Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Negara Republik Demokratik Rakyat Korea
조선민주주의인민공화국 국무위원회 위원장
Emblem of the Chairman of the State Affairs Commission of North Korea.svg
Lambang Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Negara
Flag of the Chairman of the State Affairs Commission of North Korea.svg
Bendera Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Negara
Penyandang
Kim Jong-un
sejak 30 Jun 2016
GelaranPelbagai gelaran
(Di dalam DPRK)
Tuan Yang Terutama
(Gelaran antarabangsa)
KediamanResiden Ryongsong
PelantikPerhimpunan Agung Rakyat
Tempoh jawatanLima tahun
Surat cara pembentukanPerlembagaan Republik Rakyat Demokratik Korea
PeloporPengerusi Suruhanjaya Pertahanan Kebangsaan
Pemegang sulungKim Jong-un
Pembentukan29 Jun 2016
Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Negara
Chosŏn'gŭl조선민주주의인민공화국 국무위원회 위원장
Hancha朝鮮民主主義人民共和國國务委員會委員長
McCune–ReischauerChosŏn minjujuŭi inmin'gonghwaguk kukmu wiwŏnhoe wiwŏnjang
Perumian SemakanJoseon minjujuui inmin( )gonghwaguk gukmu wiwonhoe wiwonjang

Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Negara Republik Rakyat Demokratik Korea (Hangul조선민주주의인민공화국 국무위원회 위원장) adalah ketua negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Republik Demokratik Rakyat Korea.[1] Pengerusi mengarah Suruhanjaya Hal Ehwal Negara (SAC), yang merupakan institusi kepimpinan tertinggi di Korea Utara. Pengerusi juga adalah ketua parti sebagai Pengerusi Parti Pekerja Korea.

Kuasa dan tanggungjawab[sunting | sunting sumber]

Menurut pindaan Perkara 103 perlembagaan, Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Negara mempunyai tugas dan autoriti untuk:

  1. mengarah keseluruhan hal ehwal Negara
  2. memimpin sendiri kerja-kerja SAC
  3. melantik atau membuang pegawai utama Negara
  4. mengesahkan atau membatalkan perjanjian utama yang dibuat dengan negara-negara lain
  5. melantik atau memanggil semula wakil diplomatik ke Republik
  6. menggunakan hak istimewa untuk pengampunan khas
  7. mengisytiharkan darurat, perang dan perintah pengerahan di dalam negara
  8. menyusun dan mengarah Jawatankuasa Pertahanan Kebangsaan pada masa perang
  9. memasyhurkan undang-undang dan peraturan utama yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung Rakyat dan keputusan dekri SAC

Pindaan perlembagaan yang dibuat pada sesi pleno kedua Perhimpunan Agung Rakyat Ke-14 pada 29 Ogos 2019 juga menetapkan bahawa Pengerusi dilantik dan dipecat dari jawatannya oleh undi majoriti dalam satu sesi pleno Perhimpunan Agung Rakyat, dan tidak boleh bertanding dalam pilihanraya dan berkhidmat sebagai wakil yang dipilih ke Perhimpunan Agung.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Chairman of the State Affairs Commission". Naenara. Dicapai pada 3 August 2019.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]