kružić mengetuai pertahanan Klis, dan bersama-sama tentera beliau berperang bersendirian melawan Uthmaniyyah, dan berkali-kali berjaya mengundurkan tentera yang cuba menawannya.[5] Tiada bantuan tentera daripada raja Hungary yang tiba, kerana mereka telah dikalahkan dengan teruk oleh Uthmaniyyah dalam Pertempuran Mohács pada tahun 1526, dan Venice menolak dengan keras untuk menghantar sebarang bantuan.[5] Hanya Paus yang sanggup menghantar sedikit tentera dan wang.[5]

Pertempuran terakhir[sunting | sunting sumber]

Kota kubu Klis (kurun ke-16)

Pope Paul III claimed some rights in Klis,[Note 2] and in September, 1536, there was talk in the Curia of strengthening the defenses of the fortress.[19] The Pope notified Ferdinand that he was willing to share the costs of maintaining a proper garrison in Klis.[19] Ferdinand did send aid to Klis and was apparently hopeful of holding the fortress, when the Ottomans again laid siege to it.[19] Ferdinand recruited men from Trieste and elsewhere in the Habsburg lands, and the Pope sent soldiers from Ancona.[19] There were about 3,000 infantry in the reinforcements, which made a sizeable relief force, that were commanded by Petar Kružić, Niccolo dalla Torre, and a papal commissioner Jacomo Dalmoro d'Arbe.[19] On 9 March 1537 they disembarked near Klis, at a place called S. Girolamo, with fourteen pieces of artillery.[19] After Ibrahim's death, Suleiman sent 8,000 men under the command of Murat-beg Tardić (Amurat Vaivoda), a Croatian who had been born in Šibenik, to go and lay siege to Klis fortress (Clissa), and fight against Kružić.[20] An initial encounter of the Christian relief force with the Ottomans was indecisive, but, on 12 March they were overwhelmed by the arrival of a great number of Ottomans.[19]

The attempts to relieve the citadel ended in farce.[21] Badly-drilled reinforcements sent by the Habsburgs fled in fear of the Ottomans, and their attempts to re-board their boats at Solin Bay caused many vessels to sink.[21] Niccolo dalla Torre and the papal commissioner managed to escape.[20] Kružić himself – who had left the fortress to make contact with the reinforcements - was captured and executed; the sight of his head on a stick overwhelmed the remaining defenders of Klis, who were now willing to give up the fortress in return for safe passage north.[21] After Kružić's death, and with a lack of water supplies, the Klis defenders finally surrendered to the Ottomans in exchange for their freedom, on 12 March 1537.[5][22] Many of the citizens fled the town, while the Uskoci retreated to the city of Senj, where they continued fighting the Ottoman army.[5]

Selepas kejadian[sunting | sunting sumber]

Meriam di kota kubu Klis

Semasa kempen ketenteraan Uthmaniyyah di Eropah, kota kubu Klis menjadi pusat pentadbiran atau sanjak (Kilis Sancağı) bagi Eyalet Bosnia, untuk selama satu kurun.[5] Sebagai Sanjak-Beg di Klis yang pertama, Murat-beg Tardić membina sebuah masjid yang terkenal di dalam Kota kubu Klis.[23] Pada tahun yang sama, tentera Uthmaniyyah menawan Vrana, sementara Nadin dan Perušić jatuh pada tahun 1538.[24]

Beberapa bulan selepas kejatuhan Klis, Perang Uthmaniyyah–Venice 1537-1540 bermula, dan dalam perang ini serta Perang Uthmaniyyah–Venice 1570-1573, Uthmaniyyah berjaya berjaya menakluk kebanyakan daerah pedalaman di Dalmatia berdekatan dengan Šibenik dan Zadar.[24] Pada 7 April 1596, para bangsawan Split iaitu Ivan Alberti dan Nikola Cindro, bersama-sama dengan tentera tidak tetap Uskoci, Poljičani, dan Kaštelani telah menyusun sebuah gerakan pembebasan Klis.[5] Dibantu oleh unsur-unsur ketidaksepakatan dalam garisson Uthmaniyyah, mereka berjaya.[5][25] Mustafa-beg bertindak balas dengan membawa lebih daripada 10,000 tentera ke kota kubu ini.[5] Jeneral Ivan Lenković memimpin 1,000 orang Uskoci datang memberi bantuan kepada 1,500 orang yang mempertahankan Klis.[5] Semasa pertempuran, Ivan Lenković dan orang-orang beliau berundur setelah beliau cedera dalam pertempuran dan kota kubu ini jatuh ke tangan Uthmaniyyah pada 31 Mei.[5] Bagaimanapun, berita kemenangan sementara ini tersebar ke Ropah dan penduduk tempatan.[5]

Pihak Venice berperang selama berdekad-dekad sebelum mereka akhirnya berjaya menawan semula Klis.[5] Semasa Perang Crete 1645-1669, pihak Venice di Dalmatia mendapat sokongan penduduk tempatan, terutamanya daripada Morlachs (Morlacchi).[5] Komander Venice, Leonardo Foscolo merampas beberapa kubu, menawan semula Novigrad, menawan buat sementara kota kubu Knin, dan berjaya memaksa pasukan di garrison kota kubu Klis untuk menyerah diri.[26][27]

Nota[sunting | sunting sumber]

Footnotes
  1. ^ The Croatian nobles had convened the 1527 election in Cetin to confirm Ferdinand as their king.[10] Kerajaan Beraja Hungary kemudian terlibat dalam Perang Kecil.
  2. ^ According to Theodōros Spandouginos, Papal concern for Klis safety was expressed in a number of documents.[16]
Petikan
  1. ^ Quataert, Donald, 1941- Manufacturing In The Ottoman Empire And Turkey, 1500-1950
  2. ^ Quataert, Donald, 1941- Manufacturing In The Ottoman Empire And Turkey, 1500-1950
  3. ^ Quataert, Donald, 1941- Manufacturing In The Ottoman Empire And Turkey, 1500-1950
  4. ^ Quataert, Donald, 1941- Manufacturing In The Ottoman Empire And Turkey, 1500-1950
  5. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x Listeš, Srećko. "Povijest Klisa". Official website - klis.hr (dalam bahasa Croatian). Municipality of Klis. Dicapai pada 2010-05-16.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  6. ^ a b Ágoston and Alan Masters (2009), pp. 163-164
  7. ^ Turnbull (2003), p. 49
  8. ^ Turnbull (2003), pp. 49–51.
  9. ^ Corvisier and Childs (1994), p. 289
  10. ^ R. W. Seton-Watson. The southern Slav question and the Habsburg Monarchy. m/s. 18.
  11. ^ a b c d e Singleton (1989), pp. 60–62.
  12. ^ a b "Klis –vrata Dalmacije" (PDF). Građevinar (dalam bahasa Croatian). Zagreb: Croatian Society of Civil Engineers. 53 (9): 605–611. September 2001. ISSN 0350-2465. Dicapai pada 2009-12-17. Parameter |trans_title= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  13. ^ Perojević (1931), p. 35
  14. ^ Perojević (1931), p. 45
  15. ^ Spandouginos (1997), p. 72.
  16. ^ a b Spandouginos (1997), p. 105.
  17. ^ Schutte (1977), p. 63.
  18. ^ Schutte (1977), p. 80.
  19. ^ a b c d e f g Setton (1984), p. 421.
  20. ^ a b Spandouginos (1997), p. 75.
  21. ^ a b c Bousfield (2003), p. 313.
  22. ^ Perojević (1931), p. 198
  23. ^ Jurin Starčević, Kornelija (November 2006). "Islamic-Ottoman towns in the hinterland of Dalmatia: a contribution to the research of urban development in the 16th and the 17th centuries". Journal (Radovi) (dalam bahasa Croatian). Institute of Croatian History, Faculty of Philosophy, Zagreb. 38 (1): 126. ISSN 0353-295X. Dicapai pada 2012-07-02.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  24. ^ a b Čoralić, Lovorka; Prijatelj Pavičić, Ivana (December 2005). "Ivan iz Vrane – mletački admiral u Lepantskom boju (1571.)". Historical Contributions (dalam bahasa Croatian). Croatian Institute of History. 29 (29): 132. ISSN 0351-9767. Dicapai pada 2012-07-08.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  25. ^ Setton (1984), p. 9.
  26. ^ Fraser (1854), pp. 244–245.
  27. ^ Setton (1991), pp. 148–149.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Ágoston, Gábor; Masters, Bruce Alan (2009). Encyclopedia of the Ottoman Empire. Infobase Publishing. ISBN 9780816062591.
  • Bousfield, Jonathan (2003). The Rough Guide to Croatia. London: Rough Guides. ISBN 9781843530848.
  • Corvisier, André; Childs, John (1994). A Dictionary of Military History and the Art of War. Wiley-Blackwell. ISBN 9780631168485.
  • Fraser, Robert William (1854). Turkey, Ancient and Modern. A History of the Ottoman Empire From the Period of Its Establishment to the Present Time. Edinburgh: Adam & Charles Black – Harvard University. ISBN 978-1-4021-2562-1.
  • Perojević, Marko (1931). Petar Kružić, kapetan i knez grada Klisa (dalam bahasa Croatian). Matica hrvatska.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  • Schutte, Anne Jacobson (1977). Pier Paolo Vergerio: the making of an Italian reformer. Librairie Droz. ISBN 9782600030724.
  • Setton, Kenneth Meyer (1984). The Papacy and the Levant, 1204–1571: The Sixteenth Century, Vol. III. Philadelphia: The American Philosophical Society. ISBN 0-87169-161-2.
  • Setton, Kenneth Meyer (1991). Venice, Austria, and the Turks in the Seventeenth Century. Philadelphia: Diane Publishing. ISBN 0-87169-192-2.
  • Singleton, Frederick Bernard (1989). A Short History of the Yugoslav Peoples. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 9780521274852.
  • Spandouginos, Theodōros (1997). On the Origin of the Ottoman Emperors. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 9780521585101.
  • Turnbull, Stephen (2003). The Ottoman Empire, 1326-1699. New York (USA): Osprey Publishing Ltd. ISBN 9781841765693.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Listeš, Srećko (1998). Klis: Prošlost, Toponimi, Govor (dalam bahasa Croatian). Klis: Hrvatsko društvo Trpimir. ISBN 9789539675132.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Wars and battles involving Croatia