Penggoreng udara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penggoreng udara atau penggoreng kering [1] ialah sebuah peralatan dapur yang memasak dengan mengalirkan udara panas sekitar makanan.[1] Kipas mekanikal mengalirkan udara tersebut pada kelajuan yang tinggi lalu memasak makanan tersebut dan menghasilkan lapisan ranggup padanya melalui tindak balas Maillard.

Kaedah-kaedah penggorengan yang biasa menghasilkan kesan Maillard ini dengan membenamkan makanan dalam minyak yang panas. Alat penggoreng udara atau kering ini berfungsi secara alternatifnya dengan menyaluti lapisan minyak nipis pada makanan dan kemudiannya mengalirkan udara yang dipanaskan sehingga 200 °C untuk menjanakan tenaga yang menyebabkan tindak balas sedemikian.[2] Maka, penjimatan minyak sebanyak antara 70% and 80% berbanding penggoreng celur tradisional dapat dilakukan sambil penggorengan makanan tertentu seperti ayam, ikan, kentang goreng atau pastri seperti karipap dapat dilakukan.[3]

Kebanyakan alat penggoreng direka dengan tombol yang boleh menyelaraskan masa dan suhu yang sesuai untuk pemasakan yang lebih terperinci. Makanan yang ingin digoreng diletakkan dalam bakul di atas dulang tadahan (drip tray), di mana bakul serta isinya itu digoncang agar minyak diagihkan dengan sekatanya sama ada secara automatik ketika penggorengan mahupun secara manual.[2]

Alat-alat sebegini menarik perhatian atas faktor kemudahannya, keselamatannya, dan manfaat kesihatannya. Ia tidak mendedahkan pemakai kepada titisan minyak panas yang barangkalinya terpercik keluar dari bukaan kuali penggoreng atau mengena pemakai. Makanan yang digoreng celur kaedah lama juga tinggi kandungan kalorinya daripada penyerapan minyak ketika makanan dimasak. Cef-cef profesional menyatakan keberkesanan alat ini meniru keadaan makanan yang digoreng celur dengan lebih sihat, namun terdapat perbezaan dari segi rasa dan kekonsistenan yang dihasilkan dari produk gorengan.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Airfryer: The frying machine that gives you perfect chips - without any oil". The Daily Mail.
  2. ^ a b "What is an air fryer?". airfrying.net.
  3. ^ "What is an air fryer? How does an air fryer work? Air fryer Taste?". Healthy and Wise (dalam bahasa Inggeris). 2017-05-24. Dicapai pada 2017-07-14.
  4. ^ "Air Fryers Review by Cooking Experts | Healthy and Wise". Healthy and Wise (dalam bahasa Inggeris). 5 Julai 2017. Dicapai pada 14 Julai 2017.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]