Pengeras lantai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pengeras lantai (floor hardening) berasaskan simen merupakan idea yang agak mudah; turapkan sejenis bahan pada kepingan konkrit yang mempunyai kepadatan dan [[[kekuatan]] yang lebih tinggi berbanding keseluruhan kepingan konkrit yang lain. Bahan tersebut juga mengandungi campuran aggregate yang dipilih dengan betul agar ia akan mengisi dan menyingkirkan sebarang liang pada konkrit, dan turut mengandungi bahan yang mempunyai kekerasan yang baik (diukur pada skala Mohs). Hasil akhirnya adalah permukaan pada kepingan konkrit yang lebih padat, menawarkan serapan yang rendah bagi menangkis hakisan bahan kimia merbahaya dan ketahanan dari hakisan. Ia merupakan sistem yang paling berkesan dan menjimatkan yang jika digunakan bersama perapian konkrit menawarkan permukaan yang amat kukuh.

Melalui peredaran masa, pasaran bahan pengeras lantai berasaskan simen telah berubah daripada bahan yang mahal dan unik kepada komoditi biasa. Pengeras lantai kini mempunyai logam (kepingan logam), batu dan kuartz sebagai campuran; kesemua bahan ini mempunyai kekerasan yang tinggi dan dipilih menurut keperluan pengguna. Akibat perubahan pasaran kepada bahan komoditi, pengilang telah berpindak kepada pilihan berkos rendah dalam pemilihan bahan campuran mereka. Bahan campuran aggregate biasa yang digunakan dalam kebanyakan pengeras lantai serasaskan simen adalah pasir silika, bahan yang terdapat secara semulajadi yang diambil dari bumi, ditapis dan dicampur menurut spesifikasi pengilang. Campuran ini dilombong secara tempatan dan ini menawarkan pengurangan kos yang banyak kepada pengilang.

Sungguhpun penguat lantai telah menjadi sebagai satu komoditi, terdapat perbezaan yang ketara dalam campuran kimia dalam bahan yang terdapat di pasaran. Tidak semua keluaran mengandungi agen penyebar (juga dikenali sebagai super memplastik (superplasticizers)). Agen bahan penyebar mengurangkan keperluan air yang diperlukan bagi “membasahkan” keluaran tersebut. Tambahan kepada campuran tambahan ini membenarkan perapi konkrit untuk menggunakan keluaran ini dengan lebih mudah dan mencapai kadar spesifikasi pemasangan (biasanya 0.5 kilo. bahan setiap kaki persegibagi penguat biasa dan 0.75-1.25 kilo sekaki persegi bagi penguat bewarna). Tidak seperti pelbagai campuran aggregates, terdapat pelbagai jenis pembantu penyebar yang berlainan harga dan keberkesanannya.

Contoh antara agen pembantu penyebar, termasuk kalsium lignosulphanate yang berkesan bagi membantu perapi bagi menggunakan keluaran tersebut.